Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 18 Ogos 2016

Kenapa aku memilih..

 

Pada awalnya , aku memang nak guna header ala komik untuk blog aku.. bila kehadiran ‘ no 3 ‘ dalam hidup aku. Aku dah pon mintak Syed Alwi lukiskan satu header yang cun ! Idea aku kasi. Dia lukis. Memang lukisan dia , tip top ! Bayar yer.. Bukan free !

image

Tapi disebabkan aku sering dapat job yang berkonsepkan ‘lifestyle’ , aku rasakan header ni macam tak kena.. Header ni lebih pada ‘ parenting’.. kan ? Hurmm..

Maka aku mintak rakan blogger , Mimin Adam untuk buatkan satu header. Aku bukan tak leh buat header sendiri tapi saja nak kasi job pada kawan kawan.. Rezeki kongsi kongsi la kan ? Kalau semua nak ‘jimat’ , letih gak .. Sedekah la skit skit ..

Lagi pun , aku nak kurangkan cerita pasal anak anak aku yang semakin membesar. Cerita pasal baby baru lak.. Abang dan kakaknya , aku nak privasi skit.. maklumlah , dah besar dan pasni nak ke sekolah dah.. ‘Kesian’ diorang nanti..

Melainkan blog aku ni memang buat ala ala komik , maka header komik memang sesuai. Tapi blog aku dari dulu bukan gitu.. kan ? Segalanya cerita pasal aku.. Maka , biar je la muka aku..

Kenapa letak muka aku besar besar ??? Sebabnya satu jer.. Aku tampilkan kejujuran dalam bercerita.. Aku boleh je buat cam Amran Fan punya konsep.. tapi aku rasa tak kena ngan jiwa aku..

Ok?

Takut ‘tua’ menjengah diri..

 

Sedang aku sibuk di event Gillette pagi tadi , aku dapat panggiilan dari mak aku. Dia mengadu pada aku dan minta aku ke rumah bila abis event. Hurm.. Berbelah bagi sebentar. Perlukah aku balik rumah dan amik wife serta anak anak di rumah dan kemudian baru ke rumah mak aku ? Wife dah sarat mengandung.. kena jaga dua budak comel tu lagi.. Kalau aku pergi terus ke rumah mak , pasti aku diminta jaga ayah sebentar .. paling tidak hingga ke lewat petang. Risau jugak aku tinggalkan keluarga di rumah. Wife bukan tak pernah jatuh tergelincir. Haish.. Jiran jiran semua kerja. Kalau jadi apa apa ??

Aku call wife.. Dia kata dia ok. Dia suruh aku terus ke rumah mak.. Berat hati. Sana keluarga , sini ayah.. Aku terus ke Cheras dulu. Di sana , kelihatan abang aku serta adik lelaki ada di rumah. Masing masing jaga ayah. Diorang sendiri pon dah banyak berkorban jaga ayah. Hurmm..

image

Aku suruh adik laki aku pulang ke rumah. Dia pun ada urusan kerja yang perlu diselesaikan. Maka tinggal abang dan aku jer. Ayah , tidur.. Kalau dia tidur , semua dapat tarik nafas lega.. Kalau dia jaga , hurmmm.. dia takkan dapat duduk setempat untuk seminit ! Sekejap baring.. sekejap nak duduk.. sekejap nak jalan.. Dan sesekali nak masuk tandas ! Serius aku respek sapa yang jaga orang tuanya , di kala mereka tidak sihat ! Bukan mudah ! Serius.. bukan mudah ! Kesabaran diperlukan sehingga ke tahap tertinggi ketika ini !

Aku tengok bagaimana abang aku uruskan ayah. Tak pernah tengok dia sesabar ni. Begitu juga dengan adik lelaki aku. Hurmm.. Semoga Allah rahmati mereka. Ayah aku lebih gemar memanggil mereka berdua dari aku , bila memerlukan apa apa bantuan. Huhuh..

Melihat keadaan ayah , aku terfikir. Sekarang ni aku berusia 40 tahun. Untuk capai ke usia ayah aku tu , tak lama dah. Pejam celik pejam celik.. Cuma satu dua persoalan bermain di minda aku..

Apakah isteri aku nanti mampu menjaga aku andai aku seperti ayah aku nanti ? Apakah anak anak aku akan menjaga aku seperti mana aku menjaga mereka ? “.

Benarlah kata orang tua.. Kalau nak cari pasangan hidup , carilah yang boleh menjaga kita di hari tua kelak. Bukan yang jaga rupa paras serta bentuk badan mahupun kerjayanya , saja !

Tunduk sayu..

Ayah hulurkan tangan pada aku..

Hang jangan jadi macam aku ni..”. Pesanan dia.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI