Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 4 Ogos 2016

Rahsiakan dari dia..

 

image

Pesanan dari adik aku di group whatsapp keluarga… 4 pesanan suara. Semua suaranya bergetar. Aku dah syak sesuatu.. Seperti aku rasakan sebelum ni dan ianya menjadi realiti !

Gegas minta wife bersiap dan begitu juga dengan anak anak.

Jom gi umah mak.. “.

Wife tak banyak cerita. Dia pon dah dengar sendiri. Aku memandang sayu anak anak. Mereka masih kecil. Belum puas bermanja dengan tok ba.

Enjin dihidupkan. Terus ke Cheras. Hurmm… Rupanya hari ni dia ada check up di HKL. Aku terlupa. Terlalu banyak hal aku nak pikirkan terutama hal yang remeh temeh ! Arghhhh ! Buang masa aku sungguh !!

Adik perempuan dan mak aku terangkan keadaan ayah. Suara masing masing tersekat. Takut ayah dengar. Dia masih tak tau.. Masing masing berlagak tenang. Ayah ada darah tinggi. Kang kalau dia tau.. hurmm..

11/8 nanti.. doktor nak jumpa semua adik beradik dan ahli keluarga. Ada perkara penting nak dibincangkan. Hidup atau mati.

“My daddy !” dan “ No. My daddy ! “

 

image

Pakat bergaduh ! Masing masing cakap omputeh ! Mana belajar pon tak tau laaaa… banyak tengok kartun kot ? Adehh.. Sorang peluk aku.. kata gitu.. “ My daddy ! “. Pastu si adik pon buat gak.. “ Noo.. my daddy ! “ jugak laa duaa..

Bila daddy dukung adik.. si abang meraung masuk bilik ! Arghhh.. kena g pujuk pulakkk.. Si adik tak nak turun dari dukungan. Meraung lagi kuat ! Huk alohhh.. Dah tu camana ??

Masing masing berebut daddynya yang macho ini.. Huhuhu.. Kekadang , masa sedang memandu pun leh jadi isu ! Terus dipeluk mereka dari belakang. Nampak sangat tengah boring dalam kereta ! Hahahaha.. Tiada tab lagi yer , dalam kereta !

Ini baru dua.. apa cerita bila hadirnya baby nanti ? Semua mintak dukung , pengsan daddy !

‘Hari ini’ , ke Korea !

 

Macam Hari Ini Dalam Sejarah lak.. Heheheh..

image

Hari ni , Facebook keluarkan memori ‘hari ini’ di tahun lepas.. Huhuh.. Hari ni , aku berada di Korea atas tajaan Samsung. Satu kenangan terindah gituuu !

Dan aku ke sana bersama blogger yang pada awal aku berblogging , dia dah cukup popular.. Beautifulnara dan juga bersama beberapa celebriti dari negara Asean yang lain seperti Nicholas Saputra !

Aummm..

image

Pastu.. hotel bukan calang calang lak tu ! Sekali seumur hidup je dapat rasa menda gini.. Untunglah aku begelar ‘ blogger ‘ ! Kalau tak , tak merasa la kot !

image

image

Memang best dapat jemputan gini ! Tapi penat tu , jangan cakap la ! Setiap jam ada aktiviti.. Bila aktiviti bebas , baru terasa meriah ! Hahahaha.. Masa untuk shopping la !

image

Alhamdulillah.. walaupun tak banyak tapi apa yang aku dah ‘rasa’ hasil dari berblog ni , memang cukup di luar jangkaan sama sekali ! Tak sangka dapat rasa semua ni.. huhuhu.. Apa yang aku idamkan , impikan sebelum ni dah tercapai ! Tu belum part dapat jejak kaki dalam kilang AirBus di Toulouse , Perancis serta ke Osaka atau jemputan Air Asia ! Fuhhh..

Tahun ni.. takda jemputan lagi.. Tapi aku tak kisah. Allah beri aku rezeki yang lebih baik.. dapat baby lagi ! Aummmm.. dan terasa cam selebriti jap.. dapat tawaran bersalin di hospital ‘orang kaya’ ! Huhuhuh..

Alhamdulillah.. rezeki !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI