Isnin, 1 Ogos 2016

Pemeriksaan rutin di Azalea Maternity , Putrajaya !

 

Azalea Maternity atau juga dikenali dengan Klinik Pakar Wanita Azalea , Putrajaya. Setiap minggu wife akan datang buat pemeriksaan rutin di sini. Kalau takda isu , ok la.. gi je klinik kerajaan tapi memandangkan wife ada isu , memang perlu ada pemeriksaan sekerap gini.. Risaukan kandungan dan juga isteri.. Aummm…

image

Haa.. ni la klinik dia ! Kalau korang tengok kat tingat atas tu.. bahagian tu akan dijadikan ibu ibu mengandung bersalin kat situ.. Doktornya , perempuan la ! Maka tak perlu risau lagi laa bagi mereka yang tinggal di area Putrajaya , Bangi dan sewaktu dengannya.

Datang jam 11 lebih… nama dipanggil dalam jam 2 petang. Boleh tahan ramai yang datang walaupun hari Isnin ! Nampaknya , makin ramai yang percayakan klinik Azalea ni.. Alhamdulillah.

image

Sementara menanti nama ibunya dipanggil.. macam macam dia buat kat dalam tu. Bermain dengan kanak kanak lain.. makan… minum dan akhirnya , membaca ! Hahahaha..

Tiba-tiba.. Nama dipangil.. Qhaliff paling teruja ! Aku dah bawak Zahra ke dalam kereta. Dia dah mula mengacau orang. Ketara boring sungguh la minah tu.. huhu..

Dr. Nur Azimah Che Embi.. Memang doktor ni jadi pilihan wife dan aku juga bila datang berkunjung ke sini..

image

Cam aku kata sebelum ni.. sangat lembut la Dr.Azimah ni.Cara layan pesakit.. layan anak anak.. adehh.. Tak perlu nak risau ! Memang ketara profesional Dr.Azimah.

image

Masuk dalam.. doktor menerangkan.. Wife ‘dipaksa ‘ berehat.. Fuh ! 3 minggu cuti direct.Doktor cakap . baby ok.. normal.. tapi uri masih rendah.. InshaAllah akan ok tu.. kena banyak rehat dan aku yang kena buat kerja ! Hurmmm…

Aku masuk sama. Dan teringat terus aku pada Dr. Hamid Arshat.. Seorang doktor yang sangat lembut ! Huhuhuhuh… Seronok jugak jadi doktor sakit puan ni eh.. hehehehe.. Maksud aku , automatik jadi lemmbut orangnya.. huhu..

Selesai jumpa doktor.. Balik rumah terus ! Jam 3.30 petang , ada juga di klinik kerajaan.. Huhuh .

Kandungan di usia 33 minggu !

 

Dah masuk minggu ke 33.. Minggu 40 bakal menjelang. Apakah persediaan aku ? Fuh… mencabar aku rasa ni.. Sebelum ni agak mudah sebab ‘ada bantuan’ dari orang tua aku andai aku ada job di luar.. Tapi ayah aku pon dah tak larat dah nak tolong.. Terpaksa fikir alternatif lain.

image

Isnin.. ada dua check up. Pagi di swasta dan petang di klinik kerajaan. Membazir ? Rasanya tak kot.. dengan klinik swasta , aku leh dapat detail punya pemeriksaan. Klinik kerajaan , kali terakhir.. agak mengecewakan jer.. Tapi tak salahkan diorang pon.. diorang banyak kerja.. Positif aku kan ? Heee..

Moga dipermudakan segala urusan..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI