Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 27 Julai 2016

Ok ke pendingin hawa jenama Midea ?

 

Pertama kali aku dengar jenama ni. Biasanya aku buat review untuk Mitsubishi dan ternyata memang best. Tapi di rumah aku , ada dua aircond jenama Panasonic. Satu kat ruang tamu dan satu lagi di bilik tidur utama. Dua dua beli kat Sen Heng ! Satu dah rosak sejak hujung tahun lepas. Pastu panggil repair.. Dia datang sebelum Tahun Baru Cina. Sekarang raya pon dah abis ! Aku tak nak beli dah barang kat Sen Heng. Bila dah jadi ramai pelanggan , servis cam taik ! Dulu ok jer.. Huhh..

Maka , aku beli kat kedai biasa jer. Harga dikatakan jauh lebih murah dari Sen Heng. Dalam banyak banyak jenis , wife pilih Midea ! Buatan Malaysia.

image

Ada gak aku tanya kawan kawan di Facebook berkenaan Midea ni. Ramai dah tau rupanya ! Huhuu.. Aku je dok main jenama luar negara ! Huhhh…

Aku beli ni , RM900 siap pasang. 1Hp jer.. Untuk bilik wife berpantang nanti. Bilik tu , siang macam dalam microwave. Sian pulak nak duduk dengan anak anak dalam bilik tu kan.. Huhuhu..

Dan petang tadi , diorang datang pasang. Pemasangan , 7 kaki je percuma. Lebih dari tu , kena bayar lor ! Dan diukur.. lebih laaa.. Kena tambah lagi skit. Tak kisah la.. janji siap dah !

Siap ! Pasang .. Sejuk ! Boleh tahan gak Midea ni rupanya. Aku malas nak amik mahal mahal. Kalau rosak ni , tukar je yang baru. Abis cerita.. Tak yah pening pening nak repair ! Huhuh.. Tu pun kalau mampu tukar laaa..

image

Yang menarik perhatiann aku ialah ada kuar suhu kat air cond tu.. Wahh.. senang laa ! Pasni nak tukar yang kat depan tu dengan jenis ni gak ! Nak amik 2Hp.. Huhuhuh.. Murah je kot…

Bila cerita pasal anak..

 

Aku ada terbaca tadi mengenai satu post di blog.. Hurmm.. Bila kita bercerita pasal mengandung , anak.. apa saja laaa .. Sebelum post tu , kita kena pikir hati orang yang membacanya !

Betul jugak tu.. kalau kita nak post sesuatu yang memang kita berniat nak post tanpa ada niat nak riak atau menunjuk , rasanya baik batalkan la.. Tapi jika tiada perasaan tu.. aku rasa takda masalah pon ! Takut kawan terasa ? Kalau kita asyik nak pk apa perasan orang lain , aku rasa baik suruh kerajaan haramkan je media sosial atau biar je ustaz ustaz atau para pakar motivasi je ada akaun.. Kita baca je apa mereka tulis !

Aku tertarik posting kawan ni.. ada benarnya !

image

Kita post je la.. Selagi mana niat kita tu tak disulami gelak tawa syaitan , maka buat je laa.. Cam aku sendiri pon.. Aku post tu bukan sebab nak kasi sapa sapa terliur sebaliknya ianya merupakan satu promosi dan juga gaya hidup aku.. Bukan mewah pon tapi sederhana sangat.. Nak kata mampu pon , tak la mampu mana sangat.. Boleh la hidup..

Soal anak.. Memang aku memahami sangat apa perasaan mereka yang takda anak tu .. tapi mereka juga ada post sesuatu yang kita sendiri tak mampu nak ada ! Acaner tu ? Segalanya berbalik pada hati.. Doa yang baik baik !

Jaga hati orang tu bagus tapi kita kena jaga hati kita dulu.. Kalau mereka jaga hati mereka , apa yang kita post , mereka senyum. Takda masalah pon !

Salah siapa bila anak main gadget ?

 

Daddy.. nak handphone.. “ . Qhaliff minta secara baik dari aku. Ketika tu , di restoran.. nak makan malam ! Aku ‘terpaksa’ layan phone sebab ada urusan nak diselesaikan dan itulah kesilapan utama para ibu bapa !

Kalau nak anak anak bebas gadget , si ibu bapa juga perlu tunjukkan yang mereka tak ‘pentingkan’ gadget ni ! Kalau diorang sendiri sibuk dengan gadget terutama phone ni di depan anak anak.. anak anak ni nak buat apa ? Bermain berlari lari dalam restoran ?? Atau duduk termenung menanti makanan tiba ?

image

Aku tak kasi dan Qhaliff meraung dalam restoran tu. Hurmm.. Camana nak selesaikan isu ni ? Off data dan kasi. Dia tak main game sebaliknya main kamera lak ! Ternyata dia boring ! Kemudian Zahra datang dan nak juga phone ! Hurmm.. sudah ! Dan aku bernasib baik minuman tiba dan Qhaliff serahkan phone.

Kesilapan utama ialah.. bila bersama anak anak , simpan semua gadget ! Atau kalau nak guna gak , guna sama sama ! Bagi masa dalam sejam untuk diorang main gadget jugak.. Bukan apa , aku tengok Qhaliff belajar cakap omputeh melalui Youtube. Dalam tempoh percubaan ari tu , tiada perkataan baru yang dia belajar. Berbanding sebelum ni, ada jer perkataan baru yang dia ucapkan.

Yer.. dia akan ke taska. Dah tiba masa dia. Persoalannya , di mana ? Arghhhhh.. Memikirkan kos yuran permulaan tu.. aku dah macam hantar dia ke kolej swast dan amik akaun ! Huhhh !

Malam ni.. aku kasi diorang main sekejap.. sekejap jer ! Yang penting , pasni aku kena disiplin gak ! Tiada phone depan anak anak ketika nak makan ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI