Selasa, 13 September 2016

Baby ada kuning / Jaundice . Apa kena buat ?

 

Awal pagi , aku ke Klinik Kesihatan di Salak Lama untuk buat report… heee.. kasi tau yang wife dah bersalin dan mereka akan hantar nurse ke rumah untuk buat pemeriksaan pada ibu dan juga anaknya.

image

Jam 11 pagi , nurse sampai. Pemeriksaan dilakukan dan wife diminta banyakkan berehat ! Hurmm.. Dan baby ada sedikit kuning dan kena gi klinik untuk amik darah.. Nak tau berapa bacaan .. serius atau tidak !

Teringat Qhaliff dah Zahra satu tika dulu.. Berulang alik aku ke klinik dan hospital.. Lama la jugak.. Baby ni nasib baik dah 7 hari dan baru nampak.. tu pon tak tinggi berbanding Qhaliff dulu siap kena tahan wad , di awal awal kelahiran.

Kalau tinggi ,terfikir gak camana nak buat.. Kalau dulu , ayah aku ada buatkan tempat ‘jemuran lampu biru ‘.. Huhuh… Tapi ayah aku dah tak sihat.. Hurmm..  Dan ada jugak pelbagai tips atau petua untuk baby..

Entah camana , aku ternampak satu iklan di satu page yang biasa aku singgah baca.. Terus aku contact person incharge.. Dan tanya macam macam laa.. Kemudian , aku diminta tunggu sehingga dapat result…

image

Terapibiru - Home Phototherapy

Selepas Zohor , aku bawak wife dan baby ke klinik. Tak jauh pun dari rumah. Dalam 10 minit jer perjalanan. Dan menanti… debaran ! Huhuhu..

Tak lama kemudian , wife keluar..

“ Berapa ? “

“ 197 . Kata doktor tak tinggi tapi kena kerap bagi susu ibu. “. Jawab wife.

image

Memang wife kerap kasi susu ibu pon. Terasa lega sedikit.. Namun kena standby gak pasni.. kot kot tinggi. Khamis ni , gi check semula.. Kalau tinggi , Terapibiru - Home Phototherapy pilihan aku !

My Story Cafe–ShellOut Citarasa Tempatan..

 

Dua kali dah aku layan shell out. Dua dua menarik ! Punya rasa yang berlainan dan resepi tersendiri.. Dan baru baru ni , aku ada ke MY STORY CAFE di Kota Kemuning , Shah Alam. Nak cuba shell out di sana yang viral di Facebook ,baru baru ni..

image

Dari luar , konsep cafe ni agak unik. Nampak santai dan cukup tenang. Memang leh rileks sambil layan shellout macam ni ! Hahahah.. Tau tau , abis dah  segala udang ketam !

image

Nasi Lemak RM1 jer???  Fuh.. mana nak dapat harga gini terutama di bandar besar..

Ruangan dalam..

image

image

image

image

image

Kelihatan santai dan takda sapa nak sibuk hal kita kalau makan shellout dengan banyaknya ! Hahahaha…

Dan makanan dah siap dihidangkan..

image

image

Ada nasi sekali. Maka , memang akan keluar dari cafe ni.. kekenyangan sangat ! Hehehe.. Tapi memang berbaloi laa sangat ! Aku sendiri sampai malam tak nak makan dah ! Yang penting , kita makan berjemaah dan happy !

Kalau ada geng kita tak nak makan shellout , ada je makanan lain.. Banyak pilihan kat sini.. Makan dan bayar jer ! Heeehe… dan datang lagi..

Harga? Camana nak order ? Baca kat bawah ni..

image

image

image

image

Alamat : My Story Cafe ( waze jer , confirm dapat ! ) , No 8 , Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y , Kota Kemuning , 40460 , Shah Alam , Selangor Darul Ehsan.

Masa Operasi : Isnin – Ahad ( 5pm – 5am )

Facebook : My Story Cafe Shah Alam

No Tel : 603 5151 0452 / 018 777 1468  /  018 779 1468

Jangan tengok jer.. Gi try ! Dan nasihat aku , tanya diorang apa yang menjadi pilihan di sana sebabnya.. semua sedap !!

Hari ke Tujuh kelahiran si kecil..

 

Nama dah ada.. Tunggu hari Khamis nak gi daftar jer. Esok nak kena gi klinik kerajaan.. nak check up.. Pastu esok pon nak mula mengurut wife.

Cukur rambut.. Hurm.. part ni aku lemah skit. Kena cari yang tangan tak gementar. Aku cukur jambang pon leh luka.. huhuhu.. Sian lak nanti terluka kepala si kecik ni..

image

Aqiqah.. Tunggu berkemampuan. Buat sekali ngan kakak dia. Duit banyak nak guna pasni. Qhaliff nak sekolah lagi. Daftar je dah 4 angka. Serupa nak masuk ipt lak gamaknya ! Huhhhh..

Dan belanja nak urut wife serta berpantang dia pon makan banyak duit. Nak berjimat sedikit menjelang tahun 2017. Pening gak nanti ni.. Kalau ada job , mana nak letak budak budak ni ! Hurmmm…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI