Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 4 Jun 2016

Disebalik ‘ KBBA9 BERHARI RAYA DI MATIC’ .

 

Bertempat di MATIC , Jalan Ampang.. Sekali lagi KELAB BLOGGER BEN ASHAARI menempa sejarah tersendiri yang mana rakan blogger telah memeriahkan sesi fotografi edisi KBBA9 BERHARI RAYA DI MATIC dengan melibatkan beberapa pihak sebagai penaja rasmi projek kali ini..

image

Cun banner? Banner,bunting dan props disediakan oleh DalizGraphix.

Terlebih dahulu jutaan terima kasih pada MATIC , Jalan Ampang kerana membenarkan kami menggunakan lokasi ini dan ternyata tidak sia sia kami memilih tempat yang cukup best untuk bersesi fotografi dengan tema yang dipilih !

image

Kemudian jutaan terima kasih pada team make up artis,Rita Rahman dan Artistic Team yang bertungkus lumus mencunkan para blogger yang sedia ada cun ! Haaa..

image

Disusuli dengan Cafe Cerita Kambing yang menyediakan makan tengahari yang menyelerakan sama sekali ! Ada beriyani kambing , ayam masak merah dan er.. apa satu lagi eh.. aku tau makan jer ! Nama makanan kerap terlupa sebab sedap.. hehehe..

image

Oh ya.. Jangan lupa ke Anggerik Mall dan cari Cafe Cerita Kambing di bulan Ramadan nanti untuk berbuka puasa .Confirm berbaloi ! Bayangkan.. yang bungkus pon dah sedap ! Apatah lagi kalau panas panas !! Haaa..

image

Seterusnya jurugambar yang terlibat.. tu aku cerita nanti bila gambar dah siap ! Haaa.. Ok ? Manakala untuk jubah lelaki dan perempuan serta shawl , akan diceritakan oleh mereka yang pakai.. Aku guna baju melayu dari Hijrah Couture jer.. Tu pon design tahun lepas.. hehehe.. Cun kan ? Hehehe..

Er , bawah ni antara design terbaru.. Cam cun jer ! Huhuh.. Kena gi serbu gak ni !

image image imageimage

Ok… apa lagi eh.. Rasanya tu je kot ? Agak terkilan juga ramai blogger KBBA9 tak dapat turut serta kerana pulang untuk meraikan Ramadan bersama keluarga atau punya hal peribadi namun segalanya berjalan dengan seperti yang dirancangkan !

InshaAllah.. tunggu gambar siap dan kami akan turut keluarkan sampul raya khas edisi KBBA9 ! Kalau sempat siap tempah la.. hehehe..

Terima kasih KBBA9 atau komitmen korang semua !

image

Memang best photoshoot kali ni ! Santai dan rileks walaupun agak terlewat dari jadual ! Huhuhuh.. Apa leh buat kan ? Manusia mampu merancang jer..

Apa jadi bila dunia tanpa elektrik , satu hari nanti ?

 

image

Hurmm.. Aku tengah pegang telefon pintar aku dan tetiba terbayangkan jika dunia tanpa elektrik ! Telefon pintar tiada guna lagi ! Apa tindakan aku patut buat ??

Aku ajukan soalan pada wife dan jawapannya seperti yang aku jangka. Soalan seterusnya , camana nak teruskan hidup ? Duit kertas tiada nilai lagi ! Yang bernilai adalah EMAS !

Terus dia kata.. dia nak mula simpan duit dan kumpul emas ! Hurmm..  Persoalan dari aku lagi.. Apakah dunia akan huru hara ? Camana pulak bekalan makanan ?

image

Hurmm.. Terus aku tak sayang dah telefon pintar aku tu ! Huhuhu.. Dunia tanpa apa apa ! Yang ada cuma..

Hurm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI