Isnin, 27 Jun 2016

Zahra , si ‘attention seeker’ !

 

Turun je dari kereta , dia dulu nak didukung. Biasanya , abang dia dan dia duduk dalam stroller. Sejak stroller jarang digunakan , dia mintak didukung.. walaupun memang dia patut diutamakan sebab dia kecik ! Huhuhuh..

Dan di rumah , apa saja abang dia buat.. dia akan buat ! Kalau baring sebelah aku , dia datang dan tolak abang dia.. dia nak baring kat situ gak..

Sememangnya abang dia tak boleh rapat dengan aku. Dia nak jugak ! Termasuklah bila nak tidur , dia nak tidur atas lengan aku.. Sorang kiri sorang kanan.. abis mak dia nak tidur kat lengan mana ? Ehhhh.. salah topik lak.. heee..

image

image

image

Diorang ni , BFF ! Kalau sorang ikut aku gi mana mana, yang lagi sorang tu jadi boring. Mula la tak keruan .. bak kata wife.. Nak tak nak , kena tinggal dua dua kat rumah.. huhuhuhu..

Bagi aku.. tak salah Zahra ni ‘menagih’ perhatian dari aku. Dia anak perempuan.. aku kena lebih tumpu dari dia. Maklumlah , bak kata orang dulu dulu.. nak jaga anak perempuan ni , bukan senang. Senang lagi jaga sekawan lembu.. Eh ?

Hurm.. moga Zahra dilindungi Allah hendaknya.. Abang serta bakal adiknya juga.. InshaAllah..

Meningkatkan kualiti diri sebagai blogger !

 

Terpaksa.. bukan nak membazir tapi untuk meningkatkan kualiti sedikit demi sedikit.. Walaupun menelan sedikit kos tetapi demi tanggungjawab serta kerjaya yang dipikul.. nak tak nak.. kena bersaing juga dengan blogger blogger baru yang bagus serta berkualiti. Secara tak langsung , persaingan sihat wujud dan memberikan aku peluang memperbaiki lagi mutu penulisan aku.

Paling penting ialah kamera.. Kebelakangan ni , job food review banyak. Nak kena amik gambar cantik cantik.. Perlukan kamera yang bagus. Tak kira la telefon pintar atau pun kamera. Kalau nak jadi blogger komersial , kena ada la dua dua ni. Huhuh..

image

Pikir panjang gak aku sebelum nak membeli lens yang baru ni. Bukan apa.. bila aku gi event yang ada perasmian sebagainya , aku gagal amik gambar yang aku nak. Terpaksa nganga je tengok.. Pastu nak buat live update . gagal ! Hurmm.. Jadi malu pada diri sendiri.  Gi event tapi tak buat kerja !

Nak tak nak.. kena gak laa rembat lens baru..

image

Terpaksa.. Tutup mata masa nak beli ni. Tu pun , pinjam duit orang.. hahaha.. Guna duit sendiri ? Aku bukan kaya wooo.. Hehehehe.. Demi kerjaya.. Rasanya pon tak lama dah.. pastu nak bersara dari dunia maya ni.. Nak tumpu pada jaga anak yang makin bertambah.. Huhuh.. dan  cari kerjaya lain yang lebih senang skit.. Ingat jadi blogger senang ke ??? Adehh..

Yer.. template blog ni pon aku nak tukar tak lama lagi.. Tunggu masuk 2017.. hehehehe.. InshaAllah…

Yang penting , kita ambil tindakan !

 

Aku ada up status di Facebook semalam selepas terbaca status seorang rakan. Aku tak salahkan dia pon sebab dulu aku pun berfikiran begitu.. Menuding jari pada pihak berwajib yang mengutip zakat. Maklumlah , zaman ni , makin ramai yang korup ! Sebab tu makin hilang kepercayaan orang awam pada badan badan yang dilantik kerajaan..

image

Aku tak nak salahkan mana mana pihak. Mereka berkata mengikut pengalaman mereka dan aku berkata mengikut pengalaman aku. Aku tak tau camana ragam pusat zakat yang lain tapi untuk Lembaga Zakat Selangor , aku sendiri dah ikut mereka beberapa kali dan yang terbaru ke Kelantan. Boleh baca di entri ini , Ke mana wang zakat aku ????.

Bagi yang masih was was dan menghentam Pusat Zakat , cuba dapatkan maklumat dengan lebih lanjut dengan mengunjungi ibu pejabat lalu ikut program mereka.. seharian.. InshaAllah akan lebih faham.. Dan jangan lupa tanya segala apa nak tanya ..

Tak perlu menuding mana mana pihak termasuk yang mengkritik Pusat Zakat. Bagi aku , mereka berkata atas pengalaman mereka. Dan ada bagusnya kritikan begitu supaya juga pihak berwajib yang lain akan lebih telus dalam menunaikan tanggungjawab kerana ada mata yang memerhati.

Yang penting.. kita laksanakan amanah dan tugas kita. Kalau nampak ada asnaf mahupun mereka yang memerlukan bantuan , segera laporkan pada pihak berkenaan dan kalau berkemampuan , hulur seberapa yang mampu buat terlebih dahulu. Bukan amik gambar , pastu up di media sosial dan biarkan viral lalu menjatuhkan imej pihak berkenaan.. walhal kita tak buat apa apa tindakan pon lagi !

Jangan lupa.. apa yang kita lakukan , adalah saham untuk akhirat nanti..

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI