Sabtu, 18 Jun 2016

Sapa nak join Kelab Blogger Ben Ashaari aka KBBA9 ?

 

Alhamdulillah.. semakin hari semakin berkembang. Kalau buat Holding , dah level CEO aku ni tapi aku tak nak buat sebab tak nak komersial kan dia.. hehehe.. Banyak mulut mengata nanti walaupun , ‘apadahal ! ‘.. kan ? Sekati kita arrrr.. Aku tak nak orang mengumpat aku. Sian dia nanti nak merangkak cari kita untuk mohon kemaafan.. kan kan ?

Apa best sangat ke KBBA9 ni ? Gempat sangat ker ???? Mesti ada yang pikir gitu kan.. Gempak tu tak la.. Best sangat tu tak la.. Tapi , alhamdulillah.. ada gak komuniti positif untuk blogger mencari ilmu , meluah masalah , menambah pengalaman dan juga membantu insan insan yang memerlukan khidmat blogger..

image

Boleh dikatakan setiap minggu ada je blogger pm nak masuk KBBA9. Aku teringin nak terima terus tapi risau ada gak. Ada jer yang masuk pastu krikkk…krikkk.. Secara jujurnya , aku tak suka gitu. Aku tak suka ada orang sekadar memerhati tanpa melibatkan diri dengan ‘masyarkat’. Aku anggap dia cam stalker atau spy ! Huhuh.. Pastu sibuk update kat Facebook. Haaa ! Tu lagi bahaya !!

Abis tu blogger camana baru leh join KBBA9 ni ? Cara aku mudah jer.. Aku akan interview dulu blogger blogger. Aku akan buat cam aku ni poyo ! Nampak cam.. eleehhh, cam tah hapa hapa jer ! Haaa ! Aku saja kasi dia fikir gitu melalui interview. Ada kes , aku kasi dia nampak aku ni kejamm giler ! Fuhh..

Kenapa aku buat gitu ? Aku hanya amik blogger punya aura positif je join KBBA9. Aku perlukan blogger gitu untuk membantu mengekalkan aura positif di dalam group.

Ada juga aku tanya soalan.. APA YANG KAMU BOLEH BERI PADA KBBA9 ? Haaaa.. part ni ramai tak leh jawab.. APA YANG BOLEH KAMU SUMBANG PADA TEAM ? Walhal senang je jawapannya tapi disebabkan dari awal lagi dia dah pikir aku poyo , maka .. dia tak berminat nak jawab dan terus krikkk krikkkkk.. Aku senyum je..

Ada yang berjaya tapi tak lama pon.. dalam tempoh 48 jam , aku remove keluar. Dia tak mampu nak bersikap terbuka dan bergaul dengan rileks.. Mungkin segan ? Dalam KBBA9 , sikap segan kena buang . Segan berinteraksi dan berkomunikasi yer.. tu maksud aku.

Lepas raya ni , ada beberapa trip travel untuk KBBA9 dan juga projek gathering raya bersama syarikat komunikasi terkenal , UMOBILE.. InshaAllah. Segalanya dalam perancangan. Gathering raya.. khas utk KBBA9 sahaja.. hehehehe.. Best wooo ! Siap ada contest dan lucky draw gitu.. hadiah henpon mahai wooo ! Blogger tak perlu bayar duit pon untuk join. Salah satu kelebihan dalam KBBA9.. Tiada bayaran dikenakan kecuali bila aku malas nak cari penaja. Hahahaa..

Nak join KBBA9 ? Sila PM Lan Careno aku di Facebook.. heehhee…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI