Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 6 September 2016

Check up terakhir..

 

Temujanji jam 2.30 petang. Sampai hospital , jam 2.20 petang. Sekadar nak check up biasa dan nak tengok bilik, kononnya.. Sekali bila masuk jer jumpa Dr. Tan A.E , terus dia kata dah ada bukaan ! 3cm !!  Dan pada masa sama, adik aku di Cheras dah pun selamat melahirkan anak perempuannya.. anak ke 3 ! 4.1kg !! Huhuhuh..

image

Doktor tanya.. nak terus masuk bilik atau nak balik rumah dulu ? Kemas pakaian ! Hahaha.. Opkos la nak balik dulu.. Seriau kot nak terus masuk… dah ngan budak budak ni ada sekali ! Diorang pulak dok buat perangai pelik ! Mana mana gi , abis huru hara tempat tu .. Macam tau tau je nak dapat adik ! Hahahah..

Bagitau doktor.. malam datang semula.. Hahaha.. Terus keluar dari sana , dan menuju ke Putrajaya. Nak jumpa Dr.Azi di Klinik Pakar Wanita Azalea.. hehehe.. Doktor peribadi tu… tanya pendapat untuk kali terakhir..

Alhamdulillah.. Dr. Azi beri pendapat yang melegakan.. Dan dia check sekali lagi.. memang ada bukaan.. 3cm ! Hahahaha.. Dia terkejut memula.. Dah tau ada bukaan , nape balik ? Hahahaha.. Dr.Tan kata esok subuh baru masuk wad..

Lepas tu terus g Teh Tarik Place kat Ayer @8 tu.. Dia teringin nak makan mee goreng sebelum berpantang ! Last call gituuu.. Hahahaa..

image

Selesai makan.. balik rumah di Sepang.. Kemas kemas.. dan gi antar anak anak ke Cheras dulu.. mintak mak tolong jagakan.. Nasib baik cuti sekolah ! Huhuhuh.. Kalau tak , aku pening wooo !

Pastu.. g semula ke Prince Court Medical Centre.. Adehhh.. Terbayang hari esok camana ! Arghhhh..  Gerun pon hado…

image

View dari bilik.. bukan bilik hotel tapi hospital !

Doakan moga segala urusan dipermudahkan oleh Allah.. Terima kasih atas doa kalian dan kesetiaan membaca blog ini. Pasni kembali cerita pasal baby lak.. huhuhu.. InshaAllah.

Fakta anak pertama.. Betul ke ?

 

Anak pertama.. Qhaliff amat berbeza sekali perangai dengan adiknya , Zahra Nur Iman. Qhaliff di usia Zahra , 2 tahun masih ketara dengan ‘kebabyan’ tetapi Zahra dah macam makcik makcik !  Anak no 2 dan perempuan memang cepat belajar eh ? Suka betul tiru cara abang dia.

image

Yang pastinya , Qhaliff sebagai abang long.. terlalu banyak beralah dengan adiknya. Secara automatik ! Ada part part dia payah nak mengalah seperti mainan.

Adiknya ? Akan beralah dengan sendirinya. Jangan dipaksa gitu. Lagi dipaksa , lagi keras dia ! Dia akan sendiri ‘menyerah kalah’ ..

image

Menarik minat aku ialah perangai Qhaliff. Aku tak tau dari mana dia belajar tetapi aku dapati dia seorang yang cukup lemah lembut. Apakah memang anak pertama seorang yang lemah lembut ? Hurmm..

Adakah kerana anak sulung ni , anak manja terutama pada ibunya ? Setahu aku , Qhaliff lebih manja dengan aku berbanding ibunya. Ibunya garang woo.. aku pun takut tengok bila dia jegilkan mata. Hahahaha..  Tapi jarang ibunya nak jegil berbanding aku yang selalu ! Hahahaha..

Ada yang kata anak sulung ni degil ! Hurmm.. Aku tak nampak lak yang Qhaliff ni degil tapi yang aku perasan dia suka ikut kepala dia. Walaupun dilarang , dia akan buat selagi mana dia rasa dia betul. Bila kita gi tegur depan depan , dia tak buat la.. Haaa.. Tak degil la kan ?

Anak pertama tak pandai memujuk ? Huhuhu.. Pandai jer terutama jika dia ada kepentingan terhadap sesuatu benda dan Zahra sering termakan pujukannya.. Hehehe..

Pemaaf dan amik berat orangnya ? Aku akui. Qhaliff mudah lupa tetapi dia ingat apa yang berlaku ! Jika aku marah dia , seharian dia akan tanya aku kenapa aku marah dia. Tapi selepas tu dia akan lupa dah ! Kalau dapat boyfriend gini.. untunglah ! Huhuhu..

Dan yang terakhir , kuat cemburu ? Hurmm.. Aku rasa anak kedua lagi kuat cemburu berbanding anak pertama ni. Anak pertama ni dah rasa macam macam.. nak cemburu tu , ada la skit tapi bila dia mintak mesti dapat punya.. Huhuh.. kan ?

Anak pertama , seorang pelindung ! Tu yang bagus mengenai anak pertama..

image

Mereka tanya , aku jawab !

Mesej yang aku terima di page aku , SANTAI BEN ASHAARI.

“ Assalamualaikum.

En.Ben..saya baru tgok en.ben kat slot Assalamualaikum td.... Saya pun bru tau tntang En.Ben.... masa yg sesuai untuk saya.... Bleh saya tahu cara nak join Kelab Blogger En Ben.... memandangkan suami saya akn berhenti kerja blan dpan...dan die perlu ade inisiatif untuk memulakan perniagaan..saya nak tahu klau2 En. Ben ade buat kursus...bleh kami join... “

Soalan pertama , cara cara nak join Kelab Blogger Ben Ashaari.. Kelab Blogger saya  ni terbuka untuk semua blogger yang aktif. Namun punya peraturan yang ketat. Tujuan kelab blogger ditubuhkan ini adalah untuk membantu serta mendidik blogger supaya menjadi blogger yang bermatlamat serta berdisiplin. Mereka yang tak mampu mencapai tahap begitu, saya akan remove keluar walaupun dia ‘ada nama’. Keutamaan saya ada teamwork ! Bukan individu. Jadi nak join , pastikan ada blog dan punya minat yang mendalam terhadap blog serta boleh bekerjasama dengan rakan rakan yang lain.

Soalan kedua.. Kursus. Inilah kelebihan kelab blogger yang saya tubuhkan. Di dalam kelab blogger ni  ada macam macam orang dan macam macam kerjaya. Aku suka amik macam macam jenis orang join kelab ni. Tujuannya , berkongsi pengalaman. Setiap pengalaman mereka adalah satu suntikan untuk aku serta rakan blogger yang lain. Perlu tahu yang setiap manusia ada ilmu tersendiri. Perkongsian ini amat berguna seta berbaloi buat aku dan mereka yang bijak menghadamnya. Jangan tengok luarannya. Sungguhpun mereka baru tapi mereka bukan baru lahir semalam..

Dan jawapannya , aku tidak menyediakan sebarang kursus. Aku beri apa yang aku tau mengenai dunia media sosial ni , percuma melalui bual santai di dalam group mahupun ketika berjumpa di mana mana event yang melibatkan group KBBA9. Jika nak hadiri kursus , rakan blogger di KBBA9 ada membuat kelas blogging. Boleh disyorkan nanti jika berminat.

Hurmm.. agak sedih aku bila membaca part suaminya akan berhenti dan akan mulakan berniaga. Jangan risau.. rezeki ada di mana mana. Perlu bekerja keras dan fokus pada apa yang ingin dicapai. Selagi hidup , selagi itu kita bergerak ke hadapan.. Jangan pandang belakang dah..

image

Semalam di ASSALAMUALAIKUM , TV ALHIJRAH.

 

Alhamdulillah. Selesai. Aku dapat undangan pon minit minit terakhir  untuk jadi tetamu jemputan. Nasib baik tajuk dia menarik minat aku dan aku terus bersetuju.

Ini bukan kali pertama aku jadi tetamu jemputan di rancangan Assalamualaikum. Rasanya ni masuk kali ke 2 atau 3. Sebelum ni topik keibubapaan. Huhuhhu…

image

Menariknya kali ni ialah aku bersama peniaga online yang semakin meningkat naik namanya dan amat dikenali di Instagram , Hanis Arif @nononess. Tudung miliiknya cukup dikenali… Ruffle !

Satu perkongsian yang menarik dan aku mendapat banyak perkongsian dan juga maklumat yang berbaloi buat aku. Dua generasi yang berbeza idea dan pandangan. Heheheh.. Nasib baik singkat masa. Aku dah mula naik syeikh bercakap yang mana pada awalnya agak malu malu gituu…  Huhuhuh..

image

Secara langsung yer.. Huhuh.. Aku suka secara langsung berbanding rakaman.. Cepat skit abisnya.. Heee..

image

Dan pengajaran yang aku dapat semalam… Mulakan berniaga dari sekarang ! Huhuhuh..

image

Terima kasih TV ALHIJRAH.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI