Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 29 Julai 2016

Ditawar bersalin di hospital terkemuka ??


Bukan aku laa.. wife ! Huhhh.. Ceritanya gini.. Masa mengandungkan Qhaliff.. bukan aku laa.. wife ! Iskh.. Masa wife mengandungkan Qhaliff , aku selalu bawa wife g check up kat klinik Dr. Hamid Arshat. Aku yakin dengan cara pemeriksaan dia. Kenapa sana ? Sebab ada buat minor operation dengan dia. Tu pun disyorkan oleh seorang rakan setelah hampir 2 tahun tak ada tanda tanda untuk menimbang cahaya mata.  Nasib baik amik insuran ! Insuran cover operation tu. Kalau tak , telan air liur laa.
Bila Zahra lak , kitorang cuma check klinik kerajaan jer. Mengandungkan Zahra , tak de isu sangat. Cuma kuat makan je wife. Huhuhuh.. Tapi yang nombor 3 ni .. hurmm.. wife mengadu sakit di bahagian bawah perut. Tu pasal kena g klinik pakar untuk periksa. Nasib baik la perasan di Ayer@ 8 , Putrajaya tu ada satu klinik khas..
Harga , lebih kurang je ngan klinik Dr.Hamid. Tapi yang buat aku rasa selesa kat sini ialah layanan dari staff serta doktornya. Awalnya nampak cam ‘keras’ jer kat sini.. Tapi bila dah masuk , selesa sangat ! Terus aku suruh wife datang check up setiap minggu. Siap scan sekali. Tak pe , duit leh cari.. Yang penting dua dua sihat !
Dan baru-baru ni, ketika nak gi makan malam kat area sana , terserempak dengan doktor yang merawat wife. Aku pun pernah berbual dengannya, Sangat lembut orangnya. Dia bertanya khabar.. dan menariknya.. menariknya hingga membuatkan aku tersenyum lebar dan wife hampir pengsan.. bila dia kata..
Saya sponsor u bersalin nak ? Nak hospital mana ? Prince Court ? Putrajaya ? “ .
Aku tengok wife tak keruan.. Perkataan Prince Court tu macam dia tak percaya lak nak dengar..
Prince Court , macam jauh je doktor.. kang susah lak saya nak ulang alik.. “. Tanya aku.
“ Kalau gitu , Putrajaya la.. Private Wing. Nak doktor mana ? Saya cuba usahakan. “. Jawab doktor tu..
Wife pandang aku. Macam tak puashati ! Hahahaha.. Aku tau dahhh  apa dalam kepala dia !
Tak pe tak pe.. nanti masa check up , kita bincang lagi.. Bagitau je nak hospital mana .. ok ? “ . Sambung doktor.
Aku senyum. Baik betul doktor ni. Cara cakap lembut. Ngan budak budak pon lembut jer. Untung suami dia.. Huhuhuh..
Dalam kereta , aku kena bebel ! Hahahaha.. Seperti dalam jangkaan aku. Dah lambat sangat bagi keputusan.. aku la buat keputusan ! Hahahahah.. Aku amik mana yang memudahkan aku la kan ? Tapi.. best gak kalau Prince Court tu. Aku leh review hospital tu lak kan ?
Wow.. tetiba rasa cam retis lak.. beranak pon disponsor ! Fuhhh..

Tukar jadual ??

 

Berpeluh aku setiap malam ! Senantiasa tengok jam. Dah jam 2 pagi tapi dua dua ni tak tidur ! Kenapa dan mengapa ? Siangnya , tak tidur.. tapi lepas jam 7 malam , dah nampak memasing tak mampu tahan mata dah.. Akhirnya terlelap ! Senyum mak ayah !

Tapi sayangnya.. Jam 1 pagi diorang bangun dan ceria ! Arghhhh.. Walhal mak bapak diorang baru nak lena.. Bila bangun , memasing kelaparan.. Aduhh..

Jam 4 pagi.. baru tertidur.. Bangun pagi ? Hurmmm…

image

Sekali ngan aku aku terlibat bangun lewat.. Sambung tidur pas subuh ! Huhuhuh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI