Sabtu, 6 Ogos 2016

Tekanan darah kembali normal gara-gara Chia Seed ?

 

Kali pertama aku disahkan ada hypertension , ketika usia 28 tahun. Waktu tu aku bergelar guru sandaran. Happy lak dapat hypertension ni sebab tiap minggu leh dapat mc walaupun gaji ditolak ! Ah , malas nak kerja masa tu sebab ‘ tak dapat sokongan majikan’ ! Kerja teruk pon , bukan ada orang nak kisah.. Sendiri sakit , sendiri tanggung ! Sakit pon gara gara stress ngan budak budak ! Cikgu lak tak dibenarkan merotan. Nasihaattt jer ! Huhh..

Sejak dari tu , tiap kalu aku gi doktor.. tekanan darah belah mesti lebih 170 dan bawah lebih 100 ! Marah doktor !! Siap suruh gi check up. Kot kot ada masalah dalaman ! Aku tak nakkk ! Mati tanam je laaa ! Huhhh..

Tapi bila dah tua tua gini ditambah lagi dengan pengalaman jaga ayah aku di hospital , pendapat aku mengenai kesihatan berubah ! Kalau mati terus , tak peee ! Kalau tersadai dalam hospital ??? Sapa nak jaga ? Nak harap nurse , muka berkedut dah ! Kalau masa hensem , ok laa.. tu pon 50-50 nurse nak mai jagakan ! Hahaha..  Gurau je nurse !

Macam aku cerita dalam entri pagi tadi , Takkan sebab Chia Seed ??.. aku masih belum percaya la sangat akan ‘kebagusan’ Chia Seed ni ! Aku pernah perli wife ! Mudah sangat percaya ngan desas desus di media sosial ni ! Asal yang viral , mesti bagus ! Huhhh !

image

Dan aku ternampak laa mesin periksa tekanan darah tinggi yang baru adik aku beli di farmasi. Jenis mahal punya ! Aku pon nak try laa.. Kali terakhir aku periksa darah tinggi , doktor suruh aku gi hospital untuk full medical check up ! Hurmm.. Dan kasi ubat ! Aku tak makan dan tak pergi hospital !

Aku nekad… nak test ! Cubaan pertama..

image

Aku berdiri ketika ni. Cara amik tu salah ! Dia suruh duduk dan relakss ! Baru tekan START tuuu ..

Aku pun ikut jer laaa ..Disusuli kedua dan ketiga ! Macam tak percaya lak !

image

Ehhhh.. aku cuba lagi ! Beza tak banyak pon.. Lari skit jer ! Huhuhuh.. Aku tunjuk kat mak mertua aku yang kebetulan ada di rumah mak aku , yang mana dia adalah bekas jururawat kerajaan. Katanya normal !

Waahh ! Tak percaya aku !! Aku pandang wife aku. Tak riak di wajahnya. Eleh , nak kata aku tak percaya la tuuu ! Hahahaha.. Patut la rasa lain je sejak dua tiga hari ni. Tak de rasa sakit kepala atau stress dah ! Awal pagi , lawas jer perut. Senang buang air besar ! Tak rasa cam sembelit atau pedih gituuu ! Alhamdulillah..

Oh ya , aku tak jual tau.. Dan aku syorkan google dan cari kesan negatif Chia Seed ni ! Ada yang kata tak bagus untuk mereka yang ada kanser. Wallahualam..

Setakat ni , aku yang ada masalah sendiri di lutut dan siku , dah terasa ok sangat ! Masih ada rasa sengal tapi tu lebih baik dari sebelum ni.. nak angkat besi pon sakit ! Apatah lagi nak berlari !!

Pokemon Go di Android ???

 

Waduhh.. bikin panas ni !! Akhirnya Pokemon Go berada di Google Play Store dan bakal meningkatkan lagi jumlah download yang mana sekarang ni pon dah lebih 50 juta download !!! Panas , panas !!

image

Jom tengok.. apa yang bestnya ! Aku download.. Hehehe.. Coverline konon ! Walhal, dulu memang aku giler tengok Pokemon ! Hahahaah.. Tapi serius , aku nak tengok dulu camana.. Risau woo !

image image 

Fuh.. T&C diaaa.. baca betul betul ! Jangan main accept jer dulu.. Pastu dia akan access semua kita punya ‘hakmilik’ ! Haa.. Jeng jeng jeng..

image

Setting dulu…

image

Ah…giler laa ! Hahahaha.. Pilih warna kita nak ! Nasib baik muka tak leh diubah ! Kalau letak muka aku , kacak lagi kot ! Hahahaha.. Gurau jer ! Tak payah nak keji aihhh..

Settle ! Jom main.. Opss , ada amaran !

image

Ahaaaa… Nak kena saman , sila la masuk rumah orang ! Hahahaha.. Adehh.. Ada isu dah yer ! Haaa.. Kes saman sebab letak Pokemon dalam kawasan kediaman dia !

image

Hehehehe.. Kat luar negara tu , dah terasa kesan negatif dari game ni ! Hehehehe.. Kita , baru nak mula.. kan kan ?

Ok.. jom tengok camana nak main ! Tadaa.. ada dua Pokemon dekat ngan aku !

image

image

Yeeayyy ! Tangkap dah ! Ehh , over pulak aku.. Hahahaha..

image

Hurmm..

image

Ok.. dah test.. Apakah kesimpulan ??? Best ke ? Tak best ? Nasihat , sebelum nak download.. pikir masak masak ! Takut ketagihan.. Kalau sekadar main di waktu lapang , ok la kan ? Masalahnya , ada ke waktu lapang ? Hahahahaha…

image

Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9 , Putrajaya !

 

“ Bang.. botol air dah berlambak kat belakang tu. Gi la jual kat Putrajaya tuu.. “

Hurm.. Baru nak layan tv..

“ Kang.. lepas solat Jumaat. “. Jawab aku sambil layan Oggy anda the Cockroaches ngan Qhaliff.

Dan lepas solat Jumaat , aku gi antar. Aku pasang waze ke Presint 9.  Lokasi dia betul betul dekat dengan ‘flat hijau’. Hehehe.. Ada memori manis aku ngan ‘flat hijau’ ni. Huhuh..

image

Penuh kereta aku dengan botol air ni. Aku tak nampak belakang dah ! Bahaya tul pemanduan gitu. Dah la aku baru je dapat anugerah pemandu berhemah ! Hahahaha..

Nekad. Bismillah.. Moga dipermudahkan. Niat nak jaga alam sekitar ! Huhuhu..

Pasang waze. 25 minit dari rumah aku. Tengok jam.. dah pukul 3.30 petang. Harap tak tutup lagi dan jalan tak jammed bila balik nanti.. Kalau jammed , mesti stress aku. Hahahaha.. Stress memanjang !

image

Alhamdulillah.. sampai dah ! Petugas yang menjaga kat sini pon peramah. Tak de nak sombong bagai.. huhuuh.. Aku tanya dia dan dia jawab dengan baik.

Mintak izin amik gambar.. Untuk perkongsian bersama.

image image

image 

Haaa.. apa lagi ? Ni masanya nak buat side income ! Hahahaha.. Ok pe ??? Sapa nak kasi duit kan ? Haa.. dari buang gitu jer .. Baik gi antar ke pusat kitar semula. Melainkan memang korang dah kaya la.. hehehe..

Apa apa pon.. Go Green ! Cintai alam semulajadi kita. Jangan dah hilang , baru nak menyesal !

Takkan sebab Chia Seed ??

 

Sewaktu mengandungkan Qhaliff dan Zahra , masalah yang dia hadapi ialah tekanan darah rendah ! Sebelum dapat tau mengandung , dia amalkan minum air campuran Chia Seed. Aku tak minat nak minum sebab aku dah ada minuman aku sendiri , detox lemon + epal hijau.

Dan baru baru ni , aku cuba minum air Chia Seed ni. Dan mula rasa sedap lak ! Huhuhuh.. Ala rasa cam sirap selasih tu laaa.. Tapi ni air suam jer.. Sedap !

Dua hari aku minum.. dan terasa sesuatu perbezaan pada aku ! Takkan kot ? Hurmm..

image

Aku ada masalah ngan siku aku dan lutut yang membuatkan aku tak leh nak workout berat berat  termasuk nak jogging ! Mampu jalan jer !

Tapi selepas aku minum air Chia Seed ni , aku leh workout tanpa ada rasa sakit kat sikut lagi ! Dan aku boleh berlari dengan lajunya di atas treadmill ! Huhh !! Takkan kot sebab Chia Seed ??

Apakah kelebihan Chia Seeds ni ? Apa itu Chia Seed ? Chia seed merupakan jenis biji-bijian kecil yang berasal dari tanaman Salvia Hispanica L. Tanaman ini tumbuh di Mexico dan Amerika Selatan

image

image

Aku google dan jumpa satu blog. Entrinya dah berusia 4 tahun ! Adeh.. Nape aku tak tau lansung pasal Chia Seed ni ?? Dah lama rupanya !

Menurut blogger yang menulis entri tu , Nur Nilam Sari ..dia dan kawan-kawannya dah mencuba Chia Seed. Kesannya ialah :

1. Rasa jauh lebih bertenaga untuk menjalankan tugas-tugas kita seharian. Ini disebabkan vitamin dan nutrien mencukupi di dalam badan kita. Juga disebabkan ia bersifat antioksida, dapat membuang toksin daripada badan.

2. Rasa kenyang sepanjang hari, jadi bolehlah kawal kuantiti nasi yang kita ambil semasa makan tengahari   dan malam. Sesuailah dengan kata-kata " Lose Weigth Without Starving ". Ini kerana apabila kita makan 'chia seeds' ni  , ia kembang di dalam perut menjadikan perut kita penuh dan terasa kenyang .

3. Boleh menyelesaikan masalah sembelit dengan sangat berkesan.

4. Yang bestnya, pengambilannya membolehkan kita mengawal emosi dan mood kita yang kadang-kadang tidak stabil. Jadi kita boleh menghadapi kehidupan harian kita dengan lebih selesa dan ceria walaupun berdepan dengan macam-macam benda.

5. Boleh membantu sesiapa yang ada sakit-sakit sendi.

6. Membantu mengawal paras gula, jadi sesuai sangat untuk pesakit kencing manis. Dalam erti kata sains chia seeds ni boleh memperlahankan proses pertukaran karbohidrat kepada gula di dalam badan.

7.Mengelak anda daripada dihidrasi iaitu kekurangan air di dalam badan.

8. Makan 2 sudu besar sehari bermakna  anda dah berjaya menyediakan badan  dengan 7g  fiber, 4g protein, dan  5g  omega-3 fatty acids.

9. Memperolehi tidur yang sihat dan nyenyak.

10. Pendek kata, macam-macam lagilah.

**Kena simpan stok dalam rumah ! Patut la aku asyik kuar masuk tandas ari ni ! Huhuhuh.. Cer baca kelebihannya sekali lagi ! Huhuh.. Ada can la hilang boroi pasni.. Hahahaa..

Tarikan terbaru di Alamanda Putrajaya !

 

Best ! Ngan aku aku terlibat sama sengih naik menda ni.. huhuhuh.. Seorang , RM5. Boleh teman anak kecil.. hehehehe.. Syok gak wooo..

Tetiba teringat kenangan aku di Tolouse satu tika dulu.. Huhuh.. Rindu pulak bandar penerbangan tu.. Haish…

image

Masa tu terasa bestnya kalau dapat bawak anak anak ke sini ! Mesti diorang suka punya ! Huhuhuh.. Tu pasal bila nampak je menda ni terus ajak anak anak naik.. Nasib baik orang tak ramai masa ni.. Dapat la memilih ‘kuda’ yang best !

image

image

image

Sekali naik , 3 pusingan.. Boleh laaa.. Asal anak anak happy dah laa !  Owh… kat belah mana ? Tingkat 1.. kat pintu keluar belah KFC tu haa… Tau ? Haa.. Apa lagi ? Gi laa bawak budak budak.. Mereka yang duk area Putrajaya dan Bangi ok la kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI