Isnin, 4 Julai 2016

Terima kasih BATERIKU.COM !

 

‘ Bang , mak call.. “

Aku jawab panggilan.. Hurmm… Aku pandang wife.. Kena amik EL ari ni ! Hurmm.. Ayah aku tak sihat..

“ Siap… jom gi Cheras.. “.

Aku ke kereta.. nak hidupkan enjin. Dan.. tak berbunyi. Cuba berkali kali.. Pon takde gak ! Takde respon !!

“ Baru je servis ni.. Bateri kot ? “.

Aku google blog aku. Last aku tukar bateri kereta , bulan 6 tahun lepas. Sebulan sekali kereta aku capai 5 ribu km. 12 bulan ? Ditambah dengan hari hari charging phone.. hurmm…

Aku tengok kiri kanan.. Apa nak buat skang ni ? Aku nekad. Jalan kaki ke bengkel yang jauhnya , 45 minit perjalanan.. jalan kaki ! Cuaca mula berbahang.. Tengok depan.. sayup je ! Tengok belakang , dah jauh dah jalan..

image image

40 minit kemudian.. sampai kawasan bengkel kereta. Sini ada banyak bengkel tapi banyak tutup waktu ni lagi.

image

Peluh menitis nitis. Tapi segala penat lelah hilang bila tengok ada bengkel buka..

“ Bang.. bateri kereta ada ? “ .

“ Ada.. kereta apa ye ?”

Aku pun bagitau la jenis kereta aku. Dia tanya berapa volt.. Adeh.. mana la aku nak ingat. Kemudian..

“ Camni .. abang balik.. amik gambar bateri kereta tu pastu datang tunjuk kat saya balik.. “.

Aku pandang dia.. krikkk krikkk… Aku bagi cadangan.. Aku mintak dia bawak je bateri ke kereta aku. Jauh kot nak patah balik jalan kaki.

“ Saya tak boleh keluar hari ni bang. “.

Heklerrr.. cam tu lakk..

Tiba tiba ada mesej dalam group blogger ..

“ Ben , call Bateriku.com. 1-800-22-2324 ! “

Terus aku call .. Tak sampai seminit , ada orang pickup dan terus besoal jawab.. Aku beri butiran dan tak lama kemudian , agen berdekatan call .. Aku confirm segalanya dan katanya akan tiba dalam masa 45 minit ! Haa.. ok dah tu ! Nak patah balik pon makan masa 45 minit ! Hahahaha..

Aku kembali berjalan ke rumah.. 40 minit , sampai.. Dua dua belah kaki melecet..

image

Masuk dalam rumah , dan… rehat ! Tak lama kemudian , agen Bateriku.com dari Banting , sampai !

image

image

Alhamdulillah.. aku cuba start enjin.. selesai masalah aku !

image

Lega pala otak aku !

Menjelang Aidilfitri..

 

Beberapa status aku up hari ni , di Facebook bukanlah berkisahkan aku sebenarnya. Ianya cuma satu sindiran ringan jer.. Hehehe.. Sekadar bergurau jer..

Contohnya , bila si isteri atau pasangan membeli baju kurung baju pink , maka kena cari tudung warna pink.. Dan.. juga ..er.. aku tak tau la kot , dalaman pon kena pink ! Kena ke ??? Hahahaha. Serius tak tauu..

Maka aku up la satu posting dalam bentuk dialog yang mana , bukanlah dialog aku laki bini haaa.. Ada yang ingat tu aku punya dialog. Hehehe.. Ianya cuma satu dialog rekaan jer..

" Bang..nak gi mana ari ni ? "

"IOI Mall .. "

"Huih.. jauhnya.. nak cari apa ?"

" Spender warna pink.. Dah baju raya warna pink..Ingat perempuan je boleh nak sedondon luar dalam ? Huh..”.

Bukan apa.. Time time gini , kebanyakkan si suami redha je layan permintaan si isteri.. Dari pakaian hinggalah kuih muih. Pelbagai alasan diberikan.. segalanya untuk abang dan keluarga tersayang ! Alasaannnn.. dasat !

Tapi tak pe la.. setahun sekali je beraya.. Ikutkan je laa.. Kang ikut , muka cam tentera jepun kalah perang jer.. Hehehehe.. Dan beralah..

Awak gi je la sorang.. saya tunggu dalam kereta dengan budak budak ni.. Jangan lama sangat dah laa..”.

Lampu hijau diberikan. Si isteri buat buat muka cam..

Alaaa.. tak best laa abang takde .. “.

Walhal..

Yeahooooo…. “

image

Tak kisah laaaa.. Asalkan dia happy dah la kan ? Hehehehe..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI