Sabtu, 20 Ogos 2016

Rupa-rupanya aku perlukannya !

 

Aku seperti tak cukup oksigen ! Doktor pernah tanya aku , apakah aku punya masalah pernafasan ? Ada astma ke ? Aku takda masalah tu !

Dua tiga hari ni, aku rasa semput ! Nak kata selsema , takda la pulak.. Tapi… hurmm… cam pelik lak ! Dan tadi , aku cuba bernafas dengan sebelah lubang hidung..Tak da laluan udara untuk masuk ! Ah , sudahhhhh ! Terus aku teringat ayah aku.. Patutlah dia dulu senantiasa bawak nasal spray dia ! Apakah aku juga dah mewarisi penyakitnya tu ??

image

Nampak gaya , hari ni aku perlu ke farmasi beli nasal spray. Jika masalah aku masih berterusan.. Kena serah diri ke doktor jeer la.. sebelum aku tak cukup nafas !

Hurmm… Tua dah aku.

Pingat Perak Olimpik untuk kita lagi..

 

Berjuta rakyat Malaysia mengharapkan pingat emas buat pertama kalinya dalam Sukan Olimpik namun pingat perak juga rezeki kita.. Tak mengapalah.. Belum rezeki kita ‘merasai’ emas lagi.

Walaupun beregu lelaki negara itu telah berikan persembahan terbaik tetapi nasib tidak menyebelahi kita. Tahniah buat mereka kerana pencapaian mereka itu ! Bukan mudah tapi mereka telah buktikan , mereka juga layak digelar jaguh dunia..

image

Dan sebelum itu , Dato’ Lee Chong Wei telah melayakkan diri ke perlawanan akhir dengan menewaskan seterunya sejak tahun 2008 lagi iaitu Lin Dan dalam satu perlawanan yang cukup sengit !

Apakah Dato’ Lee Chong Wei bakal membawa pulang emas setelah dua kali membawa pulang perak dalam dua kali percubaan mendapatkan emas ?

Aku yakin boleh !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI