Rabu, 13 Julai 2016

Apa dah jadi dengan DRYPERS ?

 

image

Viral hari ni pasal DRYPERS ! Isunya ada yang kata lampin pakai buang ini nipis berbanding sebelum ini. Anak anak aku juga adalah pengguna Drypers ni. Secara jujurnya , aku tak perasan juga isu ini hinggalah aku terbaca di Facebook. Aku rujuk pada wife. Dia kata memang pon yang kebelakangan ni guna lebih cepat penuh dan bocor !

Ok.. aku sendiri pon baru je tukar lampin pakai buang Qhaliff yang berjenama Drypants ni. Berak.. hehehe.. Memang keluar dari lokasi sepatutnya ! Tak timbul pelik sebab aku anggap biasa ! Rupa-rupanyaa !! Hurmm..

Di fan page Drypers Malaysia , ramai pengguna sedang ‘ amuk ‘ ! Dan respon dari Drypers Malaysia ..

“ Salam sejahtera … , terima kasih atas maklum balas anda terhadap Drypers Wee Wee Dry yang baharu. Sila hantarkan butiran peribadi berikut melalui PM supaya Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami dapat menghubungi anda secepat mungkin untuk membuat siasatan lanjut berkenaan isu yang anda hadapi.

1) Nama Penuh
2) Nombor Telefon
3) Alamat E-mel

Terima kasih atas kesabaran anda. “

 

Hurmm.. Aku tertanya gak. Apakah aku beli yang tiruan punya ? Wujud ke tiruan punya  ? Sebab Drypers ni boleh beli dari orang per seorangan kalau tak silap aku.. dengan harga yang agak murah berbanding dari pasaraya.. Tapi , aku beli kat Aeon Alamanda ! hurmm..

Acaner tu ? Selamat tinggal DRYPERS ?

Wife menulis : Simpan duit raya anak anak di SSPN- i Plus !

 

image

Gambar – TheStar.Com.My

 

Alhamdulillah…duit raya anak-anak dah berjaya dimasukkan ke dalam bank. Bahaya dok kat tangan lama-lama, dok bawak ke hulu hilir. Tak pon mak nya dok tarik selai-selai..hahha.

Kalo tahun2 sebelum ni, amik masa berbulan2 gakla nak ke bank dan simpan duit dorang. Peram sbb asyik ader jer halangan nak ke bank tu..cewah alasan. 

Tapi, sejak dimaklumkan bleh buat pemindahan ke akaun Tabung Haji dan SSPN-i Plus secara online ni, otomatik semangat tu datang balik.  Bukan apa, bila belek amaun simpanan dalam buku tum akin bertambah rasa semangattt jer nak tambah lagi dan lagi. ..

Lepas ni takder alasan dah nak skip dari buat simpanan setiap bulan.  Sebab simpanan ni akan digunakan untuk anak-anak nak belajar, masuk university nanti..so takderlah nak mengharapkan pinjaman daripada kerajaan.

Nanti kesian anak-anak lelah nak membayar balik. Belajar dari pengalaman mak bapak…ikat perut nak settlekan hutang belajar. 

image

Ayah dah discharge…

 

“ Ba dah boleh balik… “

Ayat dari adik aku di group Whatsapp. Kebetulan aku yang free semalam , maka aku ditugaskan untuk uruskannya. Tapi tak tau bila boleh keluar.. Aku plan nak gi lawat dan jaga dia di sebelah tengahari. Tiba-tiba dalam jam 11 pagi gitu , aku dapat panggilan telefon dari ayah aku..

“ Aku sakit perut ni. Takda orang kat sini. Mai la cepat .. “.

Aku tergamam.. Aku nak gi sana , camana ? Kereta wife pakai gi kerja. Dia sedang uruskan nak mintak half day dari bos. Pastu aku nak gi ke HKL , dari rumah aku yakni di Sepang. Mau mau 40-50 minit jugak. Bukan dekat..

“ Takda nurse kat situ boleh tolong ka ? “

“ Depa sibuk. “.

Ikutkan , ada lagi la kata katanya tapi .. Hurmm.. Tiba-tiba adik aku bagitau yang makcik dan sepupu aku dari Pulau Pinang ada di rumah dan akan ke hospital untuk jaga ayah sekejap.. Alhamdulillah..

Jam 2 petang aku sampai dan uruskan soal discharge dia. Sepupu aku, Fasha bantu aku. Dia berpengalaman bab ni sebab dulu arwah ayahnya , dia yang uruskan.

Selesia semua. Aku bawa ayah aku balik ke rumah..

image

Dalam kereta , aku mintak maaf sebab tak dapat datang awal tadi. Tunggu wife balik baru ada kereta. Wife lak kena gi kerja sebab nak uruskan hal kerja penting.

Aku tanya ayah mengenai ‘nurse’ tadi.. Dan dia ceita la kat aku. Macam macam.. Katanya ‘ nurse senior’ la banyak tolong dia.. Yang muda muda ni… hurmmm..

Maaf.. aku bukan nak kritik nurse. Aku tau diorang sibuk. Tapi sewaktu aku tiba pon , aku nampak ramai je nurse bertugas kat situ. Cuma tak moleknya , jangan la duduk atas kerusi sambil  berwhatsapp. Cover cover la. Mungkin hal kerja tapi mata orang awam yang memandangnya ? Apa dalam benak mereka ? Kalau ada yang berniat tak baik.. amik gambar ? Hurmmm..

Apa pun , jutaan terima kasih pada doktor , nurse ,pembantu hospital dan polis bantuan yang banyak membantu ayah aku secara langsung dan juga tidak langsung. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua..

Sekarang.. tugas jaga ayah kat rumah lak.. Kena rajin gi umah mak aku lak skang ni.. Minyak tol.. Huhuhu.. tak kisah la.. Janji dia sihat..

image

Sebulan sekali servis. Bulan lepas , baru servis.. Ni dah lebih 5 ribu. Kena servis lagi minggu depan.. Hurmmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI