Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 16 Ogos 2016

Hancurnya sebuah perniagaan kerana…

 

Semalam , aku ada singgah makan sebentar di sebuah restoran.. kat E-Curve, Damansara. Ni kes terpaksa makan sebab dah terlalu lapar. Hehhehehe.. Terpaksa !

image

Dan masa sama, terpaksa mengejar masa. Pelanggan di restoran tu , ketika itu.. tak de orang ! Aku bertanyakan beberapa soalan. Soalan mudah jer.. Tapi aku rasa cam cakap dengan SINGA ! Muka masa dan balasanya tiada berintonasi. Mendatar ! Huk alohhhhh ! Rileks laaa..  Tau la nak balik dah tapi janganlah layan kami ni macam.. Hurm.. Oh ya , aku dan 2 orang rakan blogger ! Kalau tak kerana kelaparan dan mengejar masa , aku dah blah dan cari restoran lain !

Masa makanan dihantar pon tiada sebarang ucapan ! Aku tengok di skrin tv restoran tu.. Rasanya bukan milik restoran tempatan ni.. Tapi sayangnya , pekerjanya ‘orang tempatan ‘ yang tak reti nak meraikan pelanggan ! Haihh..

Teringat juga beberapa hari lepas aku ke Alamanda. Gi sebuah premis terkenal.. Begitu juga keadaan. Bila masuk dalam tu , muka pekerja macam.. TERPAKSA BEKERJA DI SITU ! Pelik aih.. Dan satu kesilapan mereka ialah , aku kenal ‘orang besar’ premis tu.. Terus aku hubunginya melalui whatsapp.. Bukan berniat buruk tapi ramai kot pelanggan kuar masuk situ.. tapi dengan  muka pekerja-perkerja macam tu ,  semua orang akan keluar dan pergi ke premis lain !

Gara-gara orang macam ni laah…. banyak perniagaan alami kerugian dan seterusnya , TUTUP KEDAI ! Ubahlahhh… bukan anda bekerja di situ PERCUMA ! Tak suka , berenti kerja dan buka bisnis sendiri. Pastu , buatlah muka macam tu dan tengok sendiri.. apakah anda mampu mendapat keuntungan atau sebaliknya  ?

Review Filem : Temuan Takdir

 

Filem Melayu pertama aku tonton di panggung tahun ni , seingat aku. Aku memang elak tonton filem Melayu selepas beberapa kali dikecewakan. Hampa !! Nasib baik ‘free’.

image

Hurmm.. Hurmm… Filem ni mengisahkan kes rompakan yang disiasat oleh dua pegawai polis yang juga adik beradik. Tu je la aku leh review. Rasanya.. Hurm.. Aku kasi 1.5 / 5 bintang.  Nasib baik ada part ‘Helo Helo Helo tuu.. ‘.

Ok laa.. aku kasi review skit.. Review amatur dari kacamata penonton yang tiada ilmu dalam bidang perfileman tapi gemar abiskan duit tengok movie di panggung dari membeli dvd cetak rompak !

Apa yang aku nampak ialah cubaan memasukkan elemen filem Hindustan dan juga Tamil dalam filem ni. Sayangnya , tak menjadi sangat. Banyak yang perlu diperbaiki terutama skript yang terlalu formal dan ‘membosankan’ serta lakonan pelakon yang agak keras. Kehadiran Vanida Imran serta Dato Jalaluddin Hassan sedikit sebanyak memberi nafas dan semangat.

Satu percubaan yang baik aku rasa. Mungkin di filem yang akan datang , pengarah dapat memberikan lebih terbaik dari filem ni.

image

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI