Sabtu, 13 Ogos 2016

Wajarkah Fan Page dibayar beribu-ribu ?

 

Kali ni dua page yang ramai followers menjadi viral gara-gara yuran yang dikenakan terlalu tinggi ! Fuhhh… Senyum ‘geng kutip cukai’ ! kan kan ? Hurmm..

Aku tak nafikan memang ada yang selalu mesej atau email tanya harga pengiklanan di page/blog aku. Mereka tanya , aku jawab. Mereka mintak diskaun , aku bagi. Bagi aku , segalanya boleh dirunding. Tak mampu bayar langsung ??? Pon aku terima..

Tapi kalau semua nak free , camana nak cover bil elektrik aku ? Nak charging laptop.. handphone.. Aku nak kena ‘kerja keras’ bagi memastikan blog aku senantiasa ada pembaca.. ada ‘follower baru’ dan mengekalkan ‘follower lama’ ! Bukan mudahhhhh ! Nak cari infomasi , bukan duduk depan tv dan idea datang ! Kena keluar cari bahan ! Aku bukan blogger gossip ! Keja nak bahankan orang jer !

Sama jugak blogger , instagrammer , Facebooker yang dah ada nama ! Kalau semua free , yang pertama.. inbox mereka padat dengan email ! Nak update.. buat ayat menarik.. bukan mudah ! Kekadang gambar nak kena edit ! Kalau untuk amal jariah , aku percaya mereka kasi percuma ! Bila letak harga tu , mesti bersebab.. Bukan apa, ada company gah .. boss yang siap tunjuk rumah mewah.. kereta gempak .. offer dengan harga yang tak masuk dek akal ! Kau kata kau kaya ??? Saja nak test kekayaan tu.. kedekut rupanya ! Huhuhuh..

Kalau nak free.. Cubalah buat fan page sendiri ! Blog sendiri dan promote sendiri ! Mesti terfikir nanti kan.. Camana nak kasi orang kenal eh ?? Camana nak kasi ramai orang like atau baca eh ???

Yang letak mahal tu.. ada sebab.. Dan tengok jugak keberhasilan dia..

image

Semuanya kerana tonsil !

 

Jumpa doktor semalam di Mediviron. Walaupun kad klinik dah tamat tempoh , Mediviron tetap menjadi pilihan bila anak anak sakit. Ubatnya serasi dengan anak anak.. Pernah try g klinik lain , tak berapa menjadi.. hurmm… Tak tau lak aku ubat leh main serasi ke tak ! Hahaha..

“ Ok.. tonsil merah. Dada pun cam ada kahak.. “. Kata doktor.

Hurmm… Ni gara-gara suka gigit barang la ni ! Banyak kali dah aku larang. Aku lak kena marah dengan Zahra. Makcik sorang ni memang.. dia berbeza skit ngan abang dia. Abang dia , bila dilarang , dia tak buat terus.. Si adik ni , siap nak babap kita lak ! Huhhh.. Jangan bawak ke besar perangai tu dah ! Naya kang..

Doktor kasi ubat sekali ngan GST. Biasa la tu.. Bukan salah doktor.. Uhukk.. Nanti nak join parti baru ! Hahahahaha.. Ok ok.. ni bukan blog politik yer !

Malam , dia demam lagi.. Badan panas.Mandikan dia.. kasi sejuk badan. Pastu sapu minyak Pati Batook Ori kat dada dia.. Kasi lega skit pernafasan dia..dan kasi lena tidur !

image

Jam 12 lebih malam… dengan seharian tak tidur.. maka , tak sampai beberapa minit… dua dua terus lenaaa ! Termasuk daddy dia ! Blog pon tak update ! Hahahaha..

Qhaliff dan Zahra memang mudah sakit tonsil. Ikutkan , jajan pon tak leh makan ! Hurmm.. bila demam , adehhh… penat nak dukung.. Dah baik , menyanyi menari dan melompat ! Alhamdulillah..

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI