Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 30 Jun 2016

Cyst semakin mengecil dan kedudukan bayi..

 

Hari ni wife check up sekali lagi di Hospital Putrajaya. Selasa lepas , dia check up di klinik desa jer. Dia memang kena gi ‘lawat’ pakar sebulan sekali atas faktor tertentu..

Hari ni aku ikut wife.. Usung dua dua ‘sharp shooter’ sekali. Tapi dua dua , masih lena diulit mimpi. Huhh.. Jadual bertukar lagi diorang. Tidur lewat balik skang ni.. Hurmm..

Temujanji jam 8 pagi.. Selepas turunkan wife , aku gi cari port untuk sambung tidur. Dalam kawasan hospital , memang jangan mimpi laa Kena parking kat luar.. dekat ngan Ibu Pejabat Polis Putrajaya.

Ambik bantal dan.. lena sekejap.. Leganya mata.. huhu.. Entah kebelakangan ni , badan letih semacam jer.. Siangnya ngantuk saja.. Malamnya pulak.. pon ngantuk gak ! Hahahaha..

Dalam jam 10 lebih , wife mesej. Kata dah settle. Aku gi amik dia kat lobi. Muka dia biasa jer.. Ok sudahkah baby dan cystnya ? Sememangnya , kali ni aku agak sedkit gementar. Maklumlah , dia bagitau sebelum ni dia ada cyst dan kedudukan baby lak tak betul dalam kandungan.. Hurmm..

Wife naik je kereta.. Aku pandang dia.. Dia senyum jer. Aku membalas senyuman dengan hati masih tertanya tanya lagi.. Apakah kata doktor kali ni ??

“ Camana ? Apa kata doktor ? “

“ Cyst dah mengecil dan baby pon dah duduk di keadaan sepatutnya. Minggu ke 36 kena datang semula untuk bincang pasal beranak. Nak normal atau operation.. Kalau boleh , nak normal… “

Adeh.. normal ? Hahahaa.. kena teman lagi la jawabnya aku.. Adehhh.. Alhamdulillah.. janji semua ok.. Baby pon takde masalah.. dah 1 kilo lebih..

image

Abang ngan kakak , dah ready nak ragging bakal adiknya.. Sekarang , Zahra jer kena ragging.. Huhuhu…

OP SELAMAT 9/2016 Aidilfitri bermula sudah !

 

image

Dengan mengekalkan tema “ Rumah Selamat , Selamat Sampai ke Destinasi “ , Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad bagi memastikan keselamatan masyarakat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri  lebih terjamin.

Antara operasi-operasi yang bakal dijalankan ialah Op Perangkap Had Laju di kawasan yang kerap berlaku kemalangan jalan raya , Op Roda di mana statistik kemalangan maut pada musi Op Selamat yang lalu menunjukkan bahawa kategori motosikal yang paling tinggi terlibat dalam kemalangan maut.

Penekanan operasi kali ini tiada maaf bagimu punya ! Maksudnya , tiada kompromi terutamanya kesalahan lorong kecemasan dan potong queue ! Ini selalu berlaku dan seolah olah mereka tarak kisah punya ! Saman murah kot ???  Kasi uppppp tengokkk ! Huhhh..

Antara kesalahan-kesalahan yang menyumbang kepada kemalangan ialah :

  1. Memandu di lorong kecemasan
  2. Memotong di garisan berkembar
  3. Tidak mematuhi lampu isyarat
  4. Memandu melebihi had laju
  5. Potong queue
  6. Guna telefon bimbit ketika memandu !

Kempen Op Selamat memberi tumpuan merangkumi keselamatan kediaman rakyat Malaysia ketika mereka bercuti di kampung halaman daripada sebarang perlakuan jenayah.

Bagi tujuan tersebut , rondaan pencegahan jenayah di taman taman perumahan akan terus dipertingkatkan. Anggota balai dan kereta peronda , Unit Rondaan Bermotosikal , rondaan bit dan jenis jenis rondaan akan bertindak sebagai eleman utama untuk memantau rumah dan premis yang ditinggalkan.

Pemilik kediaman atau premis diingatkan supaya memaklumkan tentang kepulangan ke kampung halaman kepada pihak polis dengan menghantar Borang Maklumat Balik Kampung. Borang perlu dicetak dan dilengkapkan serta diserahkan ke balai polis berhampiran.

image

Ok.. Berhati-hati di jalan raya yer ! Tak kira raya atau tidak , sila pastikan anda tidak terlentang di jalan raya ! Heee..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI