Selasa, 30 Ogos 2016

#Merdeka59 | Mendekati Nilai Nilai Positif

 

Esok , negara kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 59. Ramai masih dok menyatakan dan mempersoalkan apakah kita benar benar merdeka ? Hurm… Apakah kita benar benar merdeka ??? Hanya korang jer boleh menjawabnya.. dengan positif !

Yer.. positif ! Amatlah penting kita mendekati hati yang positif ! Bagaimana kita nak positif ? Mudah saja. Kita berkawanlah dengan mereka yang positif minda dan perilakunya ! Secara tidak langsung , kita akan turut menerima impaknya.. kita akan turut positif , sedikit demi sedikit..

Mana lagi payah ? Nak positif atau nak negatif ? Minda yang negatif akan menghasilkan tubuh badan yang tidak sihat ! Asyik punya pemikiran yang keterlaluan dan adakalanya hingga nak bawa ke dalam mimpi ! Teruk sungguh !

Alhamdulillah… Allah telah menemukan aku dengan insan insan yang positif kebelakangan ini. Secara tidak langsung , aku juga turut berubah cara pemikirannya..

Kalau tak percaya.. cubalah buat.. Hati akan lebih tenang jika kita positif.. Kita jangan saja berfikiran positif tetapi perilaku kita juga mestilah positif ! Haa.. Jangan pandai cakap tapi tak reti nak buat ! Tak guna gak tuuu.. kan ?

Apa apa pun , jutaan terima kasih pada wakil blogger #KBBA9 yang sudi melawat ayah aku. Yer , aku tau.. dan aku positif ! Hehehehe..

image image

Puan Shiqeen Sattar dan Puan Nooraini Ali , blogger KBBA9 dan juga pegawai polis di Bukit Aman.. Semoga kehadiran mereka dalam komuniti blogger yang aku tubuhkan ini memberi impak positif dan lebih maju ke hadapan !

Positif Ben.. Positif ! Bukan semua leh positif.. kan ? Hahahaha…

Lelaki dirasuk hantu ‘ Pokemon’ !

 

Hahahaha.. Aku ternampak posting ni di Facebook seorang rakan. Secara jujurnya , aku memang malas nak amik tau tapi tertarik pulak nak tonton kali ini..

Hanya sebab ada POKEMON , aku cepat cepat klik !

image

Apakah sebab POKEMON  , dia jadi gini ??

“ Rakaman menunjukkan seorang lelaki dirasuk ketika bermain Pokemon Go sambil meronta-ronta di lantai di Brazil. Lelaki itu menjerit 'Pokemon, Pokemon !'  sambil mengeluarkan suara watak-watak dalan animasi tersebut. “ - KINITV

Tapi yang pasti , memang ramai yang ‘dirasuk’ POKEMON sejak ianya ‘tiba’ di Malaysia. Hahahaha.. Pandai pandai la yer. Nak main tu , main la.. jangan sampai ‘lupa dunia’ dah.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI