Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 28 Jun 2016

Video: Tips Memohon Pinjaman Perumahan..

 

Ada sorang kawan tanya aku.. Camana nak kasi permohonan pinjaman perumahan yang dia mintak tu , lulus tanpa banyak songeh ! Heheheh.. Maksudnya , lulus dengan mudah la..

Hasil pertanyaan pada rakan rakan serta wife dan juga google , maka dapatlah jugak sedikit maklumat dan aku nak kongsikan beberapa tips mudah untuk korang. Korang layan dulu video ni eh.. Moga bermanfaat yer..

Dah tonton ? Camana ? Walaupun asas , tapi ada masih ada yang tak peka ..cam aku dulu ! Hehehehe.. Aku harap dengan point yang aku bagi tu , dapat membantu korang nanti. Kalau ada pertanyaan , boleh jer rujuk pada pakar seperti Mega Housing .

Bagi yang belum tonton video sebelum ni , bolehlah berbuat demikian dengan klik entri aku yang ni haa.. hehehe.. Apakah aku layak membuat pinjaman perumahan ? Camana aku nak tau ?

Bawak diorang berjalan jalan !

 

Wife gi check up semalam.. Kemudian mengadu sakit kepala tapi nak masuk pejabat gak. Katanya banyak kerja. Aku bagitau , aku je hantar dia ke pejabat. Pastu bawak budak budak gi jenjalan.. Lama tak bawak diorang berjalan , bertiga ! Huhuh.. Dulu rajin la ngan Qhaliff.. Bila Zahra ada, tak pernah lagi.. seingat aku la.. huhuh..

image

Dah jadi BFF dah ! Melekat je berdua. Tak leh berpisah gituuu .. huhu..

Lokasi : Promenede , Presint 1.

image

image

image

image

Sejam di sini.. Jom balik ! Sekejap je pun dah buat mereka gembira.. huhu…

image

Nanti nak bawak gi Taman Rama-Rama dan Taman Burung la.. mesti diorang suka punya.. Huhuh..

Kopi Kluang antara yang sedap !

 

Aku dapat kopi ni sewaktu promosi makanan Johor  di Seri Pacific Hotel. Aku ingatkan kopi biasa biasa jer.. Tapi sejak awal Ramadan ari tu, wife hidangkan ketika berbuka.. bergelas aku minum..

“ Sedap , kan ? “ . Wife tanya..

“ Aah.. kopi apa ni ? “. Tanya aku kembali.

“ Yang abang bawak balik tu la.. “. Pastu dia tunjukkan pada aku . Dan meminta aku bertanyakan pada rakan rakan kat mana boleh beli lagi Kluang RailCoffee ni..

image

Aku pun up status. Mintak bantuan rakan rakan.. Tanya kat mana boleh dapat area KL ni.. Rupa-rupanya bersepah ! Hahaha.. Dan dah memang popular pon !

Siap ada cafe dah rupanya ! Huhuhuh.. Dan promosi Ramadan ! Adehhh..

image

Hurmm… kena cuba ni memandangkan ramai kata sedap !  Nak cuba ? Boleh mesej ke :

Telephone : 03 61501802
Mobile : 012 3953800 (Whatsapp/SMS)
Facebook messenger : Facebook.com/RailCanteen

Misi aku ialah mencari kopi dia ! Hahahaha.. Kat mana ? Tesco Ampang ada ! Yess.. dekat ngan aku.. Nak pergi nanti. Kasi borong dan standby untuk raya nanti.. Kasi bikin kopi ais pon sodap !

Pengajaran buat Malaysia..

 

Aku tak follow sewaktu pusingan pertama.. Malas ! Hahahaha.. Dah masuk pusingan kalah mati , baru aku berminat nak tengok. Tapi bila melibatkan England , aku malas nak tengok ! Hahaha.. Bukan tak minat England tapi tah.. bagi aku England gah sebab liganya ! Begitu juga dengan Sepanyol ! Harap pemain individu ada nama jer tapi dari sudut sepasukan , bagi aku mereka tak cukup ‘power’ !

Seperti jangkaan aku.. semalam dua perlawanan yang best , dimenangi oleh pasukan di luar jangkaan.. Tapi Itali bukanlah pasukann calang calang.. Mereka memang kuat terutama bila dah dapat satu gol ! Hahahaha.. Memang payah laaa nak bocorkan kubu mereka !

Kemenangan pada team Azzuri..

image

Perlawanan kedua.. Anak aku ajak naik tidur. Sian tengok dia mata dah cam panda.. Aku pun naik la.. Lagi pun aku ada kerja nak kena buat pagi nanti. Untuk elakkan mengantuk sewaktu memandu , maka… jom tidur.. Lagi pun game melibatkan England.. Boring ! Hahahhaha.. Memang aku harap England kalah.. Brexit !

Dan aku check di page UEFA EURO 2016 lepas sahur tadi.. Hahahahaha.. Sungguh laaa impian aku tercapai !

image

Dua buah negara yang punya liga yang cukup gah , terkulai layu sudah ! Apa dah jadi ??? Punya pemain bernilai jutaan ringgit.. tapi ? Hurmm.. Teringat pulak pada perlawanan akhir Copa sebelum tu yang mana Argentina tewas pada Chile ! Argentina ada pemain terbaik dunia beberapa kali tapi tak juga berjaya membawa pulang piala Copa yang diidamkan ! Huhuhuh..

image

Apakah pengajaran buat Harimau Malaya yang baru-baru ni seri dengan Fiji ! Fiji je kot ??? Adehhhh… Takde pengajaran pon.. Asyik tukar coach.. tapi coach yang sama gak je.. Hehehehe.. Entah la.. kang kata lebih lebih , ada yang sentap.. kata tak de semangat patriotik.. Suruh aku je main ! Adeh.. Buat la reformasi besar-besaran.. Belajar skit dari JDT tuuu.. camana nak majukan team ! Ni tak.. dok takok tu jer.. Target.. Asean jer ! Adehh.. Juara Asean pon dah cukup gempak ! Nak g lagi jauh … cam krik krikk.. Masalahnya , bukan tak boleh.. tapi tak nak ! Selesa dok jadi jaguh kampung .. Huhh..

Sukan di negara kita.. memang krikkk krikk.. Selagi boleh kerah keringat.. kerah sampai kering ! Yang dok atas tu.. senyum sampai ke telinga bila menang .. tapi bila kalah , hurmm..

Malas cakap..

Bila status Facebook kita viral..

 

Ketika aku up status ni , aku dah jangka ianya akan viral setelah dalam beberapa minit , berbelas orang rakan dah ‘share’ ke timeline masing masing.. Namun aku delete untuk elakkan salah faham.. Tapi sempat rupanya diprintscreen oleh seseorang.. huhu..

Beberapa page telah up status ni..

imageimage

image

Dan beberapa orang kawan telah tagged nama aku di setiap komen.. Aku senyum jer.. Dan menariknya , terdapat ‘perbalahan’ pendapat di status itu. Aku dah jangka dah pon.. Aku malas nak berbalas komen. Maklumlah , penat nak jelaskan pada mereka yang lebih mengetahui berbanding kita yang diberi peluang ikut sama serta punya sedikit pengalaman bersama pusat zakat ni.. Tapi aku anggap positif jer la.. mereka mungkin juga ada pengalaman tersendiri bersama pusat zakat.. Maka , senyum je la..

Sehingga ada yang kata , aku dibayar untuk post status tu.. Kalau bayar, aku rasa status aku tu siap hadis kot ? Hahahaha.. Mesti Lembaga Zakat Selangor kasi point menarik serta gambar gambar yang cun gituuu ! Kasi mantap lagi kan ? Ni status penuh kelonggaran je pon..

Di sini aku sertakan link pengalaman aku bersama Lembaga Zakat Selangor..

Yang mana akhirnya aku sendiri membayar zakat pendapatan buat pertama kalinya.. Sebelum ni , tak bayar sebab tak layak.. huhu.. Tapi kali ni nak bayar gak sebab dah tau apa kelebihan dan di mana perginya duit zakat aku tu.. InshaAllah. Yang penting , aku dah laksanakan part aku.. Dan yakin mereka laksanakan part mereka juga.  Kali pertama bayar zakat pendapatan !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI