Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 21 Julai 2016

Hari ke 3 tanpa telefon pintar !

 

Aku ke hospital. Teman ayah aku untuk pemeriksaan lanjutan selepas discharge dari wad , dua minggu lepas. Wife tengokkan anak-anak. Aku tau, bila diorang ngan mak diorang.. jangan mimpi nak tengok tab atau youtube ! Huhuhu. Ngan aku je diorang dapat bodek !

image

Selepas perbincangan baru-baru ni , aku dan wife bersepakat untuk hadkan penggunaan gadget buat Qhaliff dan Zahra. Aku yakin diorang takda masalah sebab dari dulu diorang bukan jenis tak leh hidup tanpa gadget ! Kalau ada kawan sebaya dan ruang untuk bermain , mereka tak kisah langsung pasal gadget ni ! Kalau boring je baru diorang mintak.. Huhu.. Bila boring , kita yang dewasa ni pon sangap.. kan ?

Dua hari berlalu.. takda gadget tapi sebelum tidur , diorang mintak nak tengok kartun jap.. Aku pasang kejap.. di telefon aku ! Aku pegang dan diorang ok jer.. Tengok sekejap pastu aku suruh tidur. Diorang takda masalah patuh sebab aku pun bertolak ansur dengan diorang..

Oh ya.. aku ada terima msg.. Kawan tu tanya camana nak hilangkan ketagihan gadget ni. Hurm.. aku tak tau la anak orang lain tapi yg aku tau anak aku ni , gadget sekadar menghilangkan boring. Jika ada permainan lain ,tak kira la dalam rumah atau luar rumah.. diorang pilih yang itu berbanding gadget ! Aku rasa diorang ikut genetik aku kot.. bukan jenis main game ! Wife pon tak suka. Tapi aku suka bermain di luar rumah ! Huhuhuh..

Alamak.. terlupa.. Mesej kawan tu.. Caranya mudah.. cari aktiviti yang menarik ! Jika kita ada anak buah , dan mereka ketagihan gadge… pastikan bila kita ke rumah mereka tanpa bawak sebarang gadget ! Lebih baik dibenci sekarang dari dipersalahkan kemudian hari !

Budak budak ni sebenarnya lebih suka bermain di luar rumah berbanding dalam rumah. Sebab tu kena ajar dari kecil lagi.. gadget ni sekadar ‘sebahagian dari teknologi tapi jangan taksub.. ala kadar jer ! “. Camana nak ajar ??? Kita jangan guna sangat la depan diorang.. kan ?

Akhirnya Zahra jejakkan kaki ..

 

2 tahun Qhaliff tak datang tempa ni. Taman Cabaran di Putrajaya sebab tunggu Zahra besar skit. Yelah , bukan senang nak jaga dua dua , seorang diri ! Dulu aku bawak Qhaliff ketika wife kerja.

Semalam , aku bawak dua dua sekali . Ternyata Qhaliff gembira sebab ada kawan bermain kali ni.. Best gi sini ketika hari kerja ! Takda orang maka leh main puas puas.. Hahahaha..

image

image

image

image

image

Seronok Zahra. Pasni , tak leh gi dah. Kena tunggu lagi 2 tahun baru boleh datang sini lagi.. main ngan adik dia lak ! Huhuhuh.. Doktor dah suruh standby..

Maaf , telefon pintar aku.. tiada ‘game’ !

 

Kesemua handphone aku termasuk tablet.. takda game ! Sejak dulu lagi.. Kenapa ? Yang paling utama , makan bateri. Kedua makan kredit dan ketiga.. melalaikan aku ! Tapi yang pasti , sejak wujudnya komputer di rumah aku.. ketika bujang , game memang bukan kegemaran aku. Walaupun aku ada beli beberapa jenis permainan termasuk joystik yang gempak , entah kenapa.. tak boleh masuk dengan jiwa aku. Terasa membazir masa sangat sangat jer.

Dan yang pastinya , kewujudan game adalah untuk ‘membeli masa’ kita yang sangat mahal itu ! Masa yang Allah kurniakan pada kita, kita gagal manfaatkan dengan begitu baik. Dibazirkan begitu saja dengan layan game. Dah la masa tergadai dengan layan Facebook , ni ditambah dengan game lak ! Adeh.. Kalau ada anak , confirm terabai.. Er , aku la.. Korang aku tak tau laa..

Terbaru.. Pokemon Go.. Adehh.. Dalam Berita Harian ada melaporkan..

image

Mungkin ada yang pandang sinis.. Tapi bagi aku , sebelum anak anak aku jadi ‘hantu game’ , sebaiknya aku sekat dari sekarang. Ni Qhaliff dan Zahra dah dua hari tak usik tablet. Aku amik simpan. Dan ada handphone aku , diberi pinjam pada rakan rakan yang lebih memerlukan.

Dah banyak kes buruk melibatkan ‘game’ ni. Mungkin ada yang merujuk , main game mampu jadi jutawan.. baik korang rujuk , jadi blogger pon mampu jadi jutawan malah beri manfaat lagi pada insan lain !

Fikir fikirkanlah.. Masa kita ini , terlalu mahal untuk dibazirkan dengan layan game ! Andai ditarik balik MASA kita ni , apa lagi kenikmatan yang kita ada ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI