Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 21 Jun 2016

TRANSFORMERS : COMBINER WARS menarik hati aku !

 

Qhaliff pengemar TRANSFORMERS. Setiap kali pergi ke Alamanda , mesti masuk ke Toys “R” Us punya dan keluar dengan robot ! Dari size kecil , hinggalah besar ! Wajib dia nak punya.. Huhuh.. Dan aku mesti belikan untuk dia.

image

Aku ada kenangan terindah bersama TRANSFORMERS. Satu-satunya kartun yang aku ingat , dari kecil hinggalah ke tua ni haa ! Aku tetap peminat TRANSFORMERS ! Tak kira la orang nak kata apa sekali pun.. bagi aku , TRANSFORMERS punya daya tarikan tersendiri ! Dari kartun 2D, 3D hinggalah ke filemnya.. memang best !

Satu-satunya mainan yang aku teringin sangat nak , ialah robot TRANSFORMERS. Ketika aku dibangku sekolah rendah , ada seorang kawan berbangsa cina yang cukup rajin bawak robot TRANSFORMERS ke sekolah dan aku cukup rajin bodek nak pinjam. Teringin nak suruh ayah aku beli tapi aku tau.. mahal ! Kesian kat dia.. Tapi yang pastinya , kawan tu kasi pinjam dan aku ingat wajah dia hingga sekarang ! Huhuhu.. TRANSFORMERS punya pasal !

Dan baru baru ni , aku hadiahkan Qhaliff satu set TRANSFORMERS COMBINER WARS , (VICTORION) yang dikeluarkan oleh HASBRO TOY MALAYSIA.

image

Sewaktu aku serahkan kotak ni , dia punya muka.. teruja sungguh ! Nak amik gambar dia pun tak sempat sebab.. aku pun teruja gak ! Hahahaha.. Sama sama teruja !

Dan bila bukak kotak ni.. Huhuh.. Dia punya WOWWWW , entah berapa ratus kali kuar dari mulut dia.. Aku pun WOW gak sebenarnya.. tapi dalam hati ! Hahahaha..

image

Dan terus ‘BERTUKAR’ ! Tak sabar dia nak main dengan 6 jenis figura yang terkandung dalam satu kotak combiner wars tu.. Sebenarnya , aku yang tak sabar dan cuba sabarkan diri aku ! Heheheh..

image

image

image 

Fuhhh ! Jauh beza dari yang beli sebelum ni.. Heheheh.. Dah ,dah.. jom main !

image

image image

Tekun dia ‘mengerjakan’ robot-robot tu.. Yer , aku pun tekun ! Nasib baik ada ‘manual’ dan instruction disertakan sekali. Kalau tak , memang berpeluh gak nak ‘bertukar’ dan menjadikan dia Victorion ! Huhuhuh..

Cantik figura dia.. huhu.. Ada 6 figura semuanya. Skyburst dan Stormclash  ( Helikopter ) , Rust Dust ( motorsikal ) , Pyra Magna ( kereta bomba ) , Dust Up dan Jumpstream ( kereta lumba ).

image

image

image

image

image

Ok.. siap bertukar  !

image

Jeng jeng jeng ! Settle bertukar yang ni.. Tunggu nak bertukar jadi VICTORION lak.. Memang mencabar skit bila nak bertukar menjadi VICTORION ni. Nasib baik berkualiti robot robot dia. Tu bezanya original dengan tiruan.

Untuk bertukar jadi VICTORION , kena banyakkan bersabar. Ada part mencabar skit.. kena ajak adik beradik yang kaki main robot ni join.. confirm sekejap siap ! Cam aku , aku ajak abang aku. Dia mmg giler robot ! Hahahah.. Dia siapkan part aku terkebil kebil nak buat ! Huhuhu..

image

image

image

IMPIAN JADI KENYATAAN bila VICTORION siap bergabung ! Ada banyak lagi TRANSFORMERS COMBINER WARS yang patut jadi koleksi ! Huuuh..Memang best layan TRANSFORMERS ni..

TRANSFORMERS , walaupun ada yang kata ‘macam budak-budak’ tapi sebagai lelaki dan pernah jadi budak.. aku memahami perasaan Qhaliff.. Masa berkualiti bersama dengan anak.. tutup dan simpan semua gadget buat sementara waktu ! Kan kan ?

Terima kasih TRANSFORMERS kerana menyerikan hidup aku ketika kecil dulu..

Berbuka puasa di Restoran Zende , Hotel Seri Pacific.

 

Jemputan dari Hotel Seri Pacific datang lagi. Sememangnya aku terima banyak jemputan untuk berbuka puasa terutamanya di hotel hotel. Namun tak semua aku terima. Aku memilih sedikit kali ni. Bukan sebab demand atau berlagak diva sebagainya.. Tetapi aku ada alasan tersendiri.. terutamanya , aku bukan kaki makan buffet !

Tetapi bila Hotel Seri Pacific panggil , aku payah untuk menolaknya ! Kenapa ? Hotel Seri Pacific , banyak kali dah aku buat review namun tidak pernah menghampakan ! Semua menepati selera tekak aku. Bukan sedap giler tauuu ! Haaa.. Menepati selera tekak aku. Sebab tu aku mudah nak buat review makanan bila kena ngan selera aku. Kalau tak kena , camana lak ? Kalau sedap , aku buat la.. Kalau tak sedap , aku cari kat mana puncanya.. mungkin aku yang punya lidah bermasalah atau mungkin memang masakannya tak beberapa ‘kick’ ! Maka aku rujuk dulu dengan chef atau manager.. Bagitau masalah aku dari update dan tulis best best ! Huhh..

Ok, ok… berbalik pada buffet Ramadan di Restoran Zende , Hotel Seri Pacific.. Dengan tema ‘ A Truly Malaysian Feast ‘ , pastinya sajian di sini amat amat menyelerakan… Camana tau menyelerakan ? Sebab aku pernah ke sini masa buat pre launching untuk buffet Ramadan , Sajian Nostalgia.

Ini masalah utama aku.. Aku cukup tak amik port nama makanan. Aku tengok makanan, aku terlupa nama dia ! Hahaahha.. Hidangan pon diatur dengan baik. Pencahayaan pon cantik. Pengunjung tengok pon teruja.. Nasib baik azan Maghrib belum berkumandang.. hehehe.. Kalau tak ??? Fuh…

image

Sup GearBox.. Huhuhuh.. Serius.. mantoppp !

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Aku berbuka makan keow teow goreng campur mee goreng ! Hahahaha.. Aku memang tak tahan kalau nampak ada keow teow goreng.. Automatik kepala lutut bergetar.. Ditambah lagi ada cili jeruk.. aduh mak aihhh ! Berair hingus tengok wooo ..

image

image

Ok.. part ni aku kena jujur ngan korang.. Aku tambah 4 kali makan serawa durian ni ! Rasa cam nak tapau bawak balik umah jer kasi wife rasa .. hahaha ..

image

Bagi pengemar kuih muih.. hehhe… jgn risau ! Ada pelbagai pilihan jenis kuih yang rare gitu ! Atau oleh makan kek..

image

image

Ada banyak gambar.. Kalau aku letak semua gambar tu , aku rasa kuota internet korang mesti abis punya ! Hahahaha.. Jangan risau.. semua seperti yang korang nampak.. sedap !

Haaaaa.. amacam ? Nak datang berbuka kat sini , kena tempah dulu.. Takut takde tempat kalau korang walk in.. Huhuhhu.. Tempah dulu senang.. takde kalut nanti .

Harga ? Untuk dewasa cuma RM128 nett ! Kanak kanak berusia 5 hingga 12 tahun , RM64. Jangan risau.. berbaloi ! Makanlah sepuas puasnya.. huhuh..

Untuk tempahan , sila hubungi 03-4042 5555 / 03 4049 4351 / 4352 dan boleh juga email ke fbresv@seripacific.com.

Facebook : SeripacificOfficial

Web : www.seripacifichotel.com

Diulangi.. tempah dulu yer.. Kalau walk in pon boleh gak.. cuma , kena pastikan ada kekosongan la.. huhu..

Tidak cukup positifkah aku ?

 

Teringat kata seorang rakan..

“ Ben , positif je .. “

image

Dulu , aku seorang yang cukup negatif ! Kesan dari pengalaman hidup yang sering kena tipu bila beri kepercayaan.. aku nekad untuk tidak bulat bulat percaya pada mereka yang rapat dengan aku… terutama .. ala.. paham paham dah laa .. yang aku maksudkan.. hehe..

Tapi bila kenal wife aku , aku terasa aku boleh kembalikan sikap positif aku. Belajar mempercayai manusia lain.. Payah tapi aku cuba.. Aku takut terluka lagi akibat ‘dikencing’ hidup-hidup..

Selepas aku mengenali dunia blogger.. Aku merasainya lagi. Aku cuba bersikap positif. Beri kepercayaan namun berkali juga aku dihampakan..

Sehingga sekarang .. aku masih cuba tapi bukan mudah ! Apatah lagi bila mengendalikan komuniti blogger yang ada lebih 100 blogger , pastinya ada macam macam peel dan perangai ! Hurmm..

Niat aku cuma satu.. Nak bantu membantu sesama insan. Namun.. hurmm… Payah nak kata.. Kata kawan aku lagi..

“ Positif je la Ben.. “.

Yer.. kalau aku asyik berpositif , aku juga yang stress akhirnya ! Masalahnya , sampai bila ?

Wisma PKNS lubuk ‘berhari raya’ !


Aku cukup takut bila wife ajak pergi Shah Alam , dulu ! Bila nak gi sana , nak cari parking susah.. Dengan  ramainya orang lagi.. Fuhhh ! Memang aku elak sungguh nak pergi sana..
Tapi selepas beberapa kali aku ke sana tahun ini , aku dah tau tips dan trick bila nak bershopping kat sini.. hehehe.. terutama Wisma PKNS , Shah Alam ni.. hehehe..
Mudah jer.. Pastikan sampai kat sini , sebelum jam 11 pagi. Kemudian parking kat SACC , yang bersebelahan dengan Wisma PKNS tu.. Tak mahal mana pon. Yang penting , selesa dan selamat kat sana.. Haaa.. Nak lagi selamat , parking sebelah kereta mewah.. InshaAllah.. heheheeh.. tiada jaminan tapi  sekurang-kurangnya laa.. hehhe.. Mintak dijauhkan yer..
Haa.. Jam 11 pagi kat sini.. Korang boleh tengok dan pilih tanpa berebut atau berlanggar dengan insan lain yang sibuk seperti anda juga.. cari baju rayaa ! Kan kan ?
Dan aku hari tu.. aku pergi hari Ahad. Kalau pergi hari kerja , lagi syiokk wooo ! Boleh tawar menawar kalau tak ramai orang.. hehehe.. kan kan ?
Hasilnya ? Dalam sehala pergerakkan mencari baju raya , jumpa terus satu set untuk keluarga.. Selesai !!! Warna pon menarik .. design pon cun ! Haa.. Puashati aku.. Satu keluarga , dalam RM500++ jer.. Baju aku , wife , Qhaliff dan Zahra.. Kain pon sedap. Puashati gue ! Aku rasa kot harga dia dalam lingkungan tu.. Lebih kurang la.. Okk pe ? Kain sedap.. pakai selesa.. Nak murah , gi kedai Hari Hari.. atau Giant.. dapat la sepasang RM69 gitu..
image
Wife mintak sedondon warna tahun ni. Anak anak dah besar.. Nak bergambar sekeluarga kali ni.. hehehe.. Apa salahnya tunaikan permintaan dia kan ? Huhuh..
Berbalik pada PKNS.. Serius koooo ! Banyak giler pakaian raya kat sini. Rambang bijik mata.. Aku elakkan dari berlaku kerambangan itu dengan melayan handphone. Biar saja wife aku mengekang nafsu membelinya sendirian ! Hahahaha..
“ Bang.. lawa tak ? “.
“ Lawa.. amik je kalau nak.. “ .
Orang perempuan ni , bila kita suruh dia amik.. dia tak nak… Bila tak kasi , yang tu dia nak ! Haaaa.. kena main psikologi skit ngan diorang ni.. hahahaha..
Pastu jalan lagi.. lagi dan lagi..
image
image
image
image
Dapat apa wife aku nak.. Ok , selesai ! Jom gi KLCC lak.. cari baju untuk budak budak lak.. Nak gi Mothercare sana.. Sana Mothercare besar .. banyak pilihan ! Hehehehe.. Suka beli situ. Baju dia tahan.. Si abang turun ke adik.. adik turun ke adik dia nanti.. hehehe.. Jimat.
Jalan TAR , aku tak gi dah. Takut nak gi sana ! Nak bawak budak budak pon , pikir 25 juta kali.. Tak sempat sampai 100 kali pikir , aku dah tidur.. keletihan otak memikir.. hehehehe.. Lama dah tak gi sana.
Selain Wisma PKNS , orang kata gi Bangi pon best. Banyak butik.. Apakah best kat sana ? Tunggu aku serbu area Bangi lak.. terutama Bangi Sentral. Apakah harganya berpatutan ? Hurmm..  Tungguuu..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI