Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 25 Julai 2016

Tiada gadet , kemaruk tv pula ?

 

Television bukan gadget yer ! Ada yang anggap tv tu gadget ! Sila fahami maksud gadet tu. Ahaaa.. Kalau tv tu gadget , maknanya panggung wayang tu pon gadget la gak ! Adehh.. Hahahaha..

Hari ni , tak keluar gi mana mana. Aku rasa cam malas sangat nak keluar. Penat kot ? Dah dua hari berturut keluar.. Maka siang hari ni nak duduk rumah jer.. Tunggu malam..

Dan budak budak ni ? Tak usik langsung handphone aku atau mak dia ! Waduh.. cekal sungguh la terutama si Qhaliff !

image

image

Apakah mereka kemaruk tv ? Aku rasa takde pon.. Tv tu jadi teman bila diorang tak tau nak buat apa dalam rumah. Nak selongkar permainan , dah abis selongkar dah.. Nak makan , dah makan dah.. Maka , tv je la jadi sasaran. Malam baru belajar ngan ibu. Daddy kalau ajar , macam ajar kat ipta ! Confirm student dua orang ni  menguap..

Ada yang tanya aku.. Kalau makcik pakcik datang rumah , budak budak ni confirm pinjam handpone mereka.  Dan diorang kasi pulak ! Huhuh..

Nasihat aku la… kalau tau anak anak buah suka pinjam phone.. sila la sorok dari mereka. Off data ke , remove game ke .. Sama sama membantu. Jangan jadi tukang galak sama. Sian anak buah kita tu..

Aku ngan anak anak buah , memang garang. Takat nak tengok kartun yang aku download , tu ok jer.. Game ? Tiada .. Tu pon kasi bila bateri tinggal bawah 50%. Sekejap je akan jadi 0 !

32 minggu sudah kandungan !

 

Semalam gi check up di Klinik Azalea , Putrajaya. Check up di klinik kerajaan ari tu , aku agak kurang puashati. Yelah , nak salahkan diorang pon tak leh gak.. Diorang banyak pesakit nak dilayankan.. kan ?

Qhaliff pon bersuara nak tengok baby.. scan lagi.

image

Gi main terjah klinik… maka kena tunggu lama la skit berbanding yang ada buat temujanji. Dekat 1 jam gak la tunggu.. Orang tak ramai tapi aku tau cara doktor dan scan dibuat. Memang teliti. Tu pasal lama dan aku tak kisah pon..

Qhaliff dan Zahra , tak sarapan pagi lagi. Hari dah nak masuk tengahari. Diorang pon dah mula belasah biskut kat situ.. Huhuh.. Terus aku bawak gi makan dulu.. sian..

image

Sedap gak burger ni. Aku tak perasan lak diorang dah tukar nama kat situ. Yang aku perasan , burger dia menarik usus aku ni ha ! Huhuhuh.. Makan dulu..

Dan baru nak makan , nurse call ! Tanya aku nak join tengok tak ? Adehh.. Lapar kot ? Budak budak pon dah start makan.. Aku jawab tak pe la… Teruskan jer..

Lepas makan , gi klinik tu semula. Wife dah settle. Buat pembayaran dan keluar..

“ Camana ? “. Tanya aku.

“ Masih rendah. Tapi ada naik skit jer.. Tak leh stress. Elakkan dari berlaku pendarahan. Dapat MC lagi seminggu. Doktor kata dah kena ready dah untuk beranak. Baby dah 2.2kg “. Jawab wife.

Adeh.. Ikut protokol 40 minggu kan ? Tapi ada orang dah beranak pon 32 minggu ni.  Maka , kena bersedia ! Dan apakah aku dah bersedia ?

Hurmm… Kalau beranak , aku kena cuti blogging.. sebulan dua ? Huhuh..

Bila takda gadget !

 

Minggu ni aku berpeluang pergi beraya rumah terbuka kawan kawan yang menjemput aku. Wife pon dalam keadaan ‘ok’ untuk bergerak. Semalam ke Puchong dan malam tadi ke Semenyih.

Paling riang ialah Qhaliff. Dia sedang mengumpul duit raya untuk beli ‘car spiderman’ yang ditunjukkan oleh si Ryan Toy Review tu ! Selagi dia tak dapat , selagi tu dia dok ulang tanya..

Daddy, nanti beli car spiderman , ok ? “. Dan selagi aku tak jawab ‘Ok’ , selagi tu gak dia paksa aku.. Aku pon jawab ok je la.. Kalau jumpa , beli ! Tak jumpa .. hurmm..

image

Hurm.. masak jugak aku nak beli ni ! Teringat kata kawan aku di instagram yang sedang melancong di Prague..

If Abah has $100 to spend for Rayyan , abah will choose to buy a flight ticket to any destination rather than an expensive toy or expensive  clothing.. Rayyan mighit not remember anything about it , but abah will forever remember  it for Rayyan. it is our little adventure together ”.

Betul jugak tu kan ? Bawak gi melancong.. tiket kapal terbang murah je skang ni.. kan kan ?

Dah tak usik handphone skang ni Qhaliff dan Zahra. Mintak pon tak dah. Bila nampak anak orang main handphone , dia layan tengok jer. Teruja tu takda dah. Dia cari permainan lain atau layan tv jer.

Dan malam ni , dia dapat main bunga api. Teruja sungguh dia. Memang jarang sangat la dia dapat main bunga api ni . Kalau di rumah mak aku je dia , dia dapat main.. Tu pun tahun lepas. Tahun ni , takda.. sian..

image

image

image

image

Ok la tu kan ? Sesekali.. Minggu depan , aku plan nak bawak berjalan ke taman lak.. Taman Burung atau Taman Rama Rama.. pon best gak kan ? Hehehehe.. Leh amik gambar banyak banyak.. kan kan ? Tak mampu nak bawak gi melancong luar negara lagi.. huhu..

Gambar oleh Sony Xperia X. Lawa kan ? Low Light gitu..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI