Jumaat, 12 Ogos 2016

Sambal Hitam Pamah Kulat yang menyelerakan !


Adus… sejak kebelakangan ni , wife masak memang tawar ! Alasan dia , anak anak boleh join sama makan.. kan kan ? Tak yah masak 2-3 kali ! Tak larat dan membazir.
Dan aku tak minat nak makan dengan sos cili dan tak nak makan banyak cili merah atau cili padi. Masa muda dulu , suka la ! Dah tua tua ni , kena jaga usus laaa ..
Maka apa yang sesuai untuk menjadi penambah selera ketika aku nak makan eh ?
Jawapan dia.. SAMBAL HITAM ! Tapi Sambal Hitam ni macam macam rasa ada.. dah aku dah rasa dua jenis. Masing masing ada keistimewaan tersendiri. Aku tak nak kata tu kurang sedap.. ni tak sedap langsung dan terbaru ni paling sedap ! Ngarut aihh.. Makanan kot ! Semua sedap !
Alhamdulillah.. SAMBAL HITAM PAMAH KULAT ni membuka selera aku ketika sarapan pagi tadi.
image
image
image
Wife kata , Sambal Hitam ni sekadar penyedap makanan.. Bukan suruh makan sampai pedih perut ! Maka amik skit jer ! Jangan makan ngan roti , macam ari tu ! Mau berlari lari ke tandas nanti !! Haaa.
Maka , amik skit jer.. Dan.. Alhamdulillah ! Sedap.. Kena makan sepinggan je bihun ni. Tak leh tambah ! Kang tambah , kejap je abis Sambal Hitam tu.. heheheh..
Dan stok kena simpan sebab wife nak pantang ! Nanti masakan semua masakan orang pantang ! Nasib baik ada Sambal Hitam Pamah Kulat ni ! Huhuhuhuh..
image
Ok.. camana nak order ? Ok.. ada dua cara .. samada nak amik yang botol cam aku atau yang sealed plastic. Tapi sebaiknya amik sealed plastic punya. inshaAllah..
Contoh macam di bawah ni.. hehehe..
image
Harga dan Jenis spt berikut :
  1. Sealed plastic 180gram / Jar 150gram
  2. Regular (standard pedas & masam) |RM13
  3. Semi pedas (slightly pedas & masam) |RM14
  4. Extra pedas (pedas berdesing) |RM15
  5. Extra masam RM16
  6. Jar 300gram:
    -Regular RM26
    -Semi pedas RM27
    -Extra pedas RM28
    -Extra masam RM30
* Pos Laju Semenanjung : RM7 (1-3 peket) 5 peket Rm10
* Pos Laju Sabah/Sarawak : RM11 (1-3 peket) Rm16 (5 peket)
Jar atas risiko sendiri !!
Untuk tempahan , Whatsapp ke : Puan Mazri di 012 330 6743
Facebook : Sambal Hitam Pamah Kulat jika nak baca testimoni pelanggan lain..
Instagram : Sambal Hitam Pamah Kulat

Ok ? Order cepat , dapat cepat ! Sedap.. sila share entri ni. Tak sedap , pm owner dan kasi tau apa kekurangannya.. hehehe.. Tak yah viral yang tak baik.. kan kan ? Ada saluran untuk kita bagitau.. cakap baik baik , balas pon elok jer.. kan kan ? InshaAllah.
Terima kasih atas sokongan.. Eh , bukan aku punya bisnis. Tolong orang jer.. sapa lagi nak tolong kalau bukan kita kan ? Takkan nak harap alien lak kann..

Anak dara demam lak..

 

Tetiba.. takda angin takda ribut.. Rabu lepas aku demam ! Tak cukup rehat gamaknya ? Lepas makan ubat , rasa lega la skit.. Malam tu , Zahra datang tidur ngan aku. Terasa badan dia cam…panas skit !

“ Aku demam ke , dia yang demam ni ? “ . Bisik hati kecil aku. Aku pujuk hati.. biarlah aku je demam. Kalau dia demam , hilang ceria rumah ni. Dia suka menyanyi.. menari.. kacau abang dia.. dah kasi tumpah ais krim ! Kalau demam , dia duduk diam jer.. atau nak melekat ibu atau bapak dia !

image

Sah dia demam.. Semalam , asyik menangis. Tak senang duduk dia.. Aku kena dukung.. Badan terasa bahang. Termometer , dah 7-8 kali beli.. semua dah rosak ! Tak abang kasi rosak , adik dia ! Tak kasi.. meraung kaw kaw.. Hurmm..

Lepas makan ubat demam.. baru lena tidur sampai ke siang.. Ni demam lagi.. Kang g klinik , check.. Hurmm.. Sana sini tak sihat.. Huhuh.. Ujian buat aku..

Perlukah aku guna Samsung Galaxy Note 7 ?


Buat masa sekarang , aku guna Sony Xperia X dan juga Samsung Tab A with S Pen ! Hehehehe.. Secara jujurnya , pada awal aku gua Sony Xperia X ni , takda beza dengan Sony Xperia Z5 yang aku ada. Tetapi selepas dua bulan guna , ternyata ianya jauh berbeza dan aku amat menyenanginya terutama part charging dan selfie di tempat yang cahayanya rendah.
image
image image
Dan kemudian part charging.. Jujur aku katakan , bateri cepat haus tetapi bukan salah Sony Xperia X yer ! Sebabnya , aku punya whatsapp tak henti henti bergetar ! Ditambah Facebook dan Instagram yang on 24 jam tanpa henti !! Memang laaa cepat haus tetapi , part charging tu menarik ! Jika 50% kuasa yang tinggal , bagi aku tak sampai sejam charge untuk dapat penuh balik ! Giler cepat !!
Ok.. tapi Sony Xperia X tak de S Pen ! Kalau ada , confirm sempurna dah kehidupan blogger aku ni ! Hehehehe.. Maka dengan itu , aku gunakan Tab A with S Pen yang melengkapkan hari aku ketika ada meeting ! Segalanya aku ‘tulis’ jer. Tak perlu lagi menaip !! Hehehehe..
Tab A bagi aku dah cukup menarik namun kameranya , gagal ! Maka Sony Xperia X , menyelamatkan ! Gabungan kedua dua ini cukup mantop ! Huhuuh..
image
Tapi.. dengan dua gabungan tu , lebih baik guna Samsung Galaxy Note 7 , kan ? Huhuhuh.. Harga pon tak la mahal mana.. RM3K++ , dengar kata.. ? Kan ? Huhuhuh.. Tak mampu aii !!
Samsung Note 7.. bagi aku macam tak sesuai je untuk buat kerja berat cam aku buat .. Hurmm.. Skrin kecik ! Tak puas melukis.. Er, aku melukis ? Hahahaha..
Cantik , memang cantik. Serba serbi menepati citrasa aku namun tak sepuas guna tab untuk menulis..
image
Namun, aku rasa Sony Xperia X lebih relevan dengan aku terutama part cuai , ketahanan serta lebih selesa di tangan aku ! Dan aku dapati keluarga S7 ni manja di bahagian cermin. Banyak kes skrin retak bila terjatuh.. Yer , aku memang cuai.. Harga skrinnya , bukan la murah yer.. Cam aku punya Sony Xperia X , dah beberapa kali terjatuh namun terselamat.. Aku tak guna pon tempered glass.. huhuhu..
Kalau kasi free ? Gila tak nak ! Hahahahaha…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI