Ahad, 31 Julai 2016

Bila TUA datang menjemput..

image

Hari ni , aku gi ziarah orang tua aku. Kali terakhir aku ziarah , dua hari lepas..kalau tak silap aku. Kalau wife aku kerja , hari hari aku gi ziarah… Sekarangn dia ‘cuti sakit’ .. tak gi kerja dan aku kena jaga dia di rumah.. Dalam pemerhatian !

Hurm.. ayah dah menjangkau 75 tahun. Karenahnya , seperti Qhaliff. Manja.. Segalanya nak diminta anak anak buatkan. Setiap hari dia bertanyakan anak anaknya.. Kenapa tak datang lawat.. kenapa tak call.. walhal selalu je gi.. Rindu la tu.. Nak anak anak disampingnya..

Hurmm.. Aku dah 40 tahun. Kalau dipanjangkan umur , entah begitukah nasib aku.. aku pon tak tau ! Tapi yang pasti , kita perlu didik anak anak sejak dari kecil agar sayangkan orang tuanya. Jangan ‘sampahkan’ orang tuanya ! Dan segalanya bermula dari tunjuk ajar di rumah ! Betul asuhan , inshaAllah.. tak perlu risau.

Tapi isunya bukan tu jer.. ada antara kita terlupa diri makin tua ! Bersikap macam budak budak lagi ada la ! Kekadang naik pelik aku ! Apakah tak sedar diri makin tua ? Penyakit dah mula singgah ! Lutut dah mula mengeletar tapi perangai makin mengalahkan budak budak ! Ni satu masalah ni.. Aku risau aku jadi macam tu gak ! Risau sangat..

Maka .. ada beberapa jenis orang tua yang bakal kita hadapi dalam dunia ni! Orang tua tak sedar diri ! Atau orang tua yang sedar diri.. Tu baru 2.. ada banyak lagi… Cer kasi contoh jenis orang tua yang ada atas muka bumi ni ?

Gathering Raya #KBBA9 : Jutaan terima kasih kepada para penaja !

 

image

Alhamdulillah… berakhir sudah Gathering Raya #KBBA9 yang cukup havoc namun terkawal. Hari bersejarah ini takkan terjadi jika tiada sokongan dari rakan rakan penaja seperti ..

UMMIZA CAFE – Cafe yang memang dah menjadi tumpuan ramai terutama mereka yang kerja atau tinggal di area Jenderam atau Sepang di sebelah siang hari.. sarapan dan makan tengaharinya memang melazatkan ! Leh rujuk pada entri aku yang lepas  ! UMMIZA CAFE ! Bukan sekadar CAFE !

image

Yeo’s Malaysia – Tak perlu dah nak diperkenalkan ! Memang dah cukup popular di dalam peti ais umah kita .. kan ? Hehehehhe.. Terima kasihh !

image

SecondItem Burger – Ahaa.. bagi peminat burger dan western food , leh try makan kat restoran dia.. Memang dikatakan yang pernah pergi tu , takkan rasa menyesal la.. Aku lama dah teringin nak pergi ! Tak sampai sampai je la.. Tapi dari apa yang ditaja . rata rata berpuashati la !

image imageimage

COSMODERM – Produk keluaran Cosmoderm , memang diyakini ramai dan yang penting ada status HALAL dan juga KKM. Cosmoderm bukan setahun dua dalam bidangnya.. Untuk gathering kali ni , Cosmoderm menyumbang 3 hamper yang berisi produk produk terbaiknya.

image

Tigerus – Cendawan Susu Harimau. Aku selalu cerita kat FB dan juga blog aku. Memang terbaik produk ni. Antara yang mengakui keberkesan produk dari Cendawan Susu Harimau ni , mantan Perdana Menteri kita , Tun Mahathir !

image image image

Fata Bestari Holdings Sdn Bhd –Pemasangan partition dan CCTV Fata Tech – Seluruh Selangor , Kuala Lumpur , Seremban , Putrajaya, Cyberjaya dan juga Bangi.

image

Apa lagi eh… hurmm.. hurmm.. Penaja kambing golek , mintak dirahsiakan.. Jutaan terima kasih boss ! Semua berpuashati dengan majlis hari ni. Semoga Allah berkati dan murahkan rezeki mereka yang sudi menyokong majlis ini dan juga blogger blogger yang datang ke majlis , tadi.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI