Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 23 Julai 2016

Ghosbusters , tarikan terbaru di Sunway Lagoon !

 

Hari ni , aku dan rakan-rakan berpeluang ‘menguji’ hantu-hantu di rumah Ghostbusters , Sunway Lagoon. Pertama kali dibuka di Malaysia dan ianya adalah idea dari luar negara. Maksud aku , hantu hantunya dan jalan ceritanya.

Berada di sini , mengingatkan aku di USJ , Osaka tahun lepas.. Rindu pulak layan taman tema cam ni.. Huhuh..

Bestkah Ghostbusters di Scream Park ni  ? Huhuhuh..

image

Pertama.. rekaan bangunan dia memang nampak real la… Pastu.. pastu… pastu…

image

image

Dalam dia.. hehehehe.. Lama tak masuk rumah hantu woo ! Teruja gak laa.. dan apakah akan aku terjerit seperti awek awek yang ikut sama ??

image

image

Secara jujurnya , lebih banyak terkejut dari takut ! Sebab kita dah memang diberi amaran terlebih dahulu. Jangan lari dan jangan pukul hantu hantu dalam tu ! Hahahaha..

Tapi…

image

Hurm.. ada satu tempat tu , aku tak leh masuk. Kalau aku masuk , memang tak jumpa jalan keluar punya ! Hahahaha.. Ngan aku aku jadi senget ! Nak tau apa dia ? Kena la gi try sendiri..

Gempak ke ? Berbaloi gi ke ? Bagi aku.. memang best dan berbaloi la masuk. Sebab mmg scary laa terutama Zombie dia yang kejar korang dalam tu nanti ! Hahahaa..

Selamat Menjerit !

LETAK JAWATAN sajalah !

 

image 

Aku sering diminta contohi ‘orang di luar sana’ tapi big boss tak nak lak ! Adehh.. Udah udah la tu…. Malu aihh ! Tolonglah yer .. LETAK JAWATAN. Dah tiba masanya kasi laluan pada yang bersih , cekap dan amanah. Yang benar benar nak berbakti pada pejabat kecil ini !

Malu aku ada boss gini ! Malu giler ! Dah kering darah kena hisap.Aduh….

Dapat jugak merasa anugerah pemandu berhemah !


Hehehehe.. Ini adalah salah satu inisiatif Polis Diraja Malaysia bagi menghargai pemandu pemandu jalan raya yang berhemah dan mematuhi undang undang pada OP Selamat , baru-baru ini. Tahniah buat PDRM !
Hadiah dan sijil disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.
image
image

Seronok jadi blogger , kan ?

Untunglah ada yang ambil berat !

 

Sebenarnya , aku dah taip berperenggan pasal isu Yuna tapi aku delete. Aku amik keputusan untuk ‘menutup’ mata apa yang dia buat memandangkan dia sendiri menjatuhkan hukuman pada ‘bangsa’ dia.. Walhal , bangsa dia ni kecewa dengan apa yang berlaku dan apa yang ‘terluah’ adalah di luar kawalan masing masing seperti mana berlaku padanya !

Ok.. malas nak cerita pasal tu. Aku pun bukan minat dia sangat dari dulu. Lagu baru ni je best skit.. tu jer. Teringat zaman Mariyah Carey punya lagu jer.. Zaman 90’an.

image

Ada yang kata.. Kenapa pelakon drama berpelukan tu , takda yang kisah malah ada yang siap puji dan kata sweet ! Masalahnya , bukan semua yang puji dan kata sweet ! Ada yang tutup tv dan menyampah tengok drama tu ! Nak maki hamun pon tak guna sebab dia dah puas pon bersuara.. Tapi tak diendahkan !

Bila berlaku pada Yuna , peminatnya yang baru nak bangga dengan pencapaiannya terus rasa down ! Rasa menyesal dengan apa yang berlaku. Maklumlah , Yuna ibarat Lee Chong Wei yang mengharumkan nama negara di luar sana . Yuna patut bersikap positif dan matang. Jangan melatah dan mengaku je silap. Senang ! Makin ramai la peminat dia di dalam negara ni. Yelah , sapa tak buat silap kan ? Antara mengaku atau tidak jer.. Kalau dia bukan selebriti , ada orang nak kisah ? Dia mewakili keluarganya saja. Tapi bila menjadi selebriti terkenal , dia mewakili negara , bangsa dan juga agamanya ! Tu masalahnya ! Satu lagi sebab dia ‘menutup kepalanya.  Kalau dia tak tutup kepala , aku rasa orang pon tak kisah gak la..

Entahlah.. Anda patut rasa bertuah sebab mereka sayangkan anda. Caci maki ? Ala.. zaman sekolah dulu pon , ada je kena maki ngan cikgu ! Antara kita nak layan atau tidak. Cam dalam internet ni la.. kalau perit sangat , jangan layan. Minta maaf dan ubah. Abis cerita.

Moga terus sukses.. Aduh, tercerita gak pasal di.. Maaf yer ! Bukan anti Yuna tapi sekadar nasihat buat diri sendiri dan rakan rakan.. jangan cepat melenting bila ada yang menasihati kita. Mungkin ada caranya kasar dan keji.. Sekejap je tu. Bila kita lafazkan MAAF , inshaAllah segalanya berlalu..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI