Rabu, 29 Jun 2016

Baju kurung untuk aku ?

 

Cita cita aku satu tika dulu , nak jadi pereka fesyen pakaian lelaki ! Jangan tak tauuu.. Hahaha.. Aku cukup suka tengok rekaan baju lelaki. Memang gempak la.. Nampak segak dan macho..

Ketika aku berusia 17 tahun , ketika tu baju batik jadi satu trend. Aku ada banyak koleksi baju batik santai.. pakai dengan jeans. Bukan baju batik gi kerja setiap hari Khamis tu yer.. hehehe.. Sehinggalah aku mereka sendiri satu pasang baju raya yang bentuknya seperti kurta… Aku tertarik dengan baju kurta bangsa Punjabi punya design , kalau tak silap aku dan aku menggunakan kain baju kurung ! Hahahaha.. Mak aku kata aku mengarut ! Aku tak kisah ! Aku nak jugak.. Mak aku malas nak bertekak.. Maka tahun tu , aku beraya dengan pakaian rekaan aku sendiri ! Kawan kawan tengok , rasa kagum.. Tak de la nak kutuk bagai.. Sekurangnya , aku punya lain dari yang lain. Bukan pelik tapi kelainan..

Minggu ni , viral baju kurung untuk lelaki ! Aku tersenyum.. Cantik design dia.. Tapi warna dia memang warna ‘perempuan’. Kalau digarangkan lagi , bagi aku tak nampak la cam perempuan punya !

image image

image image

Design ok dah.. Warna je masalah.. Memang warna sesuai untuk perempuan.. Lelaki punya kalau digarangkan , memang nampak cun ! Hahahaha..

Bukan apa.. aku sendiri pun dah boring nak beli baju melayu kosong. Kalau ada design skit , ok la.. memang aku amik.. Kalau kosong , cam nak gi menikah je lagi.. hahahaha..

Apa pun bagi aku.. selagi mana tutup aurat , ok jer.. Ni semua cumalah rekaan pereka fesyen. Cam aku kata tadi , selagi mana tutup aurat.. ok la kan ? Sesekali nak ‘beraya ‘ dengan kelainan.. apa salahnya , kan ?

Jangan bogel dah la.. kan !

Pantai Timur pasti sesak menjelang Aidilfitri !

 

Geleng kepala , bagi mereka yang tak pernah ada pengalaman lagi ! Hahaha.. Cam aku , dah masuk 8 tahun.. ke 9 eh ? Lupa lak.. 8 kot ? Kawin tahun 2008.. Sekarang 2016.. Berapa ? Haa.. kira sendiri.. 

Cam aku yang dah biasa ni.. tiap tahun beraya di Kelantan , hanya mampu merancang jalan mana yang patut diikuti nanti. Apakah nak masuk Terengganu atau ikut Gua Musang ? Tapi kalau nak selamat , ikut Gua Musang jer.. Kenapa ??? Hehehehe.. Walaupun jalan tu pasti sesak , tapi boleh je berenti di mana mana .. Maksud aku , ada banyak tempat berenti seperti surau , masjid mahupun stesen minyak atau kedai kedai makan di tepi jalan ( kalau perjalanan malam ).

Tak seperti ke utara melalui PLUS atau selatan melalui lebuhraya.. Kena tunggu RnR la jawabnya untuk berenti. Jenuh gak wooo.. Kena sakit perut ? Pening kepala atau sebagainya ? Fuhhhh… aku dah rasa ! Memang insaf dah g  bercuti pada cuti umum..

Nak pulang ke sana , tak de masalah.. Tapi nak beraya tu nanti ‘bermasalah’ ! Segala pelusuk jalan raya kecil dan besar , penuh dengan kereta ! Masa ni , memang insaf laaaa ! Tapi peliknya, setiap tahun ulang jugak.. Hahahaha..

Giveaway untuk peminat TRANSFORMERS !

 
Aku tau korang minat punya ! Kan ? Haaa.. Kalau minat , aku ada giveaway untuk korang terutamanya yang setia membaca blog aku sejak 8 tahun dulu.. Fuh , lama tuuu ! Terima kasihhhh !
Hadiahnya ialah berupa TRANSFORMERS Generations Voyager Class (Scattershot) atau TRANSFORMERS Generations Voyager Class (Onslaught) bernilai RM 139.90 ! Camana rupa TRANSFORMERS Scattershot dan Onslaught ni ? Ni haaa
image
image
image
TRANSFORMERS Generations Voyager Class (Scattershot)
image
 
image
image
TRANSFORMERS Generations Voyager Class (Onslaught)
 
 
Suka ?? Nakk punyaa kan ?? Aku tauuu.. Mestilah nak kan ? Haa.. Aku jarang buat giveaway ni.. Maka , sila amik peluang ni yer.. hehehe.
Camana nak join ? Mudah jer…. Ada dua langkah jer. Cara-caranya ialah :
  1. Share Giveaway ni di Facebook korang. Penting share sebab nanti aku nak detect pemenang melalui Facebook.
  2. Sila tinggalkan komen di ruangan komen pada entri ini dan beritahu kenapa korang minat TRANSFORMERS dan robot mana yang korang minat ?
Tu jer ! Senang kan ? Hehehe.. Pemenang yang bertuah akan dihubungi nanti. Semoga berjaya ! Pemenang akan diumumkan sebelum 15hb Julai.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI