Rabu, 8 Jun 2016

Sebulan sekali servis ? Baik beli kereta baru !

 

Tiap-tiap bulan kena servis kereta. Kali ni , kena tukar tayar sekali. Masih ingat lagi aku.. tahun lepas pon tukar ketika nak raya. Nak balik Kelantan dalam keadaan keselamatan kereta tip top ! Aku tak nak peristiwa kereta berasap berulang lagi. Ditambah lagi dengan kes kes kereta terbakar tanpa sebab.. er , aku yang tak tau apa sebab kereta tu terbakar.. hehehe..

image

Berpeluh jap bila diberi bil.. Hahahaha.. Adeh.. Tapi memikirkan aku guna kereta tiap tiap hari, aku nak pastikan semuanya ok. Sekurangnya , aku melakukan sesuatu dari tidak kan ? Bab kalau malang tak berbau tu , aku tak leh nak kata apa.. Tu dah bukan kuasa aku.. Sekurangnya , aku berusaha melakukan yang terbaik buat keluarga aku.

Wife cadangkan beli satu lagi kereta yang murah harganya. Sekadar untuk pergi balik kerja. Kalau servis pon tak mahal berbanding kereta sekarang ni..

Cadangan tu memang ok tapi dalam keadaan ekonomi gawat ni , menambah hutang bukanlah cadangan yang sesuai sangat. Memang aku nak tambah kereta pon tak rasa cam.. bahaya jer ! Maklumlah , aku ni bukan kerja tetap. Kais pagi , ada la sikit makanan.. Tak kais , duduk tunggu la sapa sapa kasi makan.. hehehe.. Nganga jee..

Beli kereta.. menambah aset yang tak berbaloi bila dijual semula tapi satu keperluan di zaman pengangkutan awam semakin mahal tambangnya..

Serba salah dah aku.. Duduk umah diam diam.. takde duit ! Dah tu acaner ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI