Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 1 Julai 2016

Teksi atau GrabCar ?

 

image

Pemandu teksi yang merosakkan kereta pemandu Grabcar telah didenda. Tapi apakah ‘kebencian’ pemandu teksi pada pemandu Grabcar akan berlalu begitu saja ? Rasanya tidak.. kan ?

Bagi aku laa.. ikutkan memang kesian kat pemandu teksi yang jujur… tapi disebabkan segelintir pemandu teksi yang merosakkan maruah mereka sendiri , semua terkesan ! Yang mendapat perhatian adalah GrabCar atau seangkatan dengannya !

Apakah aku akan guna GrabCar ? Aku pernah guna sekali GrabCar dan ternyata ianya tidak sesukar mana pon untuk memanggil mereka ke depan mata kita ! Berbanding teksi , ada kalanya terpaksa berdiri dengan begitu lama sambil tersengih macam kerang busuk untuk dapatkan teksi !

Pemandu teksi kena bersatu untuk mengubah nasib mereka. Bagi aku , jika mereka perbaiki mutu kerja serta punya perasan mesra pada pelanggan , tidak mustahil mereka berjaya mengembalikan keyakinan pengguna dan seterusnya boleh melupakan GrabCar !

Tapi selagi ada segelintir seperti samseng jalanan… maka masalah begini takkan selesai punya..dan GrabCar akan berkembang maju ke kawasan kawasan pendalaman .. Bila ini berlaku , fuhhhh… masuk angin keluar asap wooo

Jom Boikot Astro , sekali lagi !

 

Aku rasa , berkali dah agenda Boikot Astro ni dibuat tetapi tak dapat sambutan ! Kenapa ??? Sebab tv canggih tapi pakai arial dan tiada pilihan lain melainkan kena guna Unifi ! Unifi ni pon mengarut gak kekadang.. aku dah alami sebelum ni.. Tapi dah settle secara baik.

Isu Astro mengenakan charge tersembunyi , mendapat perhatian Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini di akhbar Berita Harian, sekali lagi ! Hehehehe.. Tak silap aku , sebelum ni punya menteri pun dah berjanji nak buat siasatan dan seperti biasa.. janji tinggal janji.. Krikkkk.. krikkk… Lama daaahhhh ! Bertahun wooo !

image

Isu ni meletus sekali lagi gara-gara status seseorang di Facebook yang menjadi viral !

Astro buat hal lagi. Orang tengah rancak tengok Euro 2016, pelan-pelan dia hantar notis naik RM8 untuk pakej sukan. Saya pun dapat notis yang sama, esoknya jugak 29.6.2016 terus telefon Astro nak tukar pakej. Nak tukar pakej kena caj penalty RM120, dalam 4 tahun lepas RM20 je rasanya. Saya tukar fikiran, nak terminate terus. Lama operator buatkan saya tunggu, lepas tu dimaklumkan kena bayar lebih kurang RM360 untuk terminate. Saya tanya apa detail RM360 tu?

RM120 penalti
RM80 penalti
RM88 bil bulanan
RM70 1 bulan notis.

1 bulan notis pun ada cas jugak? Lepas tu saya kata ini unfair, dalam perjanjian takde pun. Selamba je operator tu jawab dengan gelak2 ramai dah orang komplen benda ni. Kalau encik tak puas hati encik boleh komplen dalam facebook. Ok fine, I take your challenge. Saya bayar RM360 skang saya nak tulis ni dalam facebook.

Jadi soalnya sampai bila kita nak biarkan Astro sentiasa buat hal? Kita plak cuma boleh jadi Pak Pandir. Orang kata bayar, kita pun bayar. Orang kata hari ni takde siaran sebab hujan, kita pun cakap ye lah, kami akur. Mana maruah kita selama ni? Ni bukan sekali dua ye, kalau ikut rekod entah berapa kali dah dia cari pasal. Time nak terminate bukan main susah, time hujan line tak dapat, bayar lambat dia potong, nak sambung balik punya lembap, bila telefon jawab lebih kurang. Apa lagi? Enough is enough la. Cuba pegi tengok dalam fb rasmi Astro tu, berapa ramai yang komplen dan macam mana cara Astro jawab? Irritating. Macam tu ke cara dia layan kita sedangkan dia perlukan duit kita untuk dia sendiri survive. Kenapa dia boleh pijak kepala kita sedangkan sepatutnya kita yang boleh pijak kepala dia? Kenapa? Sebab kita mungkin sudah faham hak pengguna, tapi kita tak pernah bersatu. Cuba kalau kita bersatu, korang tak teringin ke tengok ego Astro ni terjatuh macam Maxis dulu?

Rasanya kalau sebahagian besar pengguna Astro boikot untuk bayar bil Astro selama 3 bulan, katakan la JULAI, OGOS dan SEPTEMBER 2016 saya rasa cashflow diorang mungkin akan terganggu. Bila dah geng kapitalis yang hidup bertuhankan duit ni tak dapat sumber ‘oksigen’ macam biasa, baru la masa tu kau nak tergedik-gedik macam cacing kepanasan. Tak payah tengok contoh jauh2, sebab kita rakyat Malaysia pernah secara tak sengaja ‘memalukan’ Maxis dulu. Ye betul, diorang akan potong line. Anak-anak dan bini kita mungkin komplen boring takde tv, tapi kita kena sabar. Cakap kat diorang yang kita buat ni untuk masa depan semua jugak. Sekali kita tak pernah cuba, sampai bila-bila pun Astro tetap akan buli kita. Jadi selama Astro takde tu layan la youtube ke, tv biasa ke tak pun rival Astro tak kira yang halal atau haram, pandai2 le korang pilih. Katakan dalam tempoh 3 bulan ni Astro degil jugak, sekurang-kurangnya kita dah terbiasa hidup tanpa Astro 3 bulan, so lepas tu dah tak rasa apa-apa. Boleh jugak jimat bil bulan-bulan kalau macam saya ni RM80 sebulan, setahun dah RM960 tu.

Mari kita bersatu. Kalau dulu kita pernah ‘jatuhkan’ Maxis tanpa sengaja, kali ni kita bersatu pulak dengan sengaja untuk jatuhkan Astro. Biar kali ni golongan kapitalis akan sentiasa beringat bahawa kita bukanlah pengguna yang boleh dijadikan seperti lembu untuk dicucuk hidung dan dibawa ke sana sini sesuka hati. Kali ni, kita buat sampai Astro melutut depan kita. Saya dah tutup Astro, skang nak pakai Njoi je. Hati senang, tak payah nak marah2 lagi.

 

Apakah nasib ASTRO akan jadi seperti MAXIS ? Aku rasa payah sebab ASTRO je yang ada lesen penyiaran berbayar terbesar setakat ni.. Pesaing cam Hypp Tv di bawah Unifi pon leceh.. kena langgan Unifi yang kena tunggu ada port kosong baru leh celah masuk ! Huhhh.. Aparaa..

Ada satu lagi pilihan.. hehehe.. murah dan jimat ! Siap boleh bawak ke mana mana lagi.. hehehe.. Aku cadang nak guna je tu.. Senang ! Selamat tinggal Asteruk pasni !

YODA Iftar dan Pakej Aidifitri D’Arina Skyview 2016

 

Tahniah buat YODA atau nama panjangnya , Persatuan Pereka Fesyen Muda ( Young Designers Arena ) serta Persatuan Seniman  Malaysia 2016 dan penaja , D’Arina Skyview kerana meraikan majlis berbuka puasa bersama Anak-Anak Yatim Baitul Kasih di D’Arina Skyview , Menara Arina Uniti , Kampung Baru di Kuala Lumpur , semalam.

image

Majlis yang diserikan dengan kehadian Imam Muda Yusof Din , YB Datuk Affendi Zahari , Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru , pengasas YODA , Puan Baizura Tazri serta CEO D’Arina , En.Nasir  Che FA.

Alhamdulillah , majilis bermula dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Imam Muda Yusof Din. Satu tazkirah yang cukup meninggalkan kesan di dalam hati.. Disusuli dengan ucapan aluan dari tetamu jemputan.

image

Azan Maghrib berkumandang , menandakan waktu berbuka puasa telah pon menjelang. Para hadirin disajikan dengan hidangan masakan tradisional yang cukup menyelerakan. Antara hidangan adalah kambing panggang , mee rebus , mee kari , lemang , nasi impit , satay , nasi minyak serta lauk pauk yang menawan sekali tekak para tetamu terutama adik adik dari Baitul Kasih ni… seperti Ayam Masak Merah , Rendang Ayam , Daging Kurma , Daging Masak Hitam , Ikan Dowry Fillet Sweet Sour  dan banyak lagi.. 

image

Surau disediakan berhampiran dengan lokasi berbuka puasa. Tak sampai pun 100 meter berjalan. Selesa dan luas. Takde alasan untuk tidak bersolat di sini.. hehehe…

Dalam jam 8 malam , adik adik dari Baitul Kasih dapat angpow hari rayaa !! Weee..  Suka diorang ! Aku tengok pun sukaa.. hehehe..

image

image

image

Majlis selesai sekitar jam 830 malam. Para tetamu bersolat terawikh berjemaah. Alhamdulillah. Tahniah buat YODA dan SENIMAN.

Berkenaan dengan D’ Arina Skyview , buat pengetahuan korang .. sempena Syawal yang bakal menjelang nanti.. mereka membuat ruang untuk mana mana pihak berminat mengadakan rumah terbuka di sana.

image

Dikatakan lebih 100 juadah disediakan. Harga , RM45 sekepala.  Kenapa D’ARINA SKYVIEW patut jadi pilihan ? Selain makanan tradisional melayu asli , para tetamu akan menjamu selera sambil menikmati permandangan indah Kuala Lumpur terutamanya pada waktu malam yang mana ketika bandaraya Kuala Lumpur dilimpahi cahaya lampu. Menara KLCC kelihatan dengan jelas dan cukup menawan ! Parking pon senang kat sini.. hehhe..

D’ Arina Skyview terletak di Tingkat 20 Menara Arina Uniti , Jalan Raja Muda Abdul Aziz , Kuala Lumpur , Untuk tempatan atau info lanjut , boleh telefon 03-2202 7353 atau whatsapp 017-229 4669.

Selain dari Pakej Aidilfitri , mereka juga menyediakan pakej perkahwinan dan majlis resepsi , majlis harijadi , makan malam , pelancaran produk dan sebagainya.  Semua pakej yang disediakan D’ Arina Skyview dirancang mengikut citarasa dan permintaan para pelanggan.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI