Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 14 September 2016

Qhaliff dan adik-adiknya ?

 

Terkejut jap aku tengok gambar ni.. terus teringat gambar Qhaliff ketika usia 1 hari , 4 tahun lepas ! Terus aku cari.. dan jumpa ! Huhuh.. Sama cuma kat hidung je lain skit..

Apakah perangai mereka sama gak ??? Maksud aku , cool ! Berbanding kak ngah , Zahra… fuhhh… cepat panas tapi cepat jugak sejuk.. kena pujuk baik baikk..angkat , dukung.. tapi tunggu jap , sebab dia akan cubit pastu.. Hahahah..

image

Qhaliff dan Zahra , ada persamaan tak ?

image

Bibirnya ! Mereka bertiga, sama je bibir.. Ikut sama ? Tentulah bapaknya.. Bapak dia , bibir seksi woo ! Teringat kata seorang kenalan.. awek cun laa.. dia kata bibir ben seksi ! Ayat selanjutnya , biarlah rahsia peribadi.. Hahahahha..  Tu zaman bujang laaa ! Nasib baik zaman tu takda blog lagi.. Kalau ada… fuhhh ! Romeo Must Die aku ni nanti.. Alhamdulillah.. segala perancangan Allah , cantik dah ! DIA tau kelemahan serta kekurangan hamba hambanya.. kan kan ?

Terlari tajuk lak.. Ok ok.. Esok gi daftar nama baby kecik.. Nak tau ke nama dia ? Cer la tekaaa.. Muhaamad ……Z Iman ..

Muka berjerawat ? Berparut ? Jangan risau !

 

Satu ketika dulu , jerawat kalau tak singgah muka aku.. tak sah ! Sehinggalah aku ‘berkenalan’ dengan Cosmoderm ! Produk Cosmoderm memang berkesan sangat dengan kulit muka aku yang berminyak ni..

Yelah , kita teringin nak kulit cam baby kan.. Bersih , lembut.. kita pegang sendiri pon terasa geram nak cubit , muka kita sendiri ! Kan kan ? Heeee.. Apatah lagi bila nak berdepan dengan orang ramai.. Terasa lebih berkeyakinan gituuu..

image

Baru-baru ni , ada seorang rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari.. aku bagi dia tips untuk hilangkan jerawat dan juga parut jerawat ! Mukanya makin berjerawat setelah guna beberapa jenis produk lain yang ternyata tak sesuai dengan kulit mukanya ditambah lagi dia seorang yang lasak dan sering berada di luar pejabat.. Maka penjagaan kulit muka semestinya perlu lebih terperinci.

Dan kawan tu pun gi dapatkan khidmat nasihat di farmasi berdekatan dan membeli beberapa produk yang diperlukannya.. Maka hasilnya..

image

Dalam entrinya yang bertajuk Jerawat Tak Berani Muncul Dah… Padan Muka! ada menceritakan bagaimana punca jerawat ‘naik dengan penuh kemeriah’ di wajah ayunya.. Hehehe..

image

Dan berjaya dibasmikan dengan mengunakan produk dari Cosmoderm! Haaa.. nasihat aku membuahkan hasil.. kan ? Hehehehe.. Aku tau dah.. memang Cosmoderm hebat ! Ditambah dengan kerajinan sendiri membersihkan muka serta jaga pemakanan.. inshaAllah.. kulit muka akan lebih sihat dan bersinar gituuuu !

Aku.. setia dengan Cosmoderm. Tak berani nak cuba produk lain. Walaupun ada yang berminat nak mintak aku review , aku tak berani gadaikan kulit muka aku.. Dah serasi gituuu ! Hahahaha.. Kalau aku tau sebagus gini , masa zaman sekolah lagi aku patut pakai ! Takda la segan ngan awek awek sekolah sebelah.. Huhuhuh..

image

Produk Cosmoderm ni dah 15 tahun di pasaran dan lebih 1,500 farmasi di seluruh Malaysia menjual produk ni ! Bukan produk semalam baru siap yer ! Yang penting , bahan yang digunakan tuuu.. Haa ! Tiada barang terlarang ! Ada sijil HALAL serta KKM gituu..

image

FACEBOOK : COSMODERM

Bagi mereka yang berada di Kuching , 16 Sept hingga 18 Sept 2016 , Cosmoderm akan berada di The Spring Shopping Mall. Sila ke sana untuk mendapatkan khidmat nasihat serta produk dengan harga diskaun gituuu ..

Cepat simpan date ni !

image

Cosmoderm selalu buat jualan murah. Rajin rajin singgah Facebook COSMODERM , Twitter COSMODERM dan  Instagram COSMODERM . Segala testimoni terkini juga akan dimuat naik dengan segera !

Maklumat lanjut , sila ke http://www.cosmoderm.com.my/

Dunia berputar ! Hati-hati dengan tindak tanduk kita !

 

Zahra.. Aduhhh ! Pening aku tengok dia. Pelik dari mana datang perangai dia yang cukup garang tu. Ditambah lagi kalau tak menurut kemahuan dia , dia akan campakkan apa saja ada kat tangan dia. Kalau takda apa apa kat tangan dia , apa saja yg ada berhampiran dengannya..

image image

Bila tengok perangai dia.. teringat perangai aku satu tika dulu.. Haishh ! Jangan laaa macam tu.. tak beruntung orang berperangai gitu. Sian mak ayah kena layan… tapi ayah aku tak layan. dia bagi je ngan rotan ! Hahahaha..

Dua perbezaan perangai.. Qhaliff di usia Zahra sekarang ni , sangat baby lagi.. Zahra , dah macam usia 4 tahun. Reti dah nak menjeling.. cemburu.. kedekut tapi baik hati… ngan abang dia je la ! Huhhh..

Yang pastinya.. apa yang orang tua kita rasa , kita akan rasa ! Maka , sila jaga perangai kita sekarang ni.. Anak anak bakal ‘mewarisinya’..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI