Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 12 Julai 2016

Masa untuk kita mengubah sikap !

 

image

Pelbagai alasan yang aku cari untuk aku elakkan dari melakukan kerja kerja pengasingan begini ! Aku dah bayar servis maintenance.. Cukai pintu.. Macam macam lagi la aku dah bayar ! Takkan kerja gini pun aku nak kena buat ???  Nak beli plastik lagi ! Kos tuuu ! Dah la sekarang semua benda dah mahal !

Itu kata hati aku yang ketika tu, takda kesedaran lagi ! Bila memandang ke depan.. aku nampak dunia aku.. dunia anak cucu aku.. Jika kita masih tidak amik sikap prihatin begini , apakah kita nak tinggal bersebelahan dengn pusat pelupusan sampah ???  Fuh.. tak rela aku.

Betul.. memang payah. Memang sukar ! Tapi sampai bila ? Ada alternatif lain tak nak  camana nak lupuskan sampai yang bakal keluar dari rumah kita tu ??? Alternatif yang tidak merosakkan bumi dan juga penduduknya ? Hurmm.. Kalau takda , kita kena ikut je mereka yang sanggup pikul amanah ni.. hurmm..

Tak susah.. tapi nak mulakan tu payah.. kan ?

Best ke Sony Xperia X berbanding Xperia Z5 ?

 

Aku dah guna telefon pintar jenama Sony bermula Sony Xperia Z2 hinggalah Sony Xperia X. Selain Sony , aku ada guna jenama lain. Kecuali Iphone. Buat masa sekarang , Iphone belum mampu menarik minat aku.. Heee.. Maaf yer.

Isu kebelakangan ini melibatkan Sony Xperia ialah ‘over heat’ ! Apakah puncanya ? Ada kata sebab sistem operasinya. Ada kata sebab cipnya. Ada kata sebab waterproofnya ! Macam macam sebab musabab ! Tapi hakikatnya ? Hurmm..

Sekarang aku guna Sony Xperia X. Pada awalnya , aku rasa sedikit kekok. Maklumlah , dah biasa pegang telefon yang berskrin 6 inci besarnya. Tapi Sony Xperia X , cuma 5 inci skrinnya dan membuatkan aku sedikit janggal !

Namun.. aku kembali selesa !

image image image

Selesa ??? Yang pertama.. sizenya , tak membebankan poket aku ! Kedua , beratnya.. Cuma 153gram jer.. Tak berat mana pon ! Terasa satu kelegaan sangat !

Over heat ? Panas ? Dengan Xperia X , aku tak alami dah masalah ni ! Aku dah test pasang kamera , GPS , NFC , Bluetooth serentak dan biarkan berjam lamanya.. sambil charge ! Alhamdulillah.. Kembalikan keyakinan aku pada Sony Mobile ni ! Huhuhuh..

Seperkara lagi ialah.. aku gabungkan dengan kamera Sony A6000 aku ! Dan hasilnya ? Fuhhhh..

image

image

Kamera Sony Xperia X sendiri pon memang dah gempak ! Gabungan kedua dua Sony ni , buatkan aku lebih yakin dan bertambah semangat nak update blog.. disertakan dengan gambar yang cun cun.. hehehe..

Gambar dari Sony Xperia X.. 23MP , f/2.0 dan kamera depan 13MP f/2.0 .

image

image

Baterinya , 2620 mAh. Fast charging ! Sangat fast gitu ! Huhuh.. Lain lain , nanti aku cerita lagi. Masih belum guna semaksima lagi. Oh ya , Sony Xperia X tak water proof yer.. Jangan rendam dalam kolam ! Hehehehe…

Jangan bandingkan dengan P.Ramlee.

 

image

Aku paham maksud dan niat David Teo. Dia tak nak artis jadi susah macam artis-artis veteran yang kita sedia maklum tetapi perlukah dia petik nama P.Ramlee serta anaknya sebagai contoh ?

Bagi aku.. Apa guna kaya tapi karya kita sampah ? Contoh macam aku laa..Orang offer berlakon ke.. jadi penulis buku ke.. Sebab ada ramai follower ! Tapi bakat takda ! Walaupun bakat boleh digilap tapi bila diri sendiri tahu akan kemampuan diri , kenapa nak tambah lagi ‘sampah’ ?

Sapa tak nak kaya kan ? Tapi biarlah kaya dengan cara yang betul. Kaya di samping memberi manfaat pada masyarakat.. negara dan agama ! Kalau takat buat film pastu tayang kat penonton tanpa ada isi dan pengajaran , rasanya.. urmmmm… tak payah dah la kot !

Apa yang patut David Teo ajar pada ‘staffnya’ ialah… di samping berlakon, berniagalah ! Jangan harap pada berlakon saja !  Bukan keluarkan filem filem sampah dan ‘paksa’ orang gi panggung tengok !

David Teo , contohi P.Ramlee.. walaupun ada yang kata ada filem P.Ramlee pon ceduk orang punya tapi sekurangnya dia mampu hasilkan filem ceduk yang beri impak pada penonton , hingga kini !

Tonton filem Bujang Lapok.. camana mereka cari kerja dan bekerja sebagai pelakon.. dgn gaji yang kecil , berbanding pelakon sekarang.. Ada rupa , gaji besar .. takde rupa ? Hurmm.. Tu belum part follower tu…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI