Isnin, 11 Julai 2016

Punca Qhaliff dapat ludah pontianak !

 

Pagi sebelum aku bertolak ke Kelantan , Qhaliff dah kena ! Aku terkejut tengok. Tapi suruh sedikit lepas letak losyen  Magic Cosmoderm.

Tapi di Kelantan , makin banyak pulak dia keluar. Hingga di pagi raya , muka Qhaliff ketara bengkak. Hingga dia sendiri segan nak bergambar di pagi tu. Asyik larikan diri jer.. Sian..

image

Pelbagai cara dah digunakan.. Hinggalah mandikan dia dengan garam bukit dan sapu dengan ubat dari doktor.. Ada perubahan sedikit demi sedikit..

Alhamdulillah..

image

Tapi bila sampai KL.. sampai rumah , jadi semula ! Aku mandikan dia sekali lagi pastu sapu ubat..

image

Dan mintak wife tukar semua cadar dan juga sarung bantal ! Aku syak dia dapat masa bermain di kawasan perumahan mak aku tu. Bermula dari situ la badan dia naik gegata atau ludah pontianak..

Alhamdulillah.. takda dahh… Bersungguh wife jaga Qhaliff masa dia mula dapat gegata tu.. Hurmm..

Syif malam tamat tapi..

 

Malam macam mudah.. tapi lagi mencabar woo.. Ada yang ingat malam , tidur je laaa ! Tapi malam laa orang tua ni ‘nak bermanja’ dengan kita. Macam macam dia nak mintak kita buat.. Maka buatlah dengan ikhlas..

image

image

Wad lak , takda aircond. Jangan mimpi la nak bersejuk sejukan.. hehehe.. Panas wooo ! Demi ayahanda tercinta , panas pon rasa sejuk jer..

Kalau duduk saja tak buat apa , masa berlalu begitu perlahan. Tapi bila ada je menda yang diminta kita tolong buat .. maka sekejap je masa berlalu.

Syif tamat jam 6. Sebelum balik , siapkan ayah dulu. Pastu pandu pulang ke rumah mak aku. Dan jaga anak pulak siang hari.. Huhuhhu..

Bagus sesekali duduk wad ni. Belajar hargai kesihatan. Hehehehe..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI