Jumaat, 26 Ogos 2016

Tak pedas langsung pun mee Ramen Korea tu !

 

Akhirnya aku tergoda juga untuk membeli mee Ramen ni. Dan teringat yang aku pernah makan juga mee Ramen ni hasil dari pujukan si BeautifulNara ketika ke Korea bersama sama dibawah tajaan Samsung, tahun lepas . Abg Nara tu , duduk bertahun lamanya kat Korea. Maka dia tau mana tempat halal di makan.

Dan mee Ramen ketika aku makan tu , giler punya pedas ! Kali pertama aku tak berjaya abiskan mee sesedap gituuu !

image

Apakah mee Ramen ni sepedas macam kat tempat asalnya ? Tu yang aku nak tau tuuu.. Aku beli dan… hehehehe..  Wife geleng kepala jer ! Maklumlah , dah berpuluh kali gi AEON Alamanda , ni kali aku membelinya ! Selalu tengok jer.. Aku memang dah tak beli mee segera berbulan lamanya.. uuhuh.. Nak kurus katanya..

Ok… Malam ni , makan malam aku ialah mee Ramen ni. Aku masak sendiri. Rakan rakan suruh buat live masa makan tapi aku tak nak.. Mana bolehhh !  Kot kot pedas sungguh kee .. haaa… berciciran air hidung keluar tanpa henti ! Mana sempat nak stop ! Haa.. Viral nanti.. Baru ada akal aku ! Hahahaha..

Aku buat kasi basah skit..  Kering , tak syiok aar ! Dan dua bungkus sekali gus ! Dia punya bauuuu. Fuh ! Terus wife yang sedang tidur , bangun dan mintak tinggalkan skit !

Aku makan dulu.. Rasanya macam mee tom yam pon ada gak.. tapi pedasnya lebih ‘mendalam’ ! Suapan ke dua.. Ok lagi.. Masuk  4,5 kali suap… peluh mula keluar ! Setitik demi setitiik ! Aku nak lari cari susu yang ada dalam peti ais.. tapi aku tahan lagi.. Aku cuba makan sesuap lagi.. Tetiba rasa bibir macam Ning Baizura dah !

image

Ok… Pedas !! Aku cari susu untuk melegakan kepedasan di bibir aku tu ! Dan berjaya ! Fuhhh..

image

Baiklah.. aku mengaku ! Mee Ramen memang pedas sangat ! Kalau 20 tahun dulu , mungkin aku leh tahan la.. mungkin bibir aku dah season kot ? Hahahaha ..

image

Ok.. korang memang patut cuba ! Buat mereka yang kaki pedas.. patut cubaa !

Kelainan juadah sarapan dan makan tengahari di Restoran Anjung Selera , Seremban 2.

 

Lama dah aku nak cari makanan selera melayu yang menepati tekak aku ni ! Kalau jumpa pon mesti ada yang sedikit ‘kekurangannya’. Dan baru-baru ni , kak D’Laila ada ajak aku makan tengahari di sebuah restoran yang pernah dia menimba ilmu dalam dunia masakan ni.. Katanya restoran ni memang ok sangat la kalau mereka yang teringin nak makan masakan kampung.

Restoran Anjung Selera di Seremban 2… dekat dengan Colombia Asia Hospital atau lebih tepat lagi di Oakland Business Center.

image

image 

Dari luar , restoran ni nampak biasa jer.. Tetapi bila aku hampiri jer pintu masuk.. aku tersenyum ! Banyaknya pilihan lauk pauknya ! Semuanya  kelihatan menyelerakan sungguh !

Sampai aku tak tau nak amik lauk mana dulu.. Sedap sedap belaka ! Dan akhirnya aku tau camana nak buat.. Aku kena test bihun goreng dia dulu.. Kalau bihun goreng dia sedap , maka yang lain InshaAllah sedap !

Aku amik bihun… dan ! Huhuhhu.. Bihun basah gitu. Aku suka sungguh la bihun basah gini.. Tak suka kering !

image

image

Selepas selesaikan bihun , baru aku pusing tengok lauk pauk untuk makan tengahari.. Masa ni baru jam 10 lebih.. Mengikut Puan Faridah , pemilik Anjung Selera ni.. lauk makan tengahari akan siap dalam jam 11 pagi dan ketika tu ramai dah datang dan bungkus. Jam 1 tengahari , ramai dah datang dan banyak lauk sedap sedap akan selesai sudah ! Huhuhuh..

Apa saja masakan ikan keli , adalah feveret aku. Kalau sedap ikan keli ni , makaaaa… restoran ini akan aku singgah selalu.. InshaAllah.. Huhuh..

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Banyak lagi makanan. Tak sampai hati lak nak letak banyak banyak gambar makanan.. Sian kat geng luar negara yang baca entri ni.. Hehehe.. Rindu nanti kat tanah air.. kan kan ?

Ok.. Bagi mereka yang nak gi ke Restoran Anjung Selera ni , mereka bukak setiap hari di awal pagi hingga petang. Malam tak bukak.  Jika nak tau lebih lanjut atau nak tanya apa apa.. sila LIKE page Restoran Anjung Selera, Seremban 2. dan beralamat di No. 597, Jalan Haruan 4/8 Oakland Commercial Center, 70300, Seremban 2.

Dibuka juga untuk tempahan catering…

Anak sulung mudah lupa adik-beradik ?

 

Muhammad Qhaliff Iman.. berusia 4 tahun dan bakal bersekolah buat pertama kalinya , tahun depan ! Tak tau mana nak ‘sekolahkan’ dia lagi ! Terlalu banyak pilihan.. Hurmm..

Apa yang merisaukan aku ialah.. Zahra yang akan merindui dia ! Qhaliff Iman , kalau ada kawan.. Zahra memang dia tak endah dah tetapi.. dalam tak endah tu , dia tetap pantau adik dia ! Harapnya sampai ke besar la gitu yer..

Mengikut pengalaman aku yang dah cecah 40 tahun ni , kebanyakkan si along ni bila berkawan , memang boleh lupa dunia ! Bila takda kawan , ngan adik beradik la kawan dia.. Tapi bila ada kawan.. hurmmm… adik beradik ‘terlupa’ kejap dia..

Yeke ???

image

Kat taman perumahan aku ni, ramai rakan sebaya dengan dia.. Tapi dia masih ‘ dara ‘ lagi ! Belum bermain di luar.. Masih bermain di dalam rumah. Dan kalau dia ternampak geng , dia seronok !

Aku tak risau pasal bagaimana dia nak mulakan berkawan sebab dia pandai nak ‘serap’ keadaan sekeliling tapi kalau dia tak ‘dilayan’ dia akan buat hal sendiri.. Dan ketika ni , aku sayu tengok dia.. Huhuh..

Aku harap… tanggapan aku ni salah sama sekali ! Abang long walaupun sibuk bermain, adik beradik tetap keutamaannya.. kan ?

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI