Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 19 Julai 2016

Salahkah beri anak anak gadget ?


Gadget… aku merujuk pada telefon pintar dan juga tablet. Bukan permainan video game cam Playstation tu eh.. hehehe.. Aku tak pernah kasi kat anak anak aku main game.. Walaupun Qhaliff pernah mintak nak main PS4.. aku tak kasi ! Game memang boleh kasi gian ! Hurmm..
image
Ketiga-tiga ni aku punya.. Bukan aku punya.. tapi ‘orang’ kasi pinjam jer.. Guna je , katanya.. Hehehe.. Maka Satu aku bagi Qhaliff guna , Zahra guna satu dan aku guna la satu lagi.. Sorang satu ! Fuhhh… Giler laa !
Ada pakar mengatakan tak bagus kasi anak anak bawah 12 tahun gadget ni ! Aku setuju ! Kalau bagi pastu biar dia main sorang sorang , itu aku tak setuju.Sebaik baiknya bagi dan mereka duduk sebelah kita , kita pantau 100% .
Ini zaman teknologi moden. Aku sendiri pon serba salah kasi atau tak. Yang pertama.. mengikut pengalaman aku la.. kebanyakkan budak budak yang ‘diluar kawalan’ tu sebab takda pantauan sama sekali ! Kemudian diorang tak bersosial. Hanya main gadget tu jer ! Permainan lain tak !
Qhaliff dan Zahra . macam macam ada. Di rumah , mereka akan punggah permainan mereka.. Huru harakan rumah dulu.. bermain bersama hingga penat. Kemudian mintak susu dan tengok tv. Kalau tv dikawal oleh mak ayah , baru diorang mintak gadget ! Itu pun kalau aku ada rumah. Kalau takda , diorang jgn mimpi nak tengok tab sama sekali !
Secara jujurnya.. Qhaliff banyak belajar cakap omputeh melalui Youtube. Memang ada baik dan ada buruk. Terlalu banyak buruk dari baik sebenarnya Youtube ni. Takda kawalan ! Sebab tu kena pantau sangat sangat ! Jangan kasi lesen tengok sorang sorang .
Zahra.. kalau tengok abang dia main tab , dia pon nak. Kalau abang dia tak main.. dia pon tak kisah ! Mengikut si abang.. Mas anak tidur , memang nak main  tab dulu tapi…
“ No tab ! “ . Kata mak dia ! Aku senyum je.. Kalau diorang payah nak tidur , maka buat aktiviti.. cam main flash card.. Terus terang , aku banyak kali dah beli flash card. Memang akan hilang atau rosak. Kali ni kena jaga elok elok. Huhuh..
image
Bukan mudah nak besarkan anak anak di zaman penuh cabarann ni. Kita sekat mereka , mereka boleh jadi ‘jakun’. Kalau beri kebebasan , mereka boleh jadi ‘ Sazali’. Bagi yg berkemampuan , boleh jer hantar ke tempat asuhan yang bagus bagus.. cam HeGuru contohnya..  memang bagus ! Sediakan duitnya saja.
Satu lagi.. kalau kita biar mereka bersosial dengan teman teman di depan rumah, risau satu hal lak.. Kena culik ! Hurmm.. Dan zaman ni , mana ada dah diorang nak main permainan tradisional. Nak main bolasepak , padang pon takda ! Abis kawasan lapang dinaikkan shopping mall , rumah dan sebagainya. Dah tu ? Kat mana diorang nak main ?
Hurm… jawapannya , kena keluarkan banyak duit utk besarkan anak anak atau pindah je ke kampung yang sebenarnya kampung !
Sebagai Mr.Mama .. aku kena besarkan anak anak dan juga cari duit untuk keluarga ini. Satu cabaran yang amat memeningkan kepala aku. Tahun depan , Qhaliff dah nak dihanar ke taska. 5 tahun dah dia. Duit lagi.. fuh !
Sori.. lari tajuk.. Salahkah beri gadget pada anak anak ? Bagi kat anak anak ke , mak anak ke.. ayah anak ke .. selagi mana reti nak guna , tau nak berenti .. ok jer ! Mak ayah pun salah guna gak kekadang ! Kannnn ! Jangan dok salahkan anak anak jer ! Yang penting , pemantauannn.. pantauuuu ! Bukan bagi dan biarkan ! Tu pasal jadi macam macam kes.. termasuk kes kes yang korang pon tauuu !
Kerajaan juga perlu memainkan peranan ! Kawal harga taska ! Harga kekadang macam.. hurmm.. Taska milik kerajaan bukan semua tempat ada ! Kannnn ! Haaa ..
Semua pihak mainkan peranan ! Yang punya kepakaran .. bila buat ceramah atau bengkel , letak la harga masuk akal skit ! Bukan semua orang mampu pergi ! Sesekali , sedekah.. Nak kejar kekayaan pon , sampai bila kan ?

Jenis cemburu buta ?

 

Ok.. masa untuk tidur ! Zassss .. Qhaliff melompat turun dari katil untuk join aku tidur di atas toto.. Katil , dah penuh !

image imageimage

Bila si abang buat gitu , maka si adik pon turut ikut sama.. Lengan kanan , Qhaliff punya ‘bantal’  manakala lengan kiri aku , Zahra punya. Dua dua mintak aku tepuk peha dan suruh dodoikan !

Aku pon buat laa.. Bila aku lebihkan si Qhaliff , dia merengek ! Dia nak aku tumpukan pada dia jer ! Hurmmm… masing masing curik tumpuan aku..

Persoalannya.. mak dia camana lak ??? Dari mana dia dapat perangai cemburu tu ? Hurmm.. aku tertanya gak.. Pura pura tertanya..

Caj parking naik ! Wajarkah ??

 

Tepuk dahi aku ! Aku mampu berdoa agar event event blogger tidak di tempat tempat seperti yang tertera di bawah ni tetapi aku rasa laa.. rasa laaaa.. sedikit demi sedikit , semua tempat akan terlibat !

Apa alasan mereka ? Gunakan pengangkutan awam ??? Apakah pengangkutan awam di ibukota berada dalam tahap begitu baik ?? Kalau begitu , aku cadangkan juga semua menteri dan juga big boss menteri guna je pengangkutan awam. Jangan risau.. kita akan bagi laluan khas untuk mereka.. Asalkan sama sama guna pengangkutan awam..  Lambat ? Pandai pandai la atur masa..

image

Petrol naik.. nak turun , tunggu alasan terbaik.. Tapi yang pasti , bila naik je , semua harga barang terlibat sama. Bila turun , cuma petrol je turun..

Dulu aku pengguna tegar pengangkutan awam. Tapi baru baru ni , tambang semua dah naik.. aku kena kira balik.. Berbaloi ke guna pengangkutan awam atau baik guna je kereta ! Lebih kurang jer ! Malah lebih cepat !

Atau dah tiba masa aku guna basikal untuk bergerak ! Tetapi masalahnya.. Jalanraya kita adalah sebahagian dari trek Formula 1 yang takda penamat !

Buntu beb ! Buntu !! Katanya rakyat diutamakan ! Tapi ni macam.. hurmm.. Entah laa…

** Berhijrah ke Perth ? Huhuh.. Jual nasi lemak kat sana pon best !

Selamat Tinggal Celcom ? Selamat Datang ..

 

image

Baru reload beberapa hari lepas.. pastu terima mesej ni lagi ! Adoiyai.. Lemah gini aku ! Dulu , takda la kes gini. Dulu tu , semasa Burung Hantu benar benar unlimited dan percuma ! Sekarang kena langgan lagi kalau nak unlimited ! Tu pun tak unlimited setahu aku ! Hurmmm.. Apa dah jadi ni ? Sila buat penjelasan !

Apakah aku je mangsanya ? Aku up di Facebook.. Rupanya ramai jugak yang sedar !

image

Hurmmm .. Ada lagi tuu..

image

Dan lagi..

image

image

Apa yang aku perasan.. Ada bulan tertentu , memang teruk gini. Pastu ok balik.. Ke aku punya perasaan je gitu ? Tapi yang pasti , bulan ni teruk sungguh laa..

Aku ada guna Celcom Broadband gak.. 20GB. Tu khas untuk layan youtube dan sharing internet. Tak lama gak.. 2-3 minggu .. abis ! Tapi aku tak kisah sebab mmg hari hari tengok. Tapi aku ni haaa.. Bukan pon layan Youtube.. melainkan si kecil nak tengok sesekali.. Baru aku bagi !

Hurmm.. tengok d page Celcom Xpax.. huhu.. memang ramai tengah bengang terutama part Burung Hantu ! Hurmm.. Aku nak tukar la.. Samada nak ke Umobile atau Digi.. Tapi dengar cerita Umobile offer tengah best skang ni.. Hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI