Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 5 September 2016

Siap sudah bilik berpantang !

 

Alhamdulillah.. sedikit demi sedikit dan akhirnya , siap ! Hanya menunggu masa saja. Huhuh.. part aku yang aku agak ngeri sikit nanti ialah nak basuh dan tanam uri ! Leh pengsan aku part ni.. Hahahaha… Kena upah otai jer la jawabnya..

image

Ramai tanya mana nak beli troli ni. Wife aku kirim kat adik perempuan aku. Katanya kat Ikea Cheras ada jual . Ada banyak stok lagi haaa.. Sila cepat dapatkan.

Dan dalam troli tu ada macam macam seperti diapers pakai buang.. minyak urut , losyen.. dan banyak lagi la..

image

image

image

image

image

Info lebih lanjut mengenai produk produk yang aku bakal gunakan untuk si kecik tu nanti , boleh baca kat Persediaan menyambut bayi.. dan ada kawan mintak aku sediakan senarai khas untuk mereka yang bakal menyambut bayi..

Tadaaa…

image

Moga bermanfaat !

UPSR oh UPSR !

 

Minggu penting buat mereka yang bakal menduduki UPSR dan juga buat ibu bapa murid terlibat. Aku rasa , parents si pelajar lebih gemuruh berbanding pelajar itu sendiri… kan ? Huhuh.. Aku tak nak kata lebih sebab anak aku baru nak masuk taska tahun depan ! Hahahaha..

image

Teringat aku ketika usia 12 tahun dulu. Aku adalah batch pertama yang amik ujian UPSR bagi mengantikan Ujian Penilaian Darjah 5. Ketika diumumkan gantian peperiksaan tu , aku cukup lega ! Maklumlah , ketika tu kalau gagal Ujian Penilaian Darjah 5 , jangan mimpi nak masuk darjah 6 ! Memang kena ulang laaa kat darjah 5 tu ! Dah la tu , aku cukup lemah ngan Matematik ketika tu..

Darjah 6 , aku selamat duduki UPSR. Cemerlang ? Hurm.. Aku bukan mat buku ketika tu. Dapat A tu , dah cukup bagus dah untuk aku. Maklumlah , aku ketika tu dok giler bolasepak. Target nak masuk sekolah sukan jer. Tersalah cita cita aku rupanya.

Aku cukup respek parents zaman ni. Mereka cukup prihatin dengan pembelajaran anak anak mereka. Ingin jadi pelajar cemerlang dan terbilang.

Apakah cita cita aku pada Qhaliff dan Zahra ? Bila tengok ada kawan post video anak mereka yang sebaya dengan Qhaliff dah kenal huruf , aku pandang Qhaliff. Dia tak dihantar sekolah lagi dan tak kenal sangat huruf. Tapi aku tak kisah sangat pon. Aku sendiri kenal huruf masa darjah 1. Huhuhuh..

InshaAllah.. aku akan beri yang terbaik untuk anak anak aku. Dan berharap mereka menjadi insan yang berguna buat negara , agama dan juga masyarakat..

Semoga memperolehi kejayaan yang cemerlang yer , adik adik ! Jangan jadi cam pakcik ni.. Hehehe..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI