Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 17 Ogos 2016

Zahra cemburu pada adiknya ?

 

Buat masa ni , aku seolah olah ada anak kembar ! Apa saja si abang buat , si adik akan ikut. Meniru sangat sangat ! Copy cat. Hurmm.. Apakah si abang dah jadi idola pada adik perempuannya atau dia sedang memikat abangnya untuk sayangkan dia memandangkan dia bakal ada pesaing nanti ? Adik lelakinya yang bernama.. Mohammad dot dot Iman juga ?

image

Dan perangai Zahra pulak sangat pelik la sekarang ni ! Aku tak leh nak kawal langsung. Kalau dia nak sesuatu tu , dia punya menangis.. Hurm… abang dia pon tak pernah buat perangai gini ! Orang kata jangan layan.. Lagi tak dilayan , lagi kuat teriakkannya sehingga abis bengkak mata dia ! Huhhhh..

Risau jugak aku nanti.. Dah la dia ni anak dara ! Kang dah besar.. dibawa perangai gini , masak aku ! Dia tak nak mainan mahal atau sebagainya.. Dia nak aku dukung dia.. senantiasa ! Fuhh.. Penat wehhh.. penat ! Lenguh tangan.. Bukan sado cam 30an dulu haa.. dah masuk 4 series dah ni walaupun rupa masih nampak 20an gituu.. kan ?

Nanti daddy gi gym balik eh…. Nak kena dukung 3 orang anak sekali.. dan berharap ibu tak mintak di dukung juga..

Aku kemaruk hoodies !

 

Hahahaha.. Pantang jejakkan kaki ke shopping mall , mata aku akan berkeliaran.. Aku sasarkan butik butik terkenal untuk melihat hoodies yang edisi terhad ! Aku dah ada PUMA ( edisi Usain Bolt ) , Harley Davidson , PUMA ( FERRARI ) , Hi-Tec , Hard Rock Cafe ( Penang , New York ) dan beberapa yang ‘biasa’ punya..

Terbaru.. baru sampai dari Ireland.. Hehehe.. Kirim kat kawan blogger yang kebetulan sedang sambung belajar kat sana.. Heheheh.. Terima kasihh !

image

Makin banyak hoodies dikeluarkan tapi nak dapat yang benar-benar rare dan unik tu payah.. design dia kat negara kita ni banyak sama jer.. Huhuh..

Contohnya .. macam bawah ni !

image

Tapi aku tak nak macam atas ni.. Nak yang ada zip ! Haaaa.. Cam kat bawah ni..

Cool kan ? Simple jer..

image image

Fuhh.. kalau dapat niii !

image

Yang pastinya.. tiap kali aku beli satu , wife akan geleng kepala ! Hahahaha.. Jawapan aku ialah..

Ni semua boleh dijadikan aset ! Nanti duit takde , leh lelong.. Rare apa ? “ .

Betul la , kan ? Nanti aku mati.. leh lelong semua tuuu ! Haaa !

Menang tapi aku kecewa..

 

Tahniah ! Moga emas jadi milik negara buat pertama kali..

image

Tapi benarkah sukan menyatukan kita , rakyat berbilang kaum ? Aku baca komentar di banyak fan page terutama akhbar akhbar online.. Komen komen berbaur perkauman merosakkan semangat serta mood ketika ini !

Di kala rakyat  ‘murung’ dengan isu isu skandal penyelewangan yang berlaku di kalangan ‘orang atasan’ , Olimpik telah menghilangkan perasaan itu setika. Tapi bila baca komen komen ( walaupun segelintir tapi sebenarnya agak serius ) yang tak sepatutnya keluar dari mulut rakyat negara ini sendiri , aku hampa.. Mood nak tengok Malaysia menang buat pertama kali pingat emas , tidaklah melonjak lonjak seperti insan lain.

Salah siapa ? Salah sendirikah ?

Apa pun.. semoga emas menjadi milik kita nanti.. Hanya EMAS saja akan dikenang.. Percayalah ! Tun Mahathir yang berpuluh tahun memerintah serta berjasa pada negara ini pon , ‘ghaib’ sekelip mata.. Maka , EMAS saja membuatkan anda dikenang dan menjadi lagenda.

Realiti di negara ini.. Telan sajalah ..  Oh , sukan dan politik tidak boleh dipisahkan.. Boleh dikatakan… politik memang tak boleh dipisahkan dari apa jua bidang.. kan kan ? Hahahaha…

Tahniah kontigen negara.. capai KPI !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI