Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 14 Julai 2016

Patut cuba : Balqis Restaurant , Putrajaya

 

Wife teringin nak makan sesuatu.. tapi tak tau apa.. Memandangkan dah berada di Ayer@8 sebab nak jumpa doktor di Klinik Azalea , maka makan malam pon kat situ.. Persoalannya , restoran apa ?

Dan aku lama dah teringin nak makan kat Balqis Restaurant.. makanan resepi Yemen..

image

Tau tau nak makan apa ? Mudah jer.. tanya apa yang popular di sini ! Dan dia akan syorkan beberapa jenis makanan yang nampak biasa tapi.. Fuhhh !

image

image

image

image

Hurmm.. terus terang , aku akan kembali lagi ke sini ! Layanan pon ok.. Harga pon , masuk akal.. Rasa , memang menepati selera aku dan wife. Huhuhuh…

Wife darah rendah !

 

Wife ada darah rendah. Sejak mengandungkan Qhaliff lagi dia ada isu ni. Dan dia amik macam macam suppliment untuk  kawal tekanan darah dia.. Aku lak ada darah tinggi ( terpikir gak.. gabungan dua darah in , anak dapat darah normal kah ? Huhuh.. )

Hari ni , wife gi kerja memandu sendiri. Aku terlalu penat dah ulang alik kebelakangan ni.. Ulang alik rumah ke hospital .. balik Kelantan. terlalu penat memandu..

Dan pagi tadi dia kasi mesej..

“ Tak leh jalan. Tetiba tadi rasa menyucuk bhgn bawah perut. Nak gi klinik jap.. “

Aduhhh… Kereta ada satu jer. Aku nak g sana pon tak leh. Kunci rumah lak, semua kat dia ! Aku terkurung dengan anak anak ! Semua kunci dia terbawak. Termasuk kunci spare ! Hurmm..

Katanya dia leh handle lagi.. Gi Klinik Azalea jer. Dekat.. Kalau gi hospital kerajaan , mau kena tahan katanya.. Dan tak lama kemudian aku terima mesej dari wife..

image

Doktor tak kasi dia buat kerja umah.. dukung anak ! Kena rehat jer.. Sebab takut bleeding ! Kalau bleeding , kena emergency czer ! Aku suruh berehat kat hospital.. dia tak nak lak. Takut tak leh jumpa anak anak..

Hurm.. pening aku..

Bila wife teringin lemang !

 

Dah masuk seminggu raya.. aku dan wife tak rasa lagi lemang raya ! Ketupat pon tidak sempat nak rasa.. Sedih kan ? Hurm.. Raya tahun ni , walaupun sedondon tapi terlalu simple. Mood raya ke laut sebenarnya. Kenapa ? Hurmm.. yang sedia maklum , tau ayah aku masuk wad dan jalani pembedahan sehari sebelum raya dan Qhaliff lak tak sihat di raya pertama ! Fizikal dan mental tumpu pada kedua insan tersayang ni.

Teringin lemang.. aku pon sebenarnya ! Wife dah dua hari bersuara nak makan. Asyik tertangguh sebab aku ke hospital dan balik lewat malam. Dan , Alhamdulillah.. ayah aku dah keluar wad dan hari ni baru ada nafsu aku nak rasa makan lemang..

Maka tadi.. lepas amik wife kat Putrajaya , terus ke Salak Lama.. kat sana ada satu tempat yang jual lemang , setiap tahun ! Sedappp wooo !

“ Harap harap diorang jual lagi laa ! “. Bisik hati aku. Kalau tak jual , mau meleleh air liur wife ! Huhuhuh..

Bismillah.. Masuk je simpang tu.. ternampak khemah kuning ! Tadaaa.. Ada rezeki baby nak rasa lemang ! Huhuhuh..

image

Nak berapa batang ? “ . Wife tanya aku. Aku yang tak makan dari pagi tadi , terus mintak dua batang lemang ! Huhuhuh..

Rendang ? “ Wife tanya lagi. Dia gi tanya penjual tu. Ada rendang puyuh , kambing , ayam , daging , serunding.. Huhuhuh.. Banyak la pulak ! Aku dah lapar giler ni..

Puyuh dan kambing.. Ok dah ! Kalau sedap , esok datang lagi.. heheeh “. Jawab aku.

Dan di rumah..

image

Selesai dalam masa sejam ! Hahahaha.. Sedap okk ! Esok nak g beli lagi…

Sapa yang teringin sebenarnya ?

Nak cepat , guna motor la !

 

Masuk dah dalam Harian Metro hari ni.. Kikiki..

image

Secara jujurnya , aku antara mereka yang kadang kadang masuk ke lorong kecemasan ni selepas melalui satu papan tanda yang mengata lagi 500 meter nak masuk ke simpang kiri ! Arghhh.. Ianya berlaku bila aku lalu jalan ni je la.. Sebulan sekali dua je.. heee.. Sebelum isu lorong kecemasan ni panas la ! Sekarang tak buat dah melainkan kalau emergency cam perut betul betul memulas atau terlalu mengantuk sangat !

Salah memang salah ! Takda alasan ! Kan ?

image

Tapi bak kata pengguna tetap jalanraya ni , kalau waktu kemuncak.. memang boleh bikin sakit kepala ! Kalau ada yang kata sila keluar awal pagi.. ok la ! Tapi petang ? Camana ? Dengan keadaan badan yang dah penat ! Mental yang dah letih.. ditambah dengan jalan sesak gini .. memang mencabar ! Kesesakkan di sini adalah disebabkan lampu isyarat yang .. hurmmm..  Malas nak maki ! Huh..

Ada yang kata.. guna motor la nak cepat ! Boleh celah masuk lorong kecemasan ! Tertanya aku.. apakah lorong kecemasan boleh digunakan jika menunggang motorsikal ??

Google.. Jumpa artikal SiakapKeli..

image

Tu kata PDRM.. tapi kata JPJ lak ??

image

Atas kertas camana lak ? Kadar Kompaun Kesalahan-Kesalahan Di Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 Dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987" tertulis bagi kesalahan motosikal kurang daripada 250cc.

Pada bil nombor 9, jenis Kesalahan berkaitan penggunaan lorong kecemasan, meletakkan/menunda. memandu di lorong kecemasan, pemandu motosikal boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300.

image

Hurmm.. Maka apa solusinya utk elakkan kes kes begini berulang lagi ? Sabar menanti lampu hijau ? Fuhhh.. hari hari cam ni , aku rasa ramai rakyat Sepang / Dengkil boleh dapat darah tinggi wooo ! Seriuss..

Sila buat flyover ! Kasi alternatif ! Penat nak langgar peraturan wooo.. Ingat suka sangat ke ??

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI