Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 20 Jun 2016

Bapa aku cuma pemandu bas sekolah saja..

 

Sekarang , bapak aku habiskan masa di rumah membantu adik aku.. Kalau tak buat apa apa , dia tak sedap badan. Dia baru pulih dari kanser lidah akibat rokok.. Hurm.. nasib baik umurnya panjang.. Dapat jugak dapat lihat Zahra yang kebetulan sama hari melakukan pembedahan..bapak aku dan wife serentak jalani pembedahan ! Cerita 2 tahun lepas..

Teringat ayah aku ketika aku kecil dulu.. Dia seorang yang cukup garang tapi penyayang. Seorang jurugambar di sebuah kilang percetakan di Chan Sow Lin. Dekat ngan Utusan Melayu ketika tu. Aku masih ingat lagi..

Ada sekali tu.. aku mintak dia kasut bola baru. Gara gara terpilih untuk jalani pemilihan wakili Kuala Lumpur bawah 12 tahun. Kalau terpilih , boleh masuk sekolah sukan. Masa tu idam nak masuk sekolah Victoria. Hanya kerana nak banggakan mak ayah aku. Kalau ikutkan aku , aku tak nak pon.. Aku tak begitu cemerlang dalam akademik tapi dalam sukan , aku jaguh.. Semua sukan aku main di sekolah.. wakil sekolah. Sekurangnya , diaorang berbangga juga part tu..

Aku dapat tahu , dia pinjam duit dari kawan dia untuk beli kasut bola aku nak tu.. Menangis aku.. Aku nekad untuk terpilih tapi sayangnya , aku gagal.. Aku malu. Tak tau camana nak bagitau kat bapak aku. Sejak tu , bila aku main bola , aku tak nak mak ayah aku tengok. Aku takut aku tak bagus main.. huhuhu..

Kerja sampingan diperlukan bila anak ramai. Ayah aku mula buat bisnis sendiri.. amik dan hantar pekerja kilang dengan gunakan van Vannette. Ada la jugak duit skit skit.. belanja dapur.

Kemudian dia berhenti kerja dan mula jadi usahawan bas sekolah. Dari sebuah van , dia berjaya dapatkan bas sekolah size bas mini dan kemudian , bas bersize sederhana.. Aku cukup respek cara dia bekerja.. Aku meniru dia dari situ..

Sebelah malam , dia bawak teksi pulak. Jam 12 malam , dia dah ada kat rumah.  Alhamdulillah , hasil titik peluh dia tu.. kami tak berhutang apa apa bila menyambungkan pelajaran. Semua selesai dengan tunai !

Menjelang raya.. dia tak pernah beli baju baru.. semua untuk anak anak jer ! Anak anak keutamaan dia.. Dalam segarang garang dia , dia sayangkan semua anaknya..

Siang dia kerja.. malam dia kerja. Tak mengeluh pon.. Dia tak melepak kedai kopi. Dia tak buang masa duduk saja. Ada saja dalam kepala dia untuk berniaga. Ruang kecik rumah aku di flat tu , dia buat jual barangan runcit.. Ada la jugak untung skit skit.. Segalanya dimanfaatkan..

Secara jujurnya, semangat dia tu .. aku tiru dan berjaya aku turunkan ke dalam blog aku ni.. Alhamdulillah..  Dan dia seorang ayah yang cukup terbaik buat aku. Yer , aku menangis bila teringatkan penat lelah dia membesarkan aku.. Aku tak mampu balas segala pengorbanan dia. Sebab tu , aku selalu pergi ke rumah orang tua aku walaupun ikutkan .. jauh woo ! Sehari ulang alik boleh cecah 150km. Tol minyak , jangan cakap la. Selagi dia hidup , aku amik peluang untuk pastikan dia tidak kesepian.. aku bawak anak cucu dia bermain setiap hari dengan dia.. dan mak aku..

Walaupun ayah aku cuma pemandu bas sekolah , aku tak pernah malu bagitau kat orang kalau diorang tanya , apa pekerjaan orang tua aku.. Sekurangnya , dia tak perlu jadi pengampu untuk teruskan kehidupan.. kan ?

image

Hurm.. untung anak anak aku ni.. Diorang merasa kasih sayang atuk nenek diorang.. aku tak sempat merasa pon..

Zahra ada kenan ?

 

Sebelum aku tertidur , aku perasan di dahi Zahra ada cam kena gigit dek nyamuk. Aku sapu dengan Pati Batook Ori pastu.. Dia tak garu pun. Sakit pon tak.. dia bermain seperti biasa..

Aku layan Terminator Genisys.. Terlena beberapa minit. Zahra dan Qhaliff , masing masing dok menghabiskan kredit aku layan Youtube… Terjaga.. aku panggil Zahra. Mintak handphone aku. Terkejut tengok muka Zahra..

image

Huhhhh… Terus aku dukung Zahra dan bawak jumpa wife. Dia kata kat rahang dan tepi telinga dia pun ada ! Naik bengkak dah ! Tapi bukan kena gigit. Kalau kena gigit , apasal abang dia tak ada langsung ? Cam tu gak aku ???

Menurut wife , adik sepupu Zahra dulu ada cam tu gak.. Dia kata kenan.. Datang ikut musim..Bila datang , memang naik banyak kat muka , kepala dan badan..

Aku sapu Pati Batook Ori kat tempat dia naik bengkak tu..

image

Alhamdulillah.. kat tepi telinga dah surut.. kat kelopak mata pon nampak macam ok dah tu.. harapnya esok takde apa apa la.. Kalau tak.. hurmm..

Gilakan jaket, hoodie dan sweater sudah aku !

 

“ Ben.. u pakai jaket nampak lagi kemas..”.

Teringat kata-kata seorang kenalan ketika di Jepun satu tika dulu dan aku menimbang kata-katanya setelah melihat satu sweater di H&M Osaka.. Si David Bechkam pakai.. Terasa nak pulak ! Heheheh.. Dan balik Malaysia , aku cari.. jumpa dan beli. Sejak tu , aku mula cari jaket..

Sebenarnya , lama dah aku suka pakai jaket. Nampak cool. Dan dulu aku ada satu jaket yang aku sayang sangat.. Aku beli kat Guess. Kemudian , aku mengalami zaman kegelapan.. aku jual jaket tu. Ada kawan beli.. Sedih ! Kalau aku jadi kawan tu , aku tak beli tapi aku sedekah je duit tu.. Nampak sangat kawan tu memerlukan duit , kan ? Hurmm..

Dan berazam sejak tu sebenarnya.. aku nak simpan banyak jaket yang payah nak dapat.. limited edition punya.. hehehe.. Sekarang ni, hoodie jadi kegilaan.. nampak gempak bila pakai.. Tang mana pon aku tak tau la.. tapi mmg nampak gempak la.. hahaha..

image

image

Setiap kali aku masuk butik di mana mana shopping mall , mata aku cari jaket dan hoodie dulu.. hahahaha.. Dah macam taksub lak.. Soal harga tu , belakang kira. Kalau jumpa yang cun.. rembat terus ! Hahaha.. Bajet memang lari la pastu.. Tapi kena amik kira la soal harga melainkan memang dah limited edition

Hari ni.. aku beli lagi dua.. Satu kat Harley Davidson KLCC dan satu lagi kat PUMA.. cam cun pulak pakai bila keluar merayau town.. di waktu matahari bukan atas kepala ! Heee..

image 

image

Bukan selalu pun aku beli.. setahun sekali.. ni pon bajet untuk raya aku guna.. Huk..hukkk.. takde baju raya la untuk aku. Minat punya pasal.. heehe..

Dan sekarang ada 15 pasang dah ! Huhuhu.. baru aku tahu camana bila taksub dengan sesuatu koleksi.. Tapi aku tak membazir tau.. aku pakai semua tuuu.. haaaa…

Kenapa jaket dan hoodie ? T shirt aku , beli la mahal camana pun.. aku takkan jaga dengan baik.. Siap pakai gi gym lagi. Maka rasa cam membazir beli t shirt mahal.. RM10 pon ok dah bagi aku asalkan aku pakai jaket di luarnya , nampak cun dah.. kan ? Heheheh..

Pakai jaket , memang banyak kelebihan woo.. dapat sorok perut boroi gak.. hehehe.. Dan , bila takde duit.. leh lelong jaket ni.. Huhuh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI