Sabtu, 10 September 2016

Confirm , anak kedua kuat cemburu !

 

Yes ! Tidak lagi dapat dinafikan.. Anak kedua memang kuat cemburu ! Aku anak kedua , dan kuat cemburu. Zahra , anak kedua .. pon kuat cemburu.

Bila aku dukung adik dia , dia punya jelingan maut dilemparkan pada aku ! Fuhhh.. Kalau buat tak tau jer , dia akan masuk bilik dan baring atas lantai. Tunggu aku masuk pujuk dia. Tak makan untuk 10 minit pertama. Apa saja yang ada berhampiran , dia amik dan baling kat aku ! Termasuk Iphone mak diaaaa ! Nasib baik dia acah acah baling. Pandai pulak dia takut ! Er , dia pernah baling gak handphone tapi dia slowkan balingan tu ! Hahahaha..

image

Apahal anak kedua kuat cemburu ? Ok.. ini yang aku tau laaa.. Bila berlaku apa apa isu , anak kedua akan kena mengalah ! Kalau part mainan , dia akan diberi anak pertama punya ! Kira dapat second hand je la.. kan.. Huhuh.. Sapa tak sentap kan ? Hingga ke besar la gituuuu.. kan kan ? Maka perasaan cemburu tu timbul dan menebal secara tak disedari…

Tapi dalam cemburu cemburu dia , anak kedua ni cepat memaafkan tapi tak mudah melupakan ! Haaa… Dia boleh dikatakan jenis ‘pendendam’ jugak wooo.. Cam aku laa..

Aku test mintak makanan kat Zahra. Dia memang pantas jawab..

“ Tak boleh.. Ara punyaaa.. “.

Tapi 10 saat kemudian , dia bagi ! Haaaa.. Dia akan bagi atas kerelaan dia dan seterusnya , dia akan beri tanpa dipinta. Namun jangan bikin taik sama dia ! Terus dia banned kita sampai abis makanan tu ! Buat taik tu maksud aku.. gi amik makanan tanpa pengetahuan dia laa.. Heheheh..

Dalam bab percintaan.. anak kedua ni , bila dah cemburu.. Hurmmm… Sendiri mau ingat laaa !

Dan anak kedua panas baran ? API sifatnya ? Hurmm.. Moga Zahra tak panas baran..

Episod kedua ZAHRA bersambung..

 

Episod pertama  selepas kehadiran adiknya , baca dah ? Kalau belum , gi la baca.. Hehehe.. Malas la tu nak cari.. Meh aku kasi link. Korang cuma perlu klik dan baca. Kalau rajin komen. Share ? Tak yah la.. bukan ada info menarik. Sekadar entri santai anak beranak jer.. kan kan ? Baca Dan episod ZAHRA bermula

Kali ni apa lak masalah Zahra ? Hurmm.. Takda masalah. Dia budak baik. Cuma dia kena macam abang dia ari tu ! Geli gata ? Tapi aku rasa macam bukan..  Aku syak cadar ! Berhari tak balik rumah.. pastu terlupa tukar cadar. Gatal laa ! Biasanya wife yang tukar.. huhuh.. ni dia tidur kat bilik bawah. Aku ngan budak budak je tidur kat bilik atas ..

image

Hurmm.. Terkejut aku masa bangun tidur tu tapi nasib baik la ubat Qhaliff ari tu , masih ada.. Boleh la guna pada Zahra.. Dan nampak surut sikit merah dia ..

image

image

image

Hurmm.. pasni kena tukar terus cadar ! Pastu basuh.. dan bermula episod suri rumah part 3.. Huhuhuh…

Dan nama adik Zahra..

 

image

Muka lembut. Cam abang dia. Tak leh letak nama keras. Risau ‘berat’ untuk dia nanti. Ada beberapa nama yang aku nak sebenarnya.. seperti Muhammad Hafeez Iman , Muhammad Danial Iman , Muhammad Qhalish Iman , Muhammad Izz Iman dan beberapa lagi tetapi wife tak beberapa berkenan.

Ada satu nama yang aku pernah sebut kat dia tapi aku terlupa dah nama tu. Dan tadi dia ingatkan aku akan nama tu. Hehehehe.. Yes ! Memang nampak sesuai dengan diaa.. Muka lembut tapi semangat kuat ! Yesss ! Khamis depan aku gi daftar nama dia kat JPN Putrajaya.

Hurmm… Cakap pasal nama , teringat kes Qhaliff dulu. Waktu tu aku nak letak nama dia , BEN QHALIFF IMAN. Tapi ketika aku nak gi daftar nama dia , beberapa peristiwa berlaku dan menyebabkan aku terfikir kembali ! Bayangkan hanya untuk gi daftar nama dia , aku amik masa 3 hari ! Memang macam tak kasi je guna nama tu ! Huhuhu.. Bila aku nak daftar dengan nama Muhammad Qhaliff Iman , segalanya jadi mudah sangat dan selesai dalam masa sehari jer ! Zahra Nur Iman , takda masalah. Cepat selesai.

Dan adik diorang ni.. apakah dipermudahkan juga? Moga segalanya mendapat keredhaan dari Allah.

Oh.. nama dia ? Muhammad A….. Iman ! Hehehehe.. InshaAllah…

Sony Xperia XZ atau Iphone7 ?

 

Ah, sudahhhh ! Ari tu , aku dah teringin nakkan Samsung Galaxy Note 7 tapi terpaksa batalkan niat sebab dah ditarik semula dari pasaran gara gara kes bateri meletup dan beberapa isu lain yang mendapat kritikan hebat dari peminat peminat setia Samsung. Baca entri Galaxy Note 7 jatuhkan ‘maruah’ SAMSUNG !.

Dan kelmarin , APPLE melancarkan produk terbaru mereka , Iphone 7 yang turut membuka pre order bagi mereka yang dah lama ternantikan sesuatu yang lebih baik daripada sebelum ni..

Secara jujurnya , aku terpikat dengan Iphone 7 ! Bukan sebab jenama tetapi spesifikasinya yang cukup menawan jiwa.. Huhuhuh.. Rekabentuk serta warnanya memang mampu membuatkan mana mana insan yang tengah banyak duit atau yang tengah kumpul duit untuk kawin , kembali berfikir.. nak kawin atau beli Iphone 7 ! Hahahah.. kalau betul ada, memang patut ditinggalkan je orang gini ! Hahahaha..

image

Cantik ? Leh google spesifikasinya yer.. Aku google gak.. Ramai bagi komen yang baik… er , seperti Note 7 ! Hahaha.. Bila dah keluar , baru nampak ‘masalahnya’.  Dengar kata harga RM3K+ gak , kan  Huhuhuh..

Ok.. Dan semalam , SONY telah melancarkan produk terbarunya ! Huhuhuh.. SONY XPERIA XZ yang dikatakan lebih kepada SONY XPERIA Z6 ! Huhuhuh.. ‘Mereka’ masih nakkan  Z series rupanya..

Aku guna SONY XPERIA Z. Banyak perbezaan dengan SONY XPERIA Z series yang aku guna sebelum ni. Namun SONY XPERIA XZ ni punya spec yang buatkan aku rasa cam nak je tukar ke XZ !

image

Harga , dengar cerita pon lebih kurang cam Iphone 7. Yeker ? Kena tunggu masuk Malaysia dulu la jawabnya..

Mana satu akan jadi pilihan aku ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI