Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 29 Ogos 2016

Tempah suit di Sarto Di Moda !

 

Mudah ! Aku ingat payah ! Hahaha.. Aku memang teringin nak pakai suit lama dah. Maklumlah , selalu gi  majlis rasmi tapi pakaian agak kurang sesuai. Maka teringinlah nak ada satu pasang yang moden dan menarik.. Heheheheee..

Peluang tu tiba-tiba menjelma bila tukang jahit terkenal di Bangkok, Thailand singgah ke Kuala Lumpur dan membuka tempahan buat mereka yang berminat !

Beberapa orang blogger dibawa jumpa Mr.Vik , pemilik Sarto di Moda dan seterusnya membuat ukuran untuk tempahan suit pilihan masing masing.

image

image

image

Ukuran dicatit oleh Mr.Vik sendiri. Sangat teliti orangnya.

image

Selesai mengukur.. masa untuk pilih kain lak ! Mr.Vik akan syorkan pada kita fabrik mengikut bajet serta kesesuaian kita. Dan fabriknya memang berkualiti dan selesa untuk dipakai.

Ada banyak sangat pilihan.. Nasib baik Mr.Vik banyak membantu aku dalam memilih fabrik yang sesuai dengan aku..

image

image

Pemilihan material dan fabrik dah selesai. Tiba masa untuk design suit yang aku inginkan. Nak yang terkini atau aku ada rekaan tersendiri ? Hahaha.. pastinya aku amik yang terkini la.. Kang aku kasi rekaan tersendiri , mau gak nampak pelik.. Hahahaa.. Dan menariknya , dia mampu meniru mana mana rekaan suit yang terkenal di dunia ! Tunjukkan je design padanya.

Dan sekali lagi Mr. Vik menolong aku dengan memberi contoh design yang sesuai dengan aku. Sangat berpuashati aku dibuatnnya. Selesa dengan caranya.

Siap ! Baju kemeja dan suit akan siap dalam tempoh yang dijanjikan.. Tak sabar nak tengok hasilnya.

Selepas sebulan lebih , suit aku siap ! Dia pos terus ke blogger blogger yang terlibat. Tak sabar nak try.. Huhuhuh.. Masa aku amik tu pun dan macam tak percaya jer.. Fabriknya memang sedap dan selesa !

Amacam ? Sesuai tak dengan aku ? Haaa.. Menarik kan ? Aku kata dahh..  Memang terbaik Mr.Vik ni.. Patutlah dia antara tukang jahit yang terkenal di Bangkok malah dia sering ke luar negara untuk mengambil tempaha?

image

image

Haa.. jom tengok jahitan dan fabrik yang digunakan.. Amacam ?

image

image

image 

image

image

image

Berapa harga ? Suit ( Coat dan seluar ) bermula dari RM750. Jika nak kemeja lengan panjang yang ditempah , harga bermula dari RM120. Jika nak tempah kedua duanya sekali , harga promosi dalam RM850.

Nak tempah gak ??? Ok.. Kalau korang nak , korang boleh dapat diskaun hanya dengan menggunakan nama aku jer ! Huhuh.. Camana ? 

Hantar pesanan di Facebook Mr.Vik iaitu di Sartimoda , dan mention nama BEN ASHAARI dan korang akan dapat diskaun 5% !! Haa.. banyak gak tuuu wooo…  Boleh email ke info@sartomoda.com atau ke www.sartodimoda.com/malaysia.

Dan untuk pengetahuan korang , jika benar benar berminat nak buat suit dengan Mr.Vik ni , dia akan kembali ke Malaysia pada bulam March 2017 nanti. Jangan lupa buat temujanji dengannya terlebih dahulu. Sila email Mr.Vik yer..

Hehehe.. tak sangka.. ada dah satu suit yang cukup sesuai dengan aku ! Korang bila lagi nak ada ? Kalau dah ada.. buat la lagi satu.. hehehe…

Tergugatkah si angah dengan si sulung dan adiknya nanti ?

 

Setiap malam , Zahra akan turun tidur dengan aku di tilam bawah. Qhaliff dan ibunya , tidur di atas katil utama. Aku ‘terpaksa’ tidur bawah sebab tak muat nak tidur 4 orang sekali gus ! Hahahaha.. Tak lama lagi , tambah lagi sorang..

Zahra , bakal bergelar kak ngah. Garang sungguh dia tapi aku dapati kegarangannya adalah bersebab. Jika aku cakap dengan baik dan lemah lembuh , dia akan mengalah tapi bukan masa tu gak ! Beri masa sedikit pada dia.. dia sendiri akan datang ‘menyerah kalah’ .

image

Anak no 2 memang ego tinggi eh ? Aku anak no 2 dan aku rasa memang Zahra ni seolah olah cermin diri aku. Dia punya keras kepala , sama cam aku tapi dalam masa sama sebenarnya , seorang yang lembut hati.. hehehehe.. kan kan ?

Dan yang pasti , Zahra memang cukup melekat dengan aku. Kalau dia bangun tidur , dia akan cari aku.  Kalau nampak aku , terus suruh dukung. Hurm.. Qhaliff takkan dapat peluang bermanja dengan aku. Huuhu..

Aku risau gak nanti. Bila ada adiknya nanti.. camana lak dia ? Tapi dia beruntung.. sebab adiknya nanti ialah lelaki. Maka dia tak tergugat sebab dia satu satunya anak perempuan ! huhuhh..

Anak no 2 kata orang punya keras hati , pendendam tapi seorang yang pemaaf.  Yeke ?

image

Jangan cepat kecam orang !

 

Bila aku ternampak berita atlit paralimpik viral , aku kagum dan bangga tapi kemudian aku tertanya.. Kenapa di Doha tapi bukan Rio ?? Bukan ke Olimpik baru-baru ni , di Rio ? Hurmm.. Aku biarkan jer la.. Malas amik tau… Kenapa ? Sebab aku bukak berita online seperti Sinar Harian , Harian Metro , takde cerita diorang ni..

image

Dan malam tadi , aku ternampak kawan aku update status di Facebooknya dan ianya melibatkan  ‘KJ ’ .  Apa isu lak kali ni ?? Macam menarik jer ni..

Aku pon search di Facebook.. Kemudian ternampak ‘KJ’ update status di Facebooknya.. Aku tersenyum. Kali ni , aku menyokong dia.. Hehehehe.. 

Aku baca ‘mereka’ yang menghentam beliau ‘kaw-kaw’ tanpa usul periksa ! Huhuhuh.. Apadaaaa ! Kan dah malu ! Lain kali , jangan cepat melenting dan cari salah orang. Periksa terlebih dahulu woooo !

Menurut Khairy Jamaluddin , video Ridzuan Puzi yang telah menang pingat emas dalam acara 100m T36 adalah  daripada Kejohanan Dunia Olahraga Para 2015 dan bukannya di Paralimpik 2016 dan  Paralimpik 2016 yang dianjurkan di Rio belum bermula lagi.

Sekarang , sapa yang malu ? Kan dah tak pasal pasal viral hentaman tuan tuan tu ! Huhuhuh..  Nak baca lebih lanjut , sila ke FB Khairy Jamaluddin sendiri.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI