Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 3 Ogos 2016

Blogger bakal disaman Menteri Besar ?

 

image

Tu diaa ! Abis seluruh ‘persatuan blogger’ mendapat tempias ! Huhuhuh.. Apa kes ni ??

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, beliau masih berhak menyaman blogger yang menuduh beliau bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri sekalipun blogger itu sudah memohon maaf.

"Memang dia sudah minta maaf dan tarik balik dakwaan yang dibuat...tetapi saya masih berhak untuk saman beliau kerana fitnah itu telah merosakkan reputasi saya," kata Azlan.

Menteri Besar itu berkata fitnah yang sengaja ditimbulkan blogger itu adalah serius kerana ia tidak hanya melibatkan rakyat di Perlis tetapi juga seluruh Malaysia.

Fitnah itu dilaporkan terkandung dalam sebuah artikel tulisan blogger tersebut bertajuk 'Pemimpin Umno Perlis Terlibat Salurkan Dana Gerakan Mahathir Jatuhkan Najib'.

Azlan menyatakan hal ini kepada pemberita sejurus selepas penangguhan persidangan hari kedua Dun hari ini. – Bernama “

Nasihat..  Nak update cerita tanpa bukti kukuh terutama isu politik atau orang perseorangan ni memang bahaya ! Silap silap , jadi fitnah ! Huhhh..

Bahaya zaman ni ! Fitnah di hujung jari jer. Hari ni kawan , esok lusa jadi musuh dan tersebarlah pelbagai fitnah yang mengaibkan ! Moga rakan rakan blogger berfikir panjang sebelum melakukan apa apa jua tindakan yang akan memudaratkan diri sendiri !

SecondItem Burger : Pelbagai pilihan makanan yang menarik !

 

Akhirnya aku singgah juga SecondItem Burger setelah berpuluh kali dijemput. Sibuk sangat sebelum ni. Semalam, alang alang gi beli almari baru , terus gi singgah makan kat kedainya , di Banting.

Dua jam aku duduk di sini, pengunjung tak putus-putus. Satu tanda positif bagi aku. Walaupun kedainya tak semewah mana tapi layanan dari pekerjanya , bagi aku dah lebih ok dari sesetengah kedai atau restoran yang nampak gak tapi nak senyum pon susah !

image

Dari rumah aku ke SecondItem Burger mengambil masa 20 minit. Sama macam nak g makan kat Alamanda. Aku rasa , makan kat SecondItem Burger ni jauh lebih jimat ! Huhuhuh..

Apa pilihan makanan yang ada ? Hurmm.. Banyak ! Dan yang penting , tak perlu risau soal kebersihan. Memang dijaga kebersihan di sini..

Big boss moniter setiap masa woo ! Huhuhuhh..

image

Ok ok.. aku order beberapa jenis makanan. Dan semuanya habis ! Huhuhuh.. Sedap dan murah !

image

Ada banyak yang sedap kat sini sampai tak tau nak makan yang mana.. Hahahaha.. Sebaiknya tanya kat tokey sendiri.. apa yang sedap ! InshaAllah , jawapan memang memuaskan hati !

Nampaknya , selain dari MMA Corner yang mana D’Laila Mee Udang yang terkenal dengan asam pedas telur ikan mayong , SecondItem Burger akan jadi port jalan jalan cari makan malam aku sekeluarga laa jawabnya !

Oh lupa lak aku.. Kalau korang nak buat tempahan burger , lamb chop atau sebagainya ..terutama untuk majlis majlis peribadi , ada jugak dibuka ..

image

image

image

Untuk sebarang pertanyaan , leh contact terus SecondItem Burger.

Tinggal sebulan rupanya !

 

Terus berpeluh ketiak ! Aku menghitung minggu.. Baru masuk minggu ke 34. Kata wife , biasanya 40 minggu baru dikejarkan ke hospital ! Tapi baru baru ni , nurse suruh ready dah pakaian baby dalam kereta ! Tak ready pon lagi ! Aku ingat lama lagi.. Huhuhuh..

Rupa-rupanya , lagi sebulan je nak ‘kuar baby boy’ ! Arghhh.. aku lom ready 100% !! Sapa nak cuci uri lagi ? Sapa nak jaga wife masa pantang.. Sapa nak jaga Qhaliff n Zahra bila aku ada job ketika wife pantang ? Apa nama baby boy ?? Gulpppp !

image

image

Qhaliff masih ‘berpampers’ ! Tak kasi pakai.. dia kata malu ! Hahahaha.. Kena ajar dah sekarang ni. Tahun depan nak sekolah dah !!! Apaa ??? Sekolah mana ? Adehh.. Tak cari lagi nak antar ke sekolah mana ! Sapa nak hantar ? Zahra camana ? Sapa nak usung baby bila hantar Qhaliff !

Segalanya ada lagi beberapa bulan ! Oh noooo.. Pengsannn !

Bila JDT ada kapal terbang sendiri..

 

image

Dulu aku tak beberapa nampak hala tuju TMJ dengan JDT ni. Ok , secara jujurnya aku bukan peminat Liga M dan mana mana Liga dalam dunia ni. Aku dah ‘bersara’ dari bolasepak lama dah.. Kecewa dengan aktiviti rasuah dan perjudian melibatkan bolasepak tempatan dan juga antarabangsa.

Tapi aku senantiasa memerhati perkembangan JDT. Sememangnya ramai kecam terutama part membeli pemain. Agaknya mereka terlupa , ini kelab profesional ! Serupa macam Real Madrid , Manchester United atau mana mana kelab di dunia ! Beli pemain bertujuan untuk menaikan nama JDT ! Bila nama ada , banyak bisnes boleh buat !! Tak semestinya bola sepak jer ! Ini adalah salah satu strategi yang cukup bijak.. Mulakan dengan sukan dunia dan di Malaysia , sukan ini sering dipolitikkan dan mendapat nasib yang agak malang apatah lagi syarikat syarikat besar tidak berminat untuk menaja liga ini. Sangat malang !

Pemain pemain bolasepak negar kita , memang berbakat besar ! Seusia 12 tahun hinggalah ke 23 tahun , kita punya pemain pemain yang cukup berbakat besar ! Tapi apa jadi selepas mereka masuk ke liga utama.. Krikkk krikkk….

Nasib baik ada JDT ! JDt pantas hidu peluang dan beli pemain. Dengan cara ini , pemain berbakat besar mampu ke peringkat lebih tinggi dengan kelab bertaraf profesional ! Kannn !

Bila JDT ada kapal terbang sendiri.. apa lagi alasan untuk pemain tidak cemerlang ??? Kan kan ? Tahniah buat TMJ dan JDT ! Semoga kejayaan mengiringi JDT dan pasukan yang benar benar ingin cemerlang !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI