Sabtu, 16 Julai 2016

Kempen Makan Makan Raya U Mobile–Ketchup

 

Jom gi beraya bersama U Mobile !

image

Ada dua lokasi Makan Makan Raya anjuran U Mobile-Ketchup hari ni. Satu di Sangkaya , Jalan Alor dan satu lagi , Fish & Co di Pavilion. Terus terang , aku tak pernah gi makan kat sini sebelum ni. Hanya dengar cerita jer.. Kali ni , aku berpeluang merasainya..

Yang pertama.. Sangkaya. Sangkaya ada banyak cawangan. Yang terawal adalah di Jalan Alor sebelum ianya ‘meletop’ ! Huhuh.. Terus popular wooo ! Apa yang menyebabkan ianya popular ?

Aku berkesempatan merasai dua menu utama mereka. Ikutkan , banyak yang sedap ! Aku tak nak korang terpikat dengan apa yang aku sajikan di bawah ni. Kena g tengok sendiri.. hehehe..

image

image

image

image

Yang bawah ni, terhad ! Selagi ada musim durian , selagi tu ada menu ni. Hehehe.. Maka , sila cepat cepat dapatkan di Sangkaya !!

image

Insan yang bertanggungjawab menaikkan nama Sangkaya ! Ah Bok yang juga seorang blogger yang terkenal !

image

Kemudian , pergi ke Fish & Co di Pavilion. Secara jujurnya, aku dah banyak kali dapat jemputan untuk ke Fish & Co ni tapi tak berpeluang nak memenuhi jemputan tersebut. Kali ni , aku pergi sebab dengar cerita lagi sedap dari Fish Manhattan. Hurmm..

Dan.. memang lagi sedap ! Huhuhuh.. Fish Manhattan , baru ni aku gi makan kat Alamanda , makin merosot rasanya ! Nampaknya aku kena cari Fish & Co lak pasni.. huhuhu..

image

image

image

image

image

image

Mengenai Kempen Makan Makan. Sempena Ramadan dan Aidilfitri ni , satu kempen istimewa U Mobile utk hargai pelanggan mereka , promosi istimewa telah ditawarkan di 6 F&B  terkenal. Antarnya  Sweet Hut , Caffe Bene , Yoshinoya & Hanamaru.. Sangkaya dan Fish & Co ! Kempen bermula 1 Jun 2016 dan berakhir 31 Julai 2016.

Bagaimana nak turut serta ? Bila pelanggan bayar bil atau top up prepaid dengan menggunakan aplikasi  MyUMobile , mereka akan dapat offer dari situ ! Dan mereka juga berpeluang memenangi 3 hari 2 malam percutian di Pulau Pinang.

Sedap ! Huhuhhu.. Esok ada lagi.. hehehe..

Merayu sakan nak berhutang tapi bila nak bayar ..

 

Realiti gambar ni !

image

Masa nak pinjam , merayu sakan. Keluar air mata darah ! Tapi kenapa masa nak bayar tu.. hurm… buat bodoh jer ? Tak malu ke ?? Kalau tak malu kat orang tu , tak malu ke kat Allah ? Ke memang jenis tak reti malu ???

Kalau tak mampu nak bayar .. kenapa tak hubungi dan beritahu yang tak mampu nak bayar ? Tapi ni senyap jer ? Malah ada pulak yang siap blocked no tel , facebook dan sebagainya ! Kenapa semua ni boleh berlaku ? Nak elakkan dari kantoi eh ?? Kata tak de duit tapi boleh pulak shopping bagai ?

Tolong laa.. jangan kaitkan dengan Allah ketika nak bagi alasan ! Sepatutnya cerminkan muka tu dulu sebelum nak kaitkan dengan Allah !

Serius aku tak paham.. Aku pun pernah gak susah ! Pernah gak tak de keje ! Tapi takda la hidup mewah bagai ! Harta benda aku gadai untuk bayar hutang ! Takda la pulak nak berlagak tunjuk mewah walhal pinggang tu , dikelilingi hutang ! Agak agak la skit..

Nasihat aku .. kalau nak hidup aman damai.. tenteram .. bayar hutang kawan kawan ! Selagi tak bayar , kawan kawan dok marah.. maki hamun dalam hati.. bayangkan itu jadi doa untuk korang ! Fuh.. tak takut ke ?? Lebih lebih jika punya anak !

Banyak sangat terjadi kesi gini. Adik aku yang juga pemandu bas sekolah.. kata dia part nak kutip duit sewa bas memang mencabar ! Terutama bila dah berbulan tertunggak ! Fuhhh.. boleh meraung kat situ gak wooo !

Kekadang aku terfikir.. Kalau hutang dah beribu.. perlu ke guna peguam untuk kutip hutang ? Alang alang nak berdarah , kasi terus naik mahkamah ! Nak sangat kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI