Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 16 Jun 2016

Now You See Me 2 , boring !

 

image

Lama sangat aku tak layan movie kat TGV, KLCC.. Hari ni , aku gi sana .. nak tengok sangat Now You See Me bahagian 2. Kesinambungan dari bahagian 1 dulu..

Bahagian 1 dulu memang best. Tu pasal teruja nak tengok.. Hehehe.. Sorang pon sorang la.. Ngantuk , mmg ngantuk. Teringin punya pasal , redah jer !

11.35.. masuk panggung. Layan iklan hampir setengah jam. Hampir ! Arghhh.. geram aihhh.. Dah la tak de pop corn.. signal Celcom pon takde.. Berbanding di Alamanda.. signal ada.. leh layan hp sementara tunggu start..

Dan start.. Bla bla bla… bla bla bla.. adeh.. banyak pulak drama dia.. Tapi kena tengok atau takkan paham ! Segalanya berhubung kait. Tapi yang tak syok ialah MATA.. Bila tgk MATA ni , automatik akan teringat pada pertubuhan sesat yang mengawal dunia ni ! Hurmm..

Terus mood cam.. krik krik.. Yer , macam simbolik jer cerita ni. Camana mereka aturkan segala perancangan dan kita termasuk dalam perancangan mereka. Ditambah lagi pulak dengan cip komputer yang mengawal seluruh komputer di dunia  ni.. mengambil data peribadi dan memanipulasikannya ! Realitinya , itu yang aku takutkan berlaku pada kita.. Hurmm..

Keseluruhan… cerita ni bagi aku.. part 1 lagi best dari part 2. Kalau tau , layan Money Monster … dengar kata best.. hurmm.. atau Central Intelligent lakonan The Rock..

Cemburukah ?

 

image image

Baru 2.. nanti keluar sorang lagi , sapa yang patut jadi keutamaan ! Sekarang ni , aku leh la dukung dua dua.. Nanti camana ? Sapa yang tak leh didukung ? Pastinya Qhaliff la kan ? Yang aku nampak , confirm dia cemburu ! Merajuk tu , dah pasti.. huhu.. Jenuh nak memujuk.

Bayangkan.. apa saja yang aku buat dengan Qhaliff , Zahra nak jugak ! Bila aku buat dengan Zahra , Qhaliff nak jugak. Masing masing memerhati antara satu sama lain. Hahahaha .. Nasib baik la takde adik beradik dari keluarga lain.. Hahahaha..

Diorang ni rapat. Kalau seharian tak jumpa , boleh tangkap syahdu pastu. Bila jumpa , diorang punya main cam setahun tak bersua muka. Kalah mak bapak dia punya rindu !

Tapi part kasih sayang bapak dia ni.. haaa.. Tu pasal mak diorang pon tak leh nak bahagikan dengan yang lain.. Maklumlah , kasih sayang ayah diorang ni cemerlang walaupun garang.. hahahaa..

Realitinya , inilah hasilnya bila jaga anak sendiri dari kecil. Dengar suara je , diorang leh sambung tidur dengan nyenyaknya.. Hee.. dah kenal..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI