Sabtu, 11 Jun 2016

Akhirnya.. daddy lega !

 

“ Sakittt… “

Dah tiga hari dia mengadu sakit di bahagian gigi dia. Memula ingat ulser tapi bila periksa , takde ! Hurmm.. Bila dia sakit gitu , selera makan dia pon takde. Asik minum susu dan nak melekat jer ngan mak bapak dia..

Risau ? Mestilah.. Aku bagi sampai hari ni.. kalau masih lagi sakit , memang bawak terus gi klinik.. Aku rasa dia macam nak tumbuh gigi. Tu yang sakit . Demam , takde la pulak..

Dan tadi.. masa berbuka , dia punya selera makan.. tu dia ! Aku kasi je dia makan apa dia nak.. Tumpah pon tumpah laaa… Janji dia makan.. kan kan ?

image 

image

Hurm.. betul kata orang lama.. Bila anak sakit , mak ayah risau.. Tapi bila mak ayah sakit , anak suruh gi klinik sendiri ! Heheheh.. Realiti zaman sekarang.. Tapi bukan semua la perangai gitu.. kan kan ? Korang tak kaaannn.. korang bagus ! Aku tahu..

Bila dah jadi ‘orang tua’ ni , baru tau apa yang kita dah buat pada ‘orang tua’ ketika kita di usia muda..

Anak anak jadi mangsa si ayah !

 

Tu diaa… Hahahaha… Dah boleh dah tolong daddy ! Dah suh ibu tolong , slow jeeer.. Adeh.. Apa lagi.. anak-anak la jadi mangsa ! Hehehe.. Ajar diorang jugak tu.. Memasing pon dah pandai berposing bila tengok kamera.. huhuh..

image

Disebaliknya..

image

Berbayar tau diorang ni ! Upah dia.. Toys ‘ R’ Us.. huhhh.. bukan murah ! Kerja , tak sampai 10 saat… adehh..

Tapi serius.. aku berkenan betul dengan design dia.. Simple dan nampak santai..

image

Ada banyak warna.. Aku berkenan ngan warna coklat tu gak.. Huhuh.. Nak amik lagi.. wife jeling dah ! Hahaahha.. Lagi pun , size aku takde dah tadi .. Cepat pulak abis…

image

Beli mana ? Kat Parkson Alamanda. Parkson lain , aku tak pasti tapi yang aku pasti , setiap kali menjelang raya , Parkson Alamanda jual baju raya cantik cantik..

Esok nak tengok Omar Ali punya butik lak.. heee..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI