Jumaat, 24 Jun 2016

Apa dah jadi dengan negara kita ?

 

image

Ada satu komen menarik perhatian aku di page Berita Harian , hari ni.. Ianya berkisarkan rasuah di kalangan mereka yang punya kuasa.. Huhuhuh.. Selagi tak bendung gejala ni , selagi tu tak selesai masalah yang semakin menjadi jadi ni..

Amik contoh laa.. setiap hari hujung minggu., di tempat tempat tertentu jadi markas lepak warga asing.. Fuhhhhh ! Menakutkan ! Aku sendiri nak g lalu tempat tu pon dah hilang selera. Bukan la nak double standard tapi kita tak tau yang ada kat situ apakah benar benar ‘bersih’ atau mereka menyeludup masuk ke negara kita ni ? Kalau masuk secara haram.. pastinya mereka ni tak ditapis dek keselamatan , kan ?

Persoalannya.. kenapa tiada pegawai keselamatan di situ walhal tau situ penuh dengan warga asing ? Hurmm.. Aku la tertanya sendiri. Bukan nak tanya kat diorang yang punya kuasa tu..

Tak lama lagi Aidilfitri.. dan bandaraya Kuala Lumpur , akan jadi mereka punya.. Kan ? Huhuhuh..

Jangan marah Qhaliff !

 

Kenapa jangan marah dia ? Sebab.. bila aku marah dia.. dia mesti akan demam ! Huhuhuh.. Dia cukup tak leh aku marah. Orang lain marah , dia tak kisah.. Aku marah ? Demam sudah..

Semalam , aku marah dia.. Mainan dia yang aku beli beratus ringgit , bertaburan. Dah banyak kali.. Beli tak sampai sejam , hilang.. rosak dan bersepah..

Hurm.. kekadang aku hilang kawalan gak.. Penat kepala otak dek kerana kerja. Terlupa sekejap.. Pastu menyesal.. Hurmm..

image

Yer.. memang dia penghibur hati.. Tapi bila dia kat shopping mall.. huhu ! Aku geram jee dalam hati !

Independence Day : Resurgence , mengecewakan !

 

Teringat hari ni dia punya show bermula kat panggung. Oh yaa.. Antara GSC dan TGV , aku rela gi GSC.. TGV , boring ! Banyak giler iklan.. Er , tu TGV KLCC la.. yang lain tak pasti dan GSC Alamanda , iklan tu kurang tapi banyak tunjuk trailer filem baru..

Independence Day 1996.. aku tonton berpuluh kali ! Filem tu jadi menarik sebab Will Smith. Memang hidup watak dia bawak. Serius yang melucukan. Tapi kali ni , dia takde.. Apakah best ? Pada awalnya , aku tak nak tengok tapi teringin gak nak tau apa sambungan dia.. Maka , aku bergegas jugak ke Alamanda dan amik show jam 2.30 petang.

image

Dan … tayangan bermula..

image

image

Watak watak.. Hurm.. nasib baik ada orang lama kecuali Will Smith yang dimatikan wataknya.. Maka , sedikit hambar.. Anaknya dah besar dan jadi pilot. Dari belakang tubuh badannya , nampak macam Will Smith.. terubat gak la rindu nak  tengok dia berlakon..hehehe.. Tengok depan.. krik krik.. Terus boring ! Hahahaha..

Permulaan yang agak.. hurm.. mendatarkan walaupun ada babak babak gempak. Agaknya aku masih terpukul dengan kehebatan filem terdahulu.. Hurmm..

image

Sewaktu babak ni , ternampak KLCC juga dihancurkan.. Apakah ? Gulp… Apakah ??? Hurmm…

Sesekali , aku tersengguk sengguk. Tunggu babak best bermula. Terperasan awek cun kat sebelah aku. Aku pon tegur sapa ngan dia. Hilangkan boring.. 

“ Haiii.. apa khabar ? Cam boring jer  citer ni kan ? “

Awek tu senyum.. Tetiba.. terjaga ! Arghh.. terlena jap aku ! Sah citer ni boring !

Kemudian… bila alien mula menyerang , di sini baru nampak bestnya.. Haaaa.. Bukan apa.. Watak hero dalam ni , control macho jer. Yang orang lama je banyak buat lawak !

Akhirnya , ratu mati.. abis citer ! Arghhhh !! Tu jer??? Owh… diorang ada ‘kawan’ dan akan serang aliens tu balik ? Hurmm.. Bersambung rupanya..

Tak nak tengok sambungan dia.. Boring ! Nyesal tak tengok filem CI ! Kesimpulan ? Hurmm… Bawak kawan kalau nak tengok citer ni.. Dan tengok belah malam.. leh makan pop corn di kala boring..

Awek

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI