Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 17 Julai 2016

Alahai.. murahnya nyawa kita !

 

Abang.. nanti beli roti canai yer.. Untuk Qhaliff..

Wife tak suka makan kat kedai mamak. Aku ok jer.. Kalau tak da pilihan , memang gi makan je kat kedai mamak. Sebenarnya , aku keliru gak.. betul ke diorang ni mamak ? Huhuh.. Belasah jer laa.. Dah lapar !

Aku layan FB jap. Tengok tengok berita online.. Tiba-tiba lalu satu perkongsian artikal di timeline seorang kawan yang menarik perhatian aku..

image

Baca.. baca.. geleng kepala.. baca.. angguk kepala dan .. batal niat gi beli roti canai ! Huhhh.. Lama dah terfikir. Ditambah lagi bila tengok pakaian dan bau badan diorang. Maaf la.. bukan nak hina tapi realitinya memang gitu ! Gi tengok rumah sewa diorang. Bilik diorang. Hurmm..

Nak salahkan diorang , tak boleh gak. Majikan bapak kedekut ! Nak kaya tapi malas kuar modal ! Yang jadi mangsa , sapa ? Buat masa sekarang ni kita la.. Tapi lama kelamaan , anak cucu dia gak terlibat sama ! Akal letak kat lutut gamaknya.

Bila baca artikal tu.. memang betul banyak kes melibatkan kesihatan kita membawa maut ! Bukan calang calang punya penyakit ! Huhuhu.. Walhal kita dah disuntik vaksin ! Tapi apakah puncanya ?? Artikal tu ada penerangannya.. Hurmm..

Kalau tak caya.. cer tanya kawan kawan yang bekerja sebagai Inspektor Kesihatan.. Fuh.. mengerikan ! Sebab tu kedai yang ada HALAL ni penting ! Bukan mudah nak dapat HALAL ni woo..

Macam baru-baru ni.. aku ke AEON Alamanda.. Makin ramai pekerja asing kat situ ! Setiap kali diorang lalu sebelah aku.. ketika nak susun barang.. aku jadi pening ! Bau badan diorang.. Ya Allah !! Sepanjang bekas laluan diorang ada meninggalkan kesan ! Maaf.. aku bukan nak hina ! Tapi terpaksa jujur untuk masa depan anak anak aku gak !

image

Kena masak dah pasni.. AEON Alamanda pon kena pikir panjang dah nak g pasni.. Huhuhuh..

Keraskan hati sebelum jadi Sazali !

 

Stress aku tengok rambut Qhaliff ! Bukan sebab panjang tapi sebab potong tak rata ! Haihhh.. Kelmarin bawak gi Alamanda. Nak gunting kat salon rambut. Beria la menangis ! Satu Alamanda dengar suara dia. Huhh..

Pastu dia tampar muka aku ketika aku nak dukung dia. Hurmm.. Memang kena laaa dia pastu ! Huhh.. Dan meraunglah dia dalam kereta. Terpaksa keraskan hati dengar dia meraung. Kesian dan sayu tapi sebelum dia jadi Sazali , baik aku garang ! Huhh..

image

Malam tu.. dia serah diri ! Dia rela aku gunting rambut dia dari kedai gunting ! Hurmmm.. Dan aku guna mesin. Sambil gunting , aku kasi nasihat.

“ Kenapa daddy marah Qhaliff tuu.. “. Ayat dia bila aku dukung dia. Dia letakkan kepala kat bahu aku dan usap belakang aku.. seperti mana aku biasa buat kat dia ketika dia baby dulu... Huhuhuh.. Lemah tul aku bila dia buat gitu..

image

Hurm.. Muka lembut. Hati ada taman. Manja terlebih ! Tapi aku rasa dia takda masalah untuk ke sekolah.. Aku yang bermasalah nanti nak lepaskan dia.. Huhuh. Silap silap ,aku duduk perhati je depan pagar sekolah tu nanti.. adeh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI