Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 12 Jun 2016

Anak-anak memerhati ! Hati-hati !

 

Dalam diam dia tengok jer.. Bila ada di depan mata dia , dia menjerit dia nak juga ! Rupa-rupanya.. Hurmm..

image

image

Dia dok ikut gaya aku dalam diam ! Apa saja aku buat.. dia akan ikut. Dan menariknya , apa saja yang dia buat.. Adik dia akan ikut.. Adehh..

Betul kata orang.. bila ada anak ni , kita kena tunjuk contoh yang baik.. anak anak akan ikut.. Nasib baik aku bukan perokok ! Risau je diorang tengok aku merokok..

Tu pasal.. diorang pon suka pegang handphone ! ARghhh.. Daddy wok dengan handphone laa.. bukan suka suka nak pegang ! Huhuhuh..

Untung kawan aku tu..

 

image

Baru-baru ni , ada adik aku tunjukkan Facebook kawan kitorang.. Ya Allah.. cemburu betul aku dengan rezeki dia. Sebelum ni , aku ngan dia sama je level.. Waktu , sama sama kais pagi makan pagi.. Kerja tak tentu arah..

Aku tengok dia berubah sedikit demi sedikit.. Dan aku , dah punya kehidupan sendiri. Akhirnya dia di Mekah.. Kerja di sana ! Dan sangat berubah ! 200% !  Nama glamer dia pon dia dah kuburkan ! Panggil dengan nama baru.. Allahu Akhbar ! Rezeki Allah… Bila DIA beri , melimpah ruah terus !

Itulah.. kita kena pandai meminta dari DIA. Jangan cepat mengalah. DIA sedang menguji kita. Tak kira la di kala kita berjaya atau di kala kita menderita.. Segalanya ujian. Bila sampai satu tika , DIA limpahkan kebaikan untuk kita.. hanya kita saja.. bersyukur atau tidak..

Tak kira la berapa lama dia di sana.. Moga dia berbahagia dengan KEJAYAAN yang dia kecapi. Dan sesungguhnya , aku memang mencemburui dia dan berharap akan berada di sana juga satu hari nanti.. Bila tgk FB dia.. sejuk je ..

Jeles tgk dia update kehidupan dia kat sana membuatkan aku punya semangat nak ke sana juga.. InshaAllah. Sapa sangka.. satu tika kita jauh dari DIA.. diberi hidayah.. dan terus hampir denganNYA.

Moral untuk kita semua termasuk aku. Jangan keji manusia lain. Bila dia berubah , silap silap jauh lebih baik dari kita !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI