Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 9 September 2016

Dan episod ZAHRA bermula…

 

Zahra nak susu , bang. Dia tengok baby hisap susu , dia pon nak ! “.

Aku tergamam ! Ah, sudahhh..

Abis berguling guling dia atas lantai tadi.. teriak ! Nak susu.. “.

Dari malam tadi , dia nak susu.. Aku pulak terlupa nak bawak sekali susu tepung diorang dari rumah mak aku. Sebabnya aku plan nak balik malam tu tapi diorang tak nak.. Diorang nak tidur kat hospital ! Huhuhu..

Dan Zahra tertidur tanpa susu , malam semalam. Pagi ni , tu yang dia carik jugak ! Aku mula berpeluh.. kat ketiak ! Acaner ni ?? Huhuhuh..

Kebetulan , wife pulak sedang menyusu baby… dia nampak dan terliur ! Nak jugak…

image

image

Ok, ok.. Jom kita gi amik susu botol… “. Pujuk aku selepas dia beria meraung dalam wad tu.. Hahahaha.. Ketika ni , sedang selesaikan urusan discharge.

Aku tau camana nak pujuk dia. Bukan susah pon. Zahra ni kaki makan.. Bawak je masuk ke dalam kedai runcit kat tingkat 1 Prince Court Medical Centre ni… selesai punya !

Dan memang selesai.. Dia terlupa sehinggalah dah nak sampai umah aku di Sepang. Nasib aku singgah rumah mak aku dan amik semua barang barang keperluan yang aku tingalkan di sana tempoh hari.. Hehehe.. Adik ipar aku yang berada dalam kereta , uruskan susu botol dia. Terus senyap dan .. tertidur ! Heeee…

Nasib baik mudah nak putus susu ngan Zahra ni. Dulu ngan Qhaliff , adehh.. Nak masuk 4 tahun baru dapat putus susu..

Cadangkan satu nama untuk adik Zahra ni..

 

Buntu gak bila wife ‘reject’ nama yang aku cadangkan.. Arghhh.. Nak letak nama apa eh ? Nama bermula dari MUHAMMAD …. IMAN ! Ada satu nama dah dalam kepala aku tapi kot kot la korang leh bagi nama yang lebih cantik , menarik dan lebih bermakna. Maklumlah , nama tu panggilan dan juga doa buat si kecil..

image

Ada yang kata kenapa letak nama panjang panjang.. nanti panggil pendek gak ! Maaf.. Qhaliff dan Zahra , kami panggil penuh. Tak dipanggil Qhaf ke.. Ara ke.. Zah ke.. tak tak.. InshaAllah !

Hurmm.. cadangan pls ! Hehehehe..

Malam terakhir di Prince Court Medical Centre, Ampang.

 

Esok dah boleh discharge. Baby dan ibunya , sihat sejahtera walaupun pada awalnya , wife ada masalah tetapi doktor telah mengesahkan segalanya ok , petang tadi. Baby pon takda kuning. Alhamdulillah.. Qhaliff dan Zahra dulu ada kuning. Memang teruk gak la ulang alik ke hospital Putrajaya dan klinik kerajaan untuk pemeriksaan harian.  Terpikir gak aku.. sebab chia seed ke atau saffron ???  Apa pun , tengok dalam minggu ni.. Kalau takda , Alhamdulillah.. lega sangat sangat aku..

Tapi disebabkan esok ada hearing test atau ujian pendengaran baby , maka tangguh je keluar malam ni. Esok je la keluar.. Malas aku nak ulang alik dari Sepang. Bukan dekat kot. Nak usung baby , mesti ngan mak dia sekali.. kan ? Haaa..

Maka , malam ni.. aku bawak abang dan kakaknya datang ke hospital dan bermalam di sini. Seronok laaaa Qhaliff. Tak kasi sapa sapa amik adik bongsu dia.. Zahra pon dia tak kasi amik ! Hahaha.. Sayang tul ngan adik adik dia..

Dan malam terakhir ni , Qhaliff tidur ngan ibunya diatas katil.. dan Zahra bersama aku , di bawah jer.. Guna tilam sedia ada.. Huhuhu..

image

image

Mak mertua pon dah datang.. lega skit aku. Boleh la dia tolong skit skit urus baby boy ni.. Huhuh.. Aku leh jaga budak budak ni sementara aku nak biasakan diri..

Pasni , nak kena pikir nama dan juga cukur rambut dia.. Hurm.. Part cukur ni lemah skit. Aku bukan pakar nak cukur.. Risau je nanti aku.. Hurmm..

Terima kasih pada pihak yang sudi taja kami di sini. Semoga Allah murahkan rezeki anda sekeluarga dan juga maju dalam perniagaan yang diceburi..

Nak harap duit sendiri.. memang tak mampu ler ! Huhuhuh… Esok baru tau berapa kena bayar keseluruhan.. Heee..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI