Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 22 Ogos 2016

Gillette lancar Mach3 terbaru !


Bertempat di Talent Lounge , PJ Trade Centre semalam , Gillette dengan rasminya telah melancarkan satu lagi bilah pencukur yang lebih tajam  untuk memberikan hasil cukuran yang lebih kemas dan bersih lalu menampilkan kulit muka yang hebat !
Apabila bercukur dengan pisau cukur pakai buang yang biasa , keadaan kulit akan terjejas dan akan menyebabkan kesan kemerahan dan kerengsaaan.
Gillette Mach3®, Mach3® Sensitive dan Mach3® Turbo , dibuat khas untuk lelaki yang pentingkan kekemasan Ianya lebih baik daripada pisau cukur pakai buang biasa walaupun pada cukuran ke 10.
image
Gillette Mach 3_0002
Fahrin Ahmad selaku selebriti jemputan sendiri mengakui akan kelebihan bilah pencukur terbaru dari Gillette ni.
“ Saya percaya alat pencukur yang betul boleh memberikan kulit yang hebat. Kita perlu mendapatkan pisau cukur yang sesuai untuk hasil yang hebat. Apabila anda memberikan hari dengan kulit yang hebat, minda anda juga akan memfokus untuk melakukan perkara yang hebat ! “
image

3 Manfaat Utama  Gillette Mach3® Turbo
1. Bilah yang lebih tajam yang menggunakan daya potongan yang lebih rendah dan rasa lebih selesa bila bercukur.
2. Teknologi salutan bilah yang lebih maju.
3. Bar Gel yang dipertingkatkan untuk memberi pelinciran dan luncuran yang lebih baik.

7 Ciri-Ciri Utama Rangkaian Gillette Mach3® Baru
1. 3 bilah berbanding 2 bilah pencukur untuk memberikan hasil cukuran yang lebih kemas dan tahan lama.
2. Bilah yang disambung dengan spring menambahkan keselesaan cukuran.
3. Pelindung kulit yang lembut.
4. Pangsi hadapan yang mengalihkan daya dari tangan dan meningkatkan keselesaan kulit
5. Binaan terbuka membolehkan katrij dibilas dan dibersihkan dengan lebih mudah.
6. Pemegang ergonomic memberikan pegangan yang selamat dan kawalan yang bagus dalam keadaan basah.
7. Sistem cantuman tunggal yang menyambungkan pemegang ke katrij dengan mudah dan memenempatkan pencukur pada posisi optimum di atas kulit
image
Dan Fahrin Ahmad membuktikannya.. serta 2 lagi hadirin dijemput untuk turut serta..
image
image
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble Malaysia, Singapura dan Brunei , En. Ong Yuh Hwang..
Gillette faham bahawa kulit yang hebat bermula dengan cukuran yang hebat , terutamanya apabila sedang bersedia untuk acara yang penting di mana kita perlu memberikan penampilan yang terbaik. Kami juga faham bahawa kesan kemerahan dan kerengsaan akibat bercukur dengan pisau cukup pakai buang yang murah boleh menghalang anda dari mendapat kulit yang hebat, “.
Majlis dimeriahkan lagi dengan satu game yang meriah di mana melibatkan Fahrin serta hadiran.
image
Terbaik dari Gillette untuk lelaki seperti aku ! Heeee.. Penting jaga raut wajah wooo !

Anak-anak adalah cermin kita

 

Bagaimana mereka membesar , adalah bergantung pada cara kita mendidik mereka secara langsung dan juga tidak.. Mereka memerhati setiap perbuatan dan tutur kata kita.. Mereka akan mengulanginya dalam kita tak sedar..

Bila ngan wife.. diorang tak usik handphone atau tab pon ok jer..

image

Tapi bila dengan aku.. Hurmm..

image

Camana eh.. Perlu ke aku yang keluar g kerja… Hahahaha.. Wife duk umah jer.. Diorang takut skit ngan wife berbanding aku walhal aku lagi garang.. Haishh..

Qhaliff memang ‘copy cat’ setiap apa aku buat.. Risau aihhh.. Dan pengaruh tv pon satu hal… kartun skang ni makin banyak mengarut ! Hurmmm…

Nak bawak keluar beriadah atau g tempat tempat yang membuka minda , duit lak.. Aku lak.. memang kerja 24 jam ! Aku rasa aku dah kena buat kerja 9-5 jer.. lepas abis kerja , simpan hp ! .. kan kan ?

Jangan hantar telefon pintar ke kedai biasa selagi..

 

Pengalaman aku.. Selagi mana dalam warranty , sila hantar ke center rasminya. Sebab tu kalau nak beli telefon pintar , beli pada premis premis yang ada diiktiraf jer ! Serik dah aku beli kat kedai kedai biasa.. Bila rosak , banyak dalihnya.. Dan silap silap berbulan baru dapat balik !

Aku baru je balik dari Jaya Shopping Mall.. hantar Sony Xperia X aku yang ada masalah dengan skrin. Bukan rosak tapi bahagian atas skrin tu tak leh nak disentuh.

Bawa warranty card dan segalanya selesai ! Dan staffnya ok jer.. Takda la nak muka masam atau tak nak jawab pertanyaan kita bila kita tanya macam macam ..

image

image

InshaAllah.. dalam 3 hari dapat balik. Katanya masalah software. Skrin ok jer.. Apa apa pon tunggu diorang call. Harap tak lama la..

Kat mana ni ?

IXSUN SDN BHD – PETALING JAYA BRANCH
Lot L4-01 & 02, 4th Floor
Jaya Shopping Centre, Jalan Semangat

 

Biar mahal skit , dari rugi banyak !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI