Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 2 Julai 2016

Bila anak dan ayah tak sihat ..

 

image

Takde angin , takde ribut.. tetiba badan panas..

“ Panas.. Ara demam.. “. Zahra bagitau aku.. huhuhu.. Sian dia. Bila dia demam , tiada lagi lompatan atas katil. BFF dia , pon takde geng nak bergaduh..

Di rumah orang tua aku , nun di Cheras..

image

Dah menjangkau usia 75 tahun. Dok mengadu sakit perut.. Kembung. Takde selera nak makan.. Dah gi klinik. Dan tadi , aku call mak.. katanya diorang malam tadi semua tak tidur pakat dok gilir urut perut ayah..

Hurm.. kejap lagi gi tengok dia.. Hari hari dok gi lawat dia..  Petrol naik , tak mematahkan semangat aku untuk pergi lawat dia hari hari..

Tak reti nak bayar hutang ke , sahabat ?

 

image

Teringat pada seseorang.. PM aku di Whatsapp untuk meminjam wang kerana terdesak sangat.. Bank ugut nak heret ke mahkamah kalau tak settlekan hutang..

Jangan jadi anjing tersepit , yer.. Batas kesabaran , masih berada di levelnya. Bila berhutang , selesaikan ! Jangan tunggu orang mintak.. Pandai pandai la ingat.. Nak bawak masuk kubur eh ? Berani ke ?

Bonus AIDILFITRI untuk rakyat Malaysia !

 

Lagi beberapa hari raya Aidilfitri menjelang.. Selepas beberapa hari pilihanraya berlalu.. dan tiada pilihanraya dalam bulan ini selain hari raya maka.. rakyat Malaysia dapat bonus kerajaan Barisan Nasional yang tercinta..

Sebenarnya , ramai dah jangka ini akan berlaku tetapi ada yang tak percaya..

image image

Hurm… kenapa la dinaikkan pada bulan yang rakyat akan gunakan banyak petrol ni ? Hurmm.. menyedihkan sungguh.. Walaupun kenaikkan nampak kecil tapi faham faham la.. Syawal kott ! Ke hulu ke hilir nak gi beraya ! Macam aku lak.. setiap hari aku ulang alik dari Sepang ke Cheras. Jauh kot ??? Gile punya terasa kenaikkan walaupun ciput..

Satu lagi.. bila ada kenaikkan petrol ni , ada la barang turut sibuk ikut naik..Yelah , kos pengangkutan mesti diambil kira tuuu ! Pengguna tak perasan je kot ! Yang betul betul alert.. mesti nampaknya !

Apa alasan naik kali ni ? Hehehe.. Paham paham je la kaannn… Terima kasih kerana menjadi kerajaan prihatin !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI