Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 15 Julai 2016

Selamat Tinggal SengHeng !

 

image

Hurmm.. Wife ajak beli aircond satu lagi. Nak letak dalam bilik tidur bawah. Bilik yang dia akan abiskan masa untuk berpantang nanti. Aku tanya dia.. nak beli kat SengHeng lagi ke ? Terus dia rejek mentah mentah ! Cari jer tempat lain ! Boring dah ngan SengHeng !

Sebelum ni , aku tak nafikan yang SenHeng mmg bagus ! Tapi kes aku yang mana aircond yang rosak sebelum Tahun Baru Cina ari tu , tak selesai sampai sekarang.. aku malas dah ! Jaminan 5 tahun ! Selepas Qhaliff lahir , baru beli. Qhaliff baru 4 tahun.

Dah 2 kali buat report. Dua kali jugak orang diorang datang check. Mula mula kata , void waranty sebab ada orang bukak. Walhal masa datang check tu , kata barang dalam rosak ! Tunggu ada spare part. Nanti 2 minggu diorang call balik..  Sebulan.. dua bulan.. takda apa apa ! Wife buat follow up. Kata diorang , aircond tu dah void warranty sebab ada orang lain bukak ! Huhhhh.. Ari tu tak kata apa apa pun ??? Tiba-tiba bagi jawapan gitu ! Aku tanya tang mana voidnya ? Takda jawapan.. Wife mintak orang diorang datang sekali lagi dan buat pemeriksaan ! Kalau void , nak tau tang mana ..Diorang janji nak datang semula..

Tunggu punya tunggu.. lama la gak ! Datang laaa sorang lagi technician. Check.. Dia kata barang dalam rosak ! Kena tunggu spare part.. 2 minggu lagi dia call ! Hehehehe.. Itu sebelum puasa ! Sekaranng dah raya ! Dari Tahun Baru Cina sampai skang.. Aircond aku tu tersadai gitu jer !

Kepercayaan aku pada SengHeng , dah lebur !  Bukan tak mampu panggil technician berbayar tapi aku nak tengok tang mana warrantynya cover ! Kalau betul void , kasi la bukti.. takda pulak ! Asyik tukar jawapan jer.. So ok laa.. Ternyata jaminan bertahunnya tak leh pakai ! Maka , aku malas dah nak beli kat diorang !

Selamat Tinggal SengHeng.. Bye bye.. Adios Amigos bebeh ! Selama nni aku dok promote kata SengHeng bagus kat kawan kawan blogger.. tapi segalanya sia sia belaka.. hukkk.. sedih aku SengHeng buat lagu ni !

Nanti beli aircond baru jer..

Mana lagi sedap ? Kopi Kluang atau Kopi Vietnam ?

 

Hari tu aku ada buat entri pasal Kopi Kluang ni. Wife kata sedap. Aku rasa pon memang sedap. Famili aku kat Cheras tu pon ketagih dah kopi Kluang ni..  Ada dijual di Tesco rasanya..

image

Kemudian , kak DLaila yang terkenal dengan mee udangnya tu , kasi aku satu bungkus kopi Vietnam. Katanya sedapp sangat ! Aku macam.. Hurmm.. Takkan kot ??? Aku amik je la.. Rezeki.. Hehehe.. Tq Kak !

Beberapa hari kemudian , baru nak try… Aku bukan hantu kopi.. tapi kalau dah mula minum , boleh abis satu jug ! Huhuhuh..

image 

Sedap ke ? Dia punya rasa macam.. kopi tu dibakar ! Haaa… Ada rasa hangit hangit tapi bukan hangit ! Nak kata panggang, bukan panggang ! Tapi memang kasi mata terbeliak ! Sedap woooooo ! Masa sepupu aku datang , aku kasi try.. Tak cakap apa apa pun pasal kopi ni.. Terus dia tanya.. Kopi apa ni ? Lagi sedap dari Starbuck punya kopi ! Huhuhuh..

Menarik ni.. Satu peluang bisnis di depan mata ! Hahahaha… Tapi serius.. memang sedap dari kopi kopi yang pernah aku rasa.. Ni kalau dapat kat bapak aku , mau sekejap je abis ! Tapi ayah aku tak leh minum kopi dah .. huhu..

Tunggu kak Laila gi Vietnam lagi.. nak tapau banyak banyak.. lalalala…

Sampai bila aku nak bekerja ?

 

Selepas subuh.. aku memerhati di luar jendela.. Belum jam 7 pagi tapi kereta dah mula memenuhi jalan raya ! Hari ini Jumaat. Pasti ramai dalam mood amat gembira sekali. Esok cuti ! Ahad cuti !! Pastu keje balik ! Adehh..

image

Teringat aku satu tika dulu.. Kehidupan aku banyak dihabiskan di dalam ERL dan PEJABAT sehinggalah aku terfikir..

“ Sampai bila aku nak macam ni ? Sampai pencen baru nak rasa keindahan kehidupan ini ??? “

Bila aku bergelar blogger.. baru aku tau betapa luasnya dunia ini dan kata kata ini menambahkan lagi keyakinan aku..

image

Dan baru-baru ni , ayah aku ada bagitau pasal Bill Gates. Dan aku memang tau mengenainya. Sangat mengagumkan sama sekali. Teringin nak jadi begitu gak.. hehehe.. Tidur pon dapat duit ! Hahahaha..

image

Tapi betul la kata kata dia ..

image

Simpan duit dari sekarang.. Bila anak anak dah kenal dunia , bawak diorang pusing dunia.. hargai kehidupan ini dan belajar bersyukur dengan melihat negara orang…

Persoalannya.. bagaimana ? Hehehe.. Sebenarnya ada idea dalam kepala aku cuma tunggu masa jer.. InshaAllah.. Sekurang-kurangnya aku dah amik langkah pertama.. Aku tak perlu ada rutin yang sama setiap hari.. Rutin yang boleh bikin aku stress sangat ! Huhh.. Nasib baik laaa aku pandai cari sesuatu yang boleh bikin hilang stress ketika tu.. hehehe.. Usha awek kat lrt.. Awek yang sama ! Tengok apa dia pakai hari ni.. esok.. lusa.. hahahahha ..

Kolum Si Isteri: Bukan Masalah Darah Rendah

 

image

Alkisahnya, pagi semlm selepas solat subuh macam biasa akan ada mesyuarat suami isteri macamana perjalanan hari ini samada ke Cheras atau stay kat umah kalo si suami xder ada-apa kerja atau meeting pada hari tersebut. So akhirnya decide arini anak2 dan suami stay kat rumah dek kepenatan masing-masing dan otomatik terpaksalah kena drive sendiri ke opis.  Apa lagi, happy la rasa sbb byk dalam kepala anak leh settle urusan ni kalo ada kereta, confirm panjang langkah time lunch..heehhe

Tapi bila dah siap bersiap nak pi kerja, tiba2 perut rasa lain macam.Ahh sudahhh..buka pintu..tutup.rehat jap..pastu rasa ok, so teruskan jugak la niat ke opis sbb memang ada ada benda urgent nak discuss ngan boss. Disebabkan rasa tu ada lagi macam mengeras kejap2 kat bahgn bwh perut tu, so hari tu perjalanan ke opis agak sopan,mmg tak pikir nak kejar punch card langsung pon..huhuh

Sampai opis, 8.43 am..hehhe..mmg lambattt sangat laaa tp redha jerla sbb masa kat basement tu tetibe rasa mengeras samapai tahap tak leh nak jalan laju2 apatah lg nak panjat tangga ke atas. Arghh sudah…diam jap tarik nafas jalan seret kaki slow2..

Sampai opis, rasa sgt tak selesa..decide kena g jgk klinik. Tamo p hospital atau klinik kesihatan sbb pikir confirm lama nak menunggu dpt appointment ngan doctor campor ngan susah nak dpt parking.  So call suami tekad nak g klinik sorang-sorang jer sbb tak tahan sgt. Tros drive ke Klinik Azalea di Ayer@8 sbb memang dah selesa ke klinik tu.

image

Sampai klinik, dalam 5-10 minit mennggu nama dipanggil. Cek tekanan darah, macam biasa rendah sket..dan badan sedikit panas.  Ok, masuk bilik scan utk cek keadaan baby. Alhamdulillah sangat sangat. Syukur baby sihat di usia kandungan 31 minggu ni dengan berat 1.8kg dah..heartbeat ok..tapi masalah bila tgk keadaan placenta yg agak rendah, dan kedudukan baby yg melintang balik…huhuh.

Kemudian, jumpa doctor dan dia terangkan  berdasarkan scan iaitu placenta trevia stage 2 nak ke stage 3 ada risiko utk bersalin awal kalo uri tak naik lg dalam tempoh 36 minggu dan kelahiran perlu dibuat melalui kaedah ceaserean sbb plasenta telah tutup saluran utk baby keluar secara normal..huhuh..

Dan dia bagi pilihan samada nak stay kat ward atau MC kat rumah jer. Of course tamo warded..rindu anak2 separuh nyawa nanti..hehhe. 

image image

Lepas tu dia sarankan amik suntikan Dexamethasone  iaitu suntikan untuk kuatkan paru-paru baby.  Adehh…camana ni dahla datang sorang klinik ni, so kena buat keputusan sendirila gamaknya ni.

Masa doctor bagitau kena amik suntikan ni, agak kecut perut gakla sbb mmg tahu suntikan ni sakit skit dan doctor pon bagitau awal2 akan rasa sakit skit..huhuh..kita punyalah bapak penakut, amik suntikan sblm ni xpernah nak tgk sbb penakut yg amat ni nak amik suntikan yang mostly dr cerita kawan2 dan pembacaan pon bagitau sakit. Tapi bila tengok muka doctor yg macam seolah xder pilihan tu, tawakkal jerla asalkan baby selamat.sakit tu kejap jer kot..huhuh…

Lepas keredhaan untuk disuntik tu, dalam tahan sakit tu doctor maklumkn kena amik 2 dose selepas tempoh 12 jam, so mksdnya malam ni kena datang lg ke klinik utk amik dose kedua..ok sgt menarik. angguk jeerla ..kata redha. 

So, lepas maghrib bersiap2 bersama keluarga tercinta untuk ke klinik untuk amik dose kedua sbb klinik dah awal2 call ingatkan soh datang mlm ni. 

Masa sampai tu, memang dorang dah ready dok tunggu dan doctor terangkan blk serba sedikit pasal pagi tadi dan soh baring untuk dose kedua. Dose kedua ni rasanya sakit 2 kalai ganda dr pagi td..hahah..nikmatnya…xtau kenapa yg ni jd laagi skt sampai bercakap sambil berdiri dengan doctor lepas kena suntik sbb sedang menikmati kesakitan tu..

Dan dipendekkan ceriat, dapatlaa MC selama 9 hari dari doctor dengan pesanan jgn buaat kerja rumah, rehat secukupnya kalo tamo kena warded sampai bersalin.

So, selamat bercutiiiiSmile

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI